Selasa, 12 Mac 2013

mana politik matang?

seperti biasa malaysia terkenal dengan rakyat yang minda kelas ketiga, lihat sahaja video ini, menunjukan mentaliti kita masih lemah. 55tahun berlalu, suasana berubah, keadaan berubah kehidupan berubah tetapi yang tetap sama adalah tahap pemikiran bahkan lebih teruk dari zaman awal kemerdekaan.

contoh politik tak matang



contoh: politik tidak matang

semua yg berlaku saya anggap perkara yg dirancang dan bukan berlaku tiba-tiba. Politik samseng dan politik wang menjadi budaya negara ini, siapa yg membentuk situasi ini? tidak lain dan tidak bukan Barisan Nasional laknatullah. dari zaman dulu memperlembukan rakyat dengan membuat pembohongan, fitnah dan penyelewengan. membuat cerita memburuk-burukkan pembangkang melalui media prima setiap seringkali berlaku, walhal itu adalah perbuatan sendiri.

Cara nak membezakan politik matang dengan politik fitnah mudah sahaja. bila bercakap tanpa bukti dan soal selidik, dan boleh saya katakan yg memonopoli cara ini adalah BN melalui tv3 dan Utusan. Saman demi saman difailkan terhadap 2 media. Mana perginya etika dalam kewartawanan?membuat statement tanpa bukti dan motif menjatuhkan profil individu. tujuan asal kewartawanan ini adalah menyalur maklumat, bukan menjatuhkan profile org. sungguh politik negara ini tidak matang, melihat perkara ini secara tidak langsung memberi gambaran sesetengah ahli politik ingin berkuasa bukan kerana rakyat, tapi untuk kepentingan diri. kalau untuk rakyat pasti tidak memfitnah parti lawan, tapi dengan mengangkat martabat rakyat.

Kadang-kadang ada perkara yang bukan fitnah, tetapi dipolitikkan walhal perkara itu tidak perlu kerana bersifat indivdu. contohnya, Rosmah Mansur tidak memakai tudung dengan betul, ini perkara yang tidak wajar dipolitikkan kerana ia hak beliau untuk berpakaian. tapi bila masuk bab cincin, itu perkara yang perlu diambil kira kerana ada kemungkinan berlaku penyelewengan wang rakyat.

  politik matang, profesional, melambangkan 
budaya ilmu dan kredibiliti pemimpin

Saya sangat bersetuju jika politik negara berasaskan hujah, dan bukan membuka aib personal seseorang pemimpin. saya menanti bila politik hujah digunapakai dalam negara. ini menjamin etika dan adab dalam berpolitik dijaga. mana tidaknya, sesi penghujahan dan mematahkan hujah berlangsung wacana perdebatan yang singkat. berbanding dengan keadaan sekarang, persoalan antara 2 parti lambat disampaikan dan dipatahkan. hanya menunggu sehari demi sehari untuk setiap jawapan melalui berita. padahal ia boleh disampaikan dengan cepat dengan menyediakan ruang debat.

Saya sendiri kagum melihat 2 pemimpin berdebat, Barack Obama vs romney. tidak ada unsur personal dimainkan. hanya membentangkan perancangan dan memberi kekuatan dalam hujah masing-masing.

Kesimpulan, anak-anak muda perlu bersedia menghadapi era baru politik matang malaysia, berpolitik atas dasar ilmu dan etika. bagaimana?dengan memperbanyakkan berfikir dan membaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan