Khamis, 12 Disember 2013

cinta aku kau dan DIA#1

sumber gambar: sini


lahirnya seorang manusia dalam suasana bahagia sebagai seorang bayi suci murni, dan membesar seorang bayi itu sehingga menjadi seorang kanank-kanak dengan kebahagiaan, tiada masalah dan seolah-olah dunia ini kita yang punya. Jika ditanya zaman manakah kita paling bahagia?jawapannya mudah, zaman kanak-kanak. Jika seorang dewasa berada dalam keadaan tertekan, salah satu pengubatnya adalah dengan kembali ke zaman kanak-kanak untuk seketika. adakalanya seorang dewasa menangis, merajuk, bahkan bermain video game, menjerit dsb. untuk mengulang kembali zaman kanak-kanak yang memberi kebahagiaan.

namun, masa pun berlalu, zaman kanak-kanak pun berlalu. seolah-olah dicabut segenap kebahagiaan. baru merasa dunia ini penuh dengan perlumbaan yang berliku-liku. Lalu kita bertanya pada diri sendiri "mana dunia yang aku miliki dahalu?". kita merasa dunia semakin gila? banyak pilihan perlu dibuat, masa depan yang samar membuatkan kita menjadi bingung. Lalu Allah dengan kebesaran dan kasih-sayang-Nya campakkan di dalam hati manusia suatu perkara yang menjadi penawar kepada hati yang resah ditengah-tengah kedewasaan. Iaitu CINTA. Cinta lahir untuk mengimbangi kegusaran hati yang  dan menggantikan kebahagiaan zaman kanak-kanak yang telah hilang. Allah SWT berfirman

 سُبْحَٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ
¨Maha Suci Allah yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.¨[QS. Yaa Siin (36):36].

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan