Sabtu, 11 Mei 2013

Pasca PRU13

sumber: sini
Saya tidak mengulas "kemenangan" BN membentuk kerajaan persekutuan. Saya yakin ulasan mengenai sistem majoriti parlimen mengalahkan majoriti undi sudah difahami. Revolusi rakyat mula kelihatan dibandar-bandar, dimana orang ramai dapat informasi dari pelbagai pihak dan menilai sendiri. Bayangkan ada 11 ibu negeri berada dimenangi oleh PR dan selebinya dipegang oleh BN. Dan saya kagum dengan pengundi yang masih menyokong PR, mereka ini merupakan golongan luar biasa sekali. Walaupun otak di"cuci" setiap malam oleh  media PRIMA yang di"agung-agung"kan, tapi masih mampu menilai dan memilih dengan baik.

Apa yang ingin saya ulas adalah mengenai masa depan PR, pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana berjaya menimbulkan sentimen perkauman yang dasyat(racism). Sentimen yang direka khas untuk menjadi modal dalam PRU13 untuk menolak PR. Itu satu 'kejayaan' besar bagi mereka. Dan secara tiba-tiba Datuk Najib menjadi "hero" malaya ingin menyatupadukan rakyat. Padahal sentimen ini dimulakan oleh puak-puak beliau sendiri.

Mengenai masa depan PR, saya pasti pertukaran kerajaan akan berlaku, cuma yang yang saya tidak pasti bila perkara ini akan berlaku, mungkin PRU14, atau seterusnya. BN tidak akan selamanya memerintah negara, biarpun kita lihat malaysia ini di"design" untuk tidak boleh ditembusi mana-mana parti pembangkang, khususnya negeri saya sendiri, Sarawak. BN pasti akan "lapuk", mana mungkin kita mahu menggunakan "telefon bimbit 3310" sedangkan zaman sudah bertukar menjadi "smartphone".

Ramalan PRU14
PRU13 dipanggil "mother of election", ada yang menganggap PRU kalah mati, parti mana yang kalah perlu menunggu 2-3PRU akan datang untuk bersaing semula. Mungkin terlalu awal untuk kita meramalkan apa yang akan berlaku pada PRU akan datang. Cuma saya andaikan jika tidak ada "gimik" percaturan yang dibuat oleh PR, PRU14 bukanlah medan untuk PR mengharap kemenangan. Jika dilihat dari figura-figura yang ditampilkan oleh PR, semua berada dipenghujung karier mereka. Belum ada figura muda yang mampu yang mampu menandingi figura yang ada sekarang khususnya dari segi kebolehan dan juga populariti.

pengganti Nik Aziz telah pun diketahui petang tadi..siapa pengganti Anwar? antara populariti yang paling tiggi dalam PR. Pengundi-pengundi tua hanya bergantung kepada populariti beliau, memandangkan hanya beliau yang dikenali seusia mereka. Husam Musa yang dilihat berkredibiliti mampu menjadi pengganti pula diumumkan tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan baru kelantan.

Apa langkah untuk PR terus kehadapan?

Menang sarawak, PR sampai ke Putrajaya. Sifir mudah untuk difahami, pergerakkan politik Sarawak yang perlahan merupakan modal besar BN untuk menjadikan sesuatu negeri menjadi kubu kuat. Lihat saja, pengundi muda sarawak yang terendah peratusan dan bilangannya setakat ini berbanding negeri-negeri lain. Ini bermakna kubu ini masih kekal utuh untuk berabad lamanya jika tiada tindakan PR untuk merubah menyedarkan rakyat Sarawak lebih-lebih lagi melihat masa depan Sarawak yang kabur.

Berusaha mewujudkan tv sendiri di Sarawak dan Sabah kerana dua negeri ini merupakan kubu kuat BN dalam masa yang sama penduduk dua negeri ini kurang terdedah
dengan mesej yang dibawakan oleh PR dek kerana media yang sebelah pihak semata-mata. Bukan mudah untuk melaksanakan perkara ini memandangkan kerajaan negeri dibawah dipegang oleh BN. Pasti mereka menolak habis-habisan perkara ini, perlu ada stratergi untuk mewujudkan tv yang pada bebas tanpa menggunakan identiti politik, tapi akan "beroperasi" pada PRU14 sebagai media yang arus baru. Cuma perlu diingat, dasar kita untuk membawa politik matang, pastikan tiada politik yang menyerang peribadi individu lebih-lebih lagi fitnah. Apa yang perlu ada dalam politik matang? kita sampaikan mesej perjuangan kita kepada rakyat, kita bentangkan kemampuan kita, buka ruang debat seluas-luasnya, bentangkan kejayaan dan pencapaian kita. Ini politik baru yang sangat saya harapkan dan perlukan untuk masa depan negara untuk lebih berdaya saing.


Debat: budaya ini perlu diketengahkan, politik baru untuk masa depan negara
sumber: sini

Prinsip ahli PR perlu jelas dan konsisten, kita tidak perlu menang untuk berkhidmat, berkerjalah untuk rakyat sekalipun bukan ADUN dan ahli parlimen. Perjuangan kita sebenar bukan untuk menang, tapi untuk memperjuangkan hak rakyat, jika hanya sekadar untuk menang sudah pasti terhenti perjuangan kita setelah kalah. Maka teruskan bersuara untuk mengkritik dasar yang salah dalam kerajaan. Dato Saifuddin Abdullah antara ahli BN yang kalah dalam PRU13 di Palimen Temerloh, namun tetap membidas "bos" beliau sendiri dalam kenyataan akhbar Utusan semalam. Tahniah saya ucapkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan