Jumaat, 4 Mei 2012

tips untuk bagpacker


ampera-padang 16,palembang, indonesia

tips untuk bagpacker

hari ni nak kongsi 3 penghalang bg sesiapa yg minat melancong..ramai sebenarnya yg minat melancong ke negara orang, namun keberanian, kemampuan dan masa biasanya menjadi penghalang ke atas minat ini..mmg seronok sebenarnya berjalan di bumi Allah ini untuk mencari ketengan~bg ana, suatu perjalanan itu memberi sebuah nikmat ketenangan yg sukar dicapai,setelah keletihan kaki melangkah, di situ letaknya rasa kerdil terhadap Allah, di situ juga masa yg sgt indah untuk sujud kepada Allah..

Keberanian merupakan halangan terbesar bg ana untuk memulakan karier sbg backpacker..keselamatan di negara orang mmg tidak terjamin, oleh itu kita perlu berhati-hati ketika berjalan di negara orang..tapi sebenarnya dimana pun kita berada termasuk di negara sendiri ada bahayanya, tidak banyak perbezaan negara kita dengan negara org lain sebenarnya. Apabila ana mengajak sahabat2 lain untuk pergi ke indonesia selama 4 hari, ramai yg membayangkan ana dirompak, disamun dan sebagainya, pemikiran seperti ini perlu dibuang sama sekali dari pemikiran kita..kita perlu faham penduduk negara lain pun manusia yg sama mcm kita, dorg bukan haiwan, dan xkan berubah menjadi haiwan, cuma berbeza dari segi budaya..untuk mengurangkan risiko jenayah di negara orang, sama caranya di negara sendiri, iaitu dengan mengelakkan lalu di tempat yang sunyi..

Kewangan halangan yg mudah untuk di atasi..hanya dengan bekerja 2bulan di McD dah boleh pergi ke negara terdekat seperti indonesia orang selama 4 hari 3malam..tapi pastikan antum mengkaji melalui internet di mana penjimatan boleh dibuat..paling mudah untuk berjimat adalah melalui kenderaan dan tempat tinggal..

Untuk kenderaan bykkan mggunakan kenderaan awam seperti bas, tren dan sebagainya..kalau boleh elakkan mggunakan teksi..mggunakan teksi menyebabkan kos satu perjalanan meningkat 5-10 kali ganda..lagi2 kalau pergi sorg diri..kalau tiket kapal terbang, skg menjadi perkara yg mudah dan murah..cuma perlu alert dengan promo..biasanya 2-3 bulan sebelum..tapi sekarang ada last minute promo dari air asia..perlu diingatkan disini jika ingi melancong cara murah bukan antum yg memilih tempat melancong, tapi tempat pelancongan antum dipilih oleh promosi tiket~'dimana tiket murah, di situ kaki melangkah'~

Bagi hotel, sukar untk mencari yg murah melalui internet, sebaiknya kita cari setelah sampai..biasanya akan dapat lagi murah dari yg kita dpt di internet..tapi semua langkah penjimatan ini memerlukan antum utk bermanis mulut dengan bertanya orang tempatan dan pemandu bas mengenai tempat yg perlu dituju dan mengenai hotel termurah..paling murah utk tempat tggal adalah dengan tidur di masjid@surau~tempat tggal merupakan perkara paling enteng bagi seorang musafir tegar~

Masa salah satu-satunya masalah yg tidak boleh diatasi bg yg sibuk di sepanjang tahun..kalau pelajar perlu menunggu cuti sem..kalau perkerja perlu memohon cuti..cuma pastikan anda membeli tiket flight kena pada waktu cuti

bagi anak-anak muda, jika mendapat keizinan ibu bapa pergilah bermusafir keseluruh pelusuk dunia..melihat bumi Allah yg penuh dengan warna-warni, membuka minda, mencari ilham ..

Khamis, 3 Mei 2012

malam sunyi~


esok test kimia analisis, mlm ni singgah di blog sendiri~




Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani



Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindu tanda cinta dijalan Nya
Namun ku percaya hati menyakini
Semua akan indah pada akhirnya


pinjam status org~

Khamis, 5 April 2012

dua rakaat di udara


sumber: iluvislam.com

Solat dalam kapal terbang
Pernah x try solat dalam kapal terbang??klu xpernah jom layan citer aku baru2 ni

Setelah satu semester berhempas-pulas meneruskan perjuangan, tiba pula masanya untuk merehatkan minda berkumpul semula dengan keluarga yang dirindui..dalam perjalanan pulang tempoh hari, buat kesekian kalinya aku menunaikan subuh di dalam kapal terbang!

Aku mula beratur di barisan Check in, Gate F pada pukul 4.30 pagi. Memandangkan pesawat ke Brunei berlepas pada pukul 6:30 pagi, aku berhasrat untuk check in awal dengan harapan dapat menunaikan solat di dewan pelepasan..namun sebaliknya berlaku apabila barisan terlalu panjang dan aku terpaksa menunggu lama untuk penumpang ke Brunei dipanggil. Memandangkan aku menggunakan pelepasan antarabangsa, di situ turut dikumpul bersama penumpang ke Vietnam, China, Loas, Indonesia, Bangkok dan sebagainya..aku masih ingat lagi pesawat pertama yg berlepas pada hari itu adalah ke Guangzhou, China pada pukul 5:30 pagi…pada masa itu aku dah risau bila gate ke Brunei akan dibuka..

Pada pukul 6:00 pagi gate antarabangsa dibuka serentak dan terpaksa beratur panjang untuk pemeriksaan imegresen. Memang lcct yg ada sekarang tidak mampu menampung jumlah penumpang yang semakin bertambah. Ini menyebabkan aku sakali lagi beratur panjang..

Selesai pemeriksaan imegresen, tanpa sempat duduk di dewan pelepasan, panggilan terakhir untuk penumpang ke Brunei diumumkan..huhu..tak sempat la nak sembahyang subuh
6:30pagi pesawat pun berlepas, rasa memang tak sedap hati sebab tak sembahyang subuh lagi..sejurus selepas tanda tali pinggang keselamatan dipadamkan, aku cepat-cepat menuju ke tandas untuk mengambil wuduk..aku kena cepat sebab semakin tinggi kedudukan, semakin mudah nampak matahari, semakin cepat waktu subuh berakhir..

Mengenai kiblat, aku tak tau kiblat arah mana..so aku juz duduk kt kerusi ..nak berdiri memang x boleh..pramugari lalu-lalang…nasib baik ada rukhsah solat untuk memudahkan musafir..
Aku dapat rasakan orang cina yg duduk sebelah aku hairan melihat gelagat aku yg tunduk-bangun-tunduk..haha..biarkan dorg..pedulikanlah apa yg dorng pke…yg penting solat beressss…

Tidak sampai 3 minit selesai solat subuh, bila aku usha kat luar dah nampak terang..nasib baik bertindak pantas…
wasalam..