Rabu, 4 September 2013

Aku rela


Aku Rela

Album : Yang Benar Tetap Benar
Munsyid : Algebra
http://liriknasyid.com


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

(hiasan) sumber gambar: sini



masalah dalam komputer #2

Bluescreen antara masalah yang selalu di hadapi.. ia berpunca daripada kehilangan driver ataupun kesilapan meng'install' driver untuk CPU.. 

cara mengatasinya adalah dengan uninstall driver terakhir yg telah kita install, tp ini tidak semestinya menyelesaikan masalah kerana ia mungkin berpunca daripada driver-driver yang lain.. bagi mereka yang pakar boleh mengesan kesilapan driver dalam bluescreen tersebut..

jika kita mahu file2 di local disk(c) terselamat..kita perlu melakukan recovery.. dengan memasukkan bootable disk ke dalam CD driver..bootalble disk boleh didapati dipasaran dengan harga lebih kurang RM15..beli la ikut keinginan kita.. dan yang terbaru adalah windows 8.1..dengan memilih recovery dalam setelah reboot, proses recovery akan berlaku untuk beberapa minit

cara yang mengatasi masalah ini yang paling dijamin selamat adalah dengan reformat, tetapi file dalam local disk (c) akan hilang..memasukkan bootalble disk ke dalam komputer, dan klik install now.. seterusnya pilih bahasa yg digunakan..kebiasaannya ramai akan memilih U.S eng..versi indonesia pun ada, kalau bahasa Malaysia xda..lpas tu pilih local disk c (recomended)..tp kalau nak local disk d pun boleh..dan tekan next shj dan tunggu sehingga selesai
sumber gambar: sini

Ahad, 1 September 2013

Selamat Datang Kepada Pelajar Baru


1 September 2013

Hari ini merupakan hari pendaftaran pelajar baru ke UPM dan sesi orentasi juga akan bermula seawal 1 petang. Hari ini juga merupakan simbolik untuk pelajar baru untuk "menuai" separuh hasil usaha mereka bersusah payah sehingga ke menara gading. Apa-apa pun perjalanan masih jauh, langkah pertama daripada perlajanan tersebut akan bermula hari ini. Jadi bertawakallah kepada Allah disepanjang perjalanan nanti.

Tahniah kepada ibu dan ayah kalian kerana melahirkan, mendidik, dan membentuk anda menjadi orang yang terpilih diantara yang terpilih. Tahniah kepada kalian kerana memiliki ibu bapa terbaik dan tahniah kerana terpilih menjadi perlajar UPM. Selamat maju jaya :)


sumber gambar:  sini