Isnin, 11 November 2013

PAS pun sama

Anda bosan dengan politik kotor? politik fitnah?huhu~ Bosan

Yang salah tetap salah meskipun seluruh dunia mengatakan ia betul. Kita tidak boleh berat sebelah melihat perjalanan PAS mahupun UMNO, segala tidak-tanduk yang betul akan tetap betul, setiap tidakan yang salah juga akan turut salah. Ini dipanggil rasionalisasi dalam politik. Jangan dikaburi oleh doktrin membuta tuli oleh mana-mana parti politik. Saya selalu menimbang-tara UMNO dan PAS memandangkan ia parti tertua di negara ini dimana ia perlu menunjukkan kematangan dalam berpolitik.

Kekotoran politik luaran itu suatu perkara yang biasa, menjadi barah dalam ruang politik Malaysia. Tapi bila ia meresap ke politik dalaman parti, sudah pasti politik di luar lebih parah kerana diluar mereka berhadapan dengan musuh, di dalam parti hanya bersaing dengan 'rakan' seperjuangan.

UMNO baru sahaja menamatkan pemilihan MT UMNO yang kita lihat terlalu banyak politik wang berleluasa didalamnya. Itu perkara biasa. Karenah PAS tidak seteruk UMNO, tapi tetap dipanggil politik kotor. Dalam mukhtamar PAS yang akan diadakan tidak lama lagi, banyak politik saraf telah dimainkan. Di situlah bermula kekotoran dalam politik PAS.

PAS tidak sama dengan UMNO, tetapi ada persamaan PAS dengan UMNO. Berfikir sebelum bertidak, berpolitik pakai akal.


sumber: sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan