Rabu, 27 Mac 2013

ambang PRU-apa terjadi?


sumber gambar: sini
Baru semalam beritasemasa mengeluarkan ramalan 9 negeri yang bakal ditakluki oleh Pakatan Rakyat. Macam biasa masing-masing angkat bakul sendiri. Kalau sebelum ini beberapa ahli parlimen BN, termasuk YB Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan  bahawa mereka yakin BN akan kekal menjadi kerajaan dalam 5 tahun akan datang. Saya ibaratkan mereka masuk ke dalam bakul, dan angkat sendiri bakul yang mereka naiki. saya tidak cenderung kepada mana-mana ramalan parti kecuali hanya menanti PRU 13 berakhir dan keputusan diumumkan

apapun hari ini saya ingin mengulas "assumption" berdasarkan statistik baru-baru ini yang menggambarkan penduduk bandar cenderung ke-arah Pakatan Rakyat, manakala penduduk kampung dan pendalaman masih kekal menyokong BN. situasi ini tidak ubah seperti yang berlaku di mana-mana negara revolusi yang lain. suatu revolusi bermula dari satu bandar dan merebak kepada bandar yang lain. manakala kawasan kampung dan pendalaman masih didoktrin dengan perkataan:

"bersyukur dengan apa yg ada",

"ingatlah jasa pemimpin terdahulu"

"mana yang ada, itulah kita pakai~"

Tidak terkecuali mengalamai situasi ini adalah Amerika Syarikat sendiri, pada 5 tahun yg lepas apabila Barack Obama menjadi Presiden Amerika yg ke-43, kebanyakkan kerusi yang dimenangi oleh parti demokrat adalah dikawasan bandar dan kebanyakkan kerusi yang kecundang dari tangan parti demokrat adalah kawasan pinggir kota

Mengapa situasi ini berlaku?apakah silap orang kampung dan pendalaman sehingga ramai yang berkecuali dalam gerakkan revolusi?adakah doktrin "bersyukur" ini menjadi barah meminggirkan golongan ini drpada revolusi?

Saya jawab bukan salah mereka! sememangnya dikawasan pinggir kota tidak merasai bahang kesempitan ekonomi negara, dengan kos sara hidup yang rendah menyebabkan golongan ini merasa cukup dengan apa yang ada. Berbeza dengan penduduk bandar yang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan amalan kapitalis yang membolot harta mereka menyebabkan bahang kesempitan semakin panas dirasai.

sehingga kini persaingan memenangi hati rakyat masih giat diperjuangkan antara BN dan PR (juga fitnah yang bertalu-lau). BN melalui "mungkin menambah jumlah BR1M dan BB1M jika menang" dan PR pula melalui manifesto yang dikeluarkan baru-baru ini.

apa silap BN?tiada silapnya. terima kasih kerana mengebalikan sedikit daripada hak rakyat. ambang pilihanraya banyak "bantuan" ditaburkan..menyebabkan inflasi sementara sehingga BB1M 2.0 expired. Selepas pemberian BB1M, semua harga alat tulis naik.. begitu juga peralatan komputer yang naik 25% disebabkan baucer. bahkan ada ada diantara barang jualan mempunyai 2 harga! contohnya harga sebuah buku RM40 untuk wang tunai, tetapi RM50 untuk baucer buku. Kalau hari biasa harga pen RM1 sebatang, kalau guna baucer buku jadi RM2. Nah..ini zaman edan! harga barang naik disebabkan oleh "bantuan" kerajaan.

apa perlu BN lakukan?bagi bantuan pun salah ke?memang tak salah. terima kasih, terima kasih terima kasih... tapi  kne ingat ini adalah bantuan "One-off" yang hanya boleh kita dapati pada ambang pilihanraya. adalah lebih baik kiranya bantuan ini bersifat jangka masa panjang,

Langkah terbaik dalam memberi bantuan adalah dengan menurunkan harga barang, menurunkan harga minyak, menurunkan harga kereta dan sebagainya. mudah katanya mengurakan kos sara hidup rakyat. kenaikan harga barang semasa dan inflasi menyebabkan bantuan diberikan tidak bernilai. dengan tidakan menurunkan kos sara hidup rakyat sebenarnya lebih bernilai daripada BB1M, BR1M, rebat dan sebagainya.

2 pilihan sebelum PRU13:

-TUKAR PEMBAWAAN DASAR EKONOMI KERAJAAN

-TUKAR KERAJAAN

1 persoalan untuk PRU13

-Bila parlimen nak bubar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan