Ahad, 30 Mac 2014

Cantik

Ramai yang mengatakan cantik itu subjektif. Walaupun seluruh dunia mengatakan begitu saya tetap tidak bersetuju. Orang yang cantik akan dikatakan cantik oleh sesiapapun, begitu juga orang yang hodoh tetap akan dikatakan hodoh oleh sesiapapun.

Persoalan mengenai mengapa orang ada yang melihat seorang yg hodoh ini menjadi cantik bukan kerana cantik adalah subjektif, tetapi kerana mereka sudah menilai orang tersebut melalui emosi, bukan lagi melalui akal yang normal.

Harun Yahya ada mengatakan, "Romanticism which leads people to live, not according to their reason, but according to their emotions"

Satu pasangan kekasih yang sudah hidup diawang-awangan, ataupun 2 orang insan, lelaki dan perempuan yang selalu berhubung akhirnya terdetik rasa ingin lebih dekat, mula merasa merasa pasangan mereka itu ideal, cantik, ataupun kacak. Dan apabila para cendikiawan yg mengkaji kejadian ini tanpa mengira aspek emosi, mula mengatakan bahawa cantik itu subjektif.

Padahal sebelumnya, ketika mereka belum dikuasai oleh emosi, ataupun masih tepat belum melalui tempoh romantik, mereka tidakpun merasakan pasangan mereka itu cantik, tetapi apabila emosi mula menilai, mereka jadi tidak nampak jerawat dimuka, kentut pun wangi, apa sahaja yang dibuatnya semua jadi baik.

Mungkin apa yang boleh di simpulkan adalah cantik itu hanya subjektif jika dinilai dengan emosi. Cantik tidaklah subjektif jika dinilai dengan akal.

sumber twitter

Rabu, 26 Mac 2014

Masalah

Kehidupan manusia hanya akan lengkap dengan adanya masalah. Kerana dengan adanya masalah akan timbul persoalan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Lalu tercipta banyak alatan baru untuk mengatasi masalah yang ada. Dengan itu kehidupan manusia sentiasa membangun dari semasa ke semasa. Suatu ketika dahulu, berjalan jauh merupakan masalah bagi pengembara. Pengembara memerlukan berbulan-bulan untuk sampai ke tempat yang jauh. Tidak kurang juga yang menemui ajal ketika dalam perjalanan. Lalu timbul persoalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Maka terciptalah basikal, motosikal, kapal, kereta, kapal terbang dan banyak lagi.

Tanpa masalah pastinya tidak akan tercipta tamadun-tamadun yang agung, tidak akan tercipta bangunan-bangunan yang gah, tidak akan tercipta teknologi yang hebat seperti sekarang. Mungkin ada yang berpandangan, manusia juga boleh mewujudkan tamadun, binaan yg megah mahupun teknologi hanya dengan bercita-cita. Mungkin ada benarnya tetapi hanya sekadar cita-cita mungkin tidak terlintas untuk mencipta satu-satu benda sekadar bersahaja, pasti ada tujuannya.

Berdasarkan buku 'La Tahzan', nilai diri kamu adalah sebanyak-mana masalah yang kamu lalui. Sebab itu kita harus berfikir secara  berhikmah atas apa sahaja yang terjadi kepada diri kita. Mustahil yang terjadi kepada kita Allah swt adalah sia-sia. Namun kerana ketakutan kita untuk menyelesaikan masalah menyebabkan kita seringkali lari dan takut berbuat sesuatu, dan akhirnya kita tidak mendapat masalah.

Banyak lagi masalah di dunia ini yang perlu diselesaikan, terpulang kepada kita untuk sama-sama menyertai pemikir-pemikir dunia, atau hanya duduk menunggu takdir, atau juga hidup hanya sekadar wujud pada jasad dan tidak memberi manfaat. Banyak lagi masalah umat islam yang masih belum selesai, semalam(ditulis pada 26/3/2014) 529 orang perjuang islam di Mesir disabitkan dengan hukum gantung sampai mati. Adakah sama nilai nyawa seorang manusia dengan seekor semut? yang dibunuh oleh rejim yang gila zalim.

sumber: twitter

Ahad, 23 Mac 2014

Liberty in India

Semalam saya menghadiri kelas bersama Mr Barum, Pengarah Institut kebebasan India dan sempat mendengar pandangan beliau mengenai perjalanan sosial, politik dan ekonomi di India.

Belakangan ini memang kita seringkali mendengan lonjakan ekonomi berlaku di India tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. India juga sama seperti negara peninggalan British yang lain. Termasuk juga Belanda dan, pelbagai lagi kuasa barat yang menakluk negara-negara timur. Kita ditinggalkan dengan kurangnya kepakaran memimpin, mengurus-tadbir ekonomi, struktur pemerintahan yang tidak adil, kronisme, dikongkong dengan pemikiran 'Bumiputera'.

India melalui zaman perubahan pimpinan pembangkan dan kerajaan pada tahun 1970. Iaitu kali pertama pembangkang di India memenangi pilihanaraya dan bertukar menjadi kerajaan. Di sinilah sebenarnya titik perubahan corak fikir masyarakat di India. Pemikiran mereka yang dulu dikongkong dengan dogma dan ketakutan tanpa bukti kukuh berakhir walaupun media dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Mereka yang dulunya berjuang atas perjuangan kaum dan warna kulit kini sudah berubah kearah perjuangan berdasarkan idea, kemampuan memimpin dan mengurus-tadbir ekonomi.

India juga seperti Malaysia, terdapat pelabagai kaum di dalamnya. Dulu mereka berkempen untuk kaum mana yang paling layak memerintah India. Tapi kini mereka berkempen mengenai siapa yang boleh membangunkan India dengan lebih baik. Polisi parti mana yang lebih layak meneraju kepimpinan di India. Dulunya syarikat yang diluluskan hanya yang ada kepentingan kepada ahli pemimpin dalam kerajaan sahaja. Kini apa sahaja syarikat yang layak boleh masuk ke India memberi perkhidmatan yang lebih baik dan tidak mencekik darah.

Sehingga kini India sudah mula mencuri tumpuan dunia. Sekecil-kecil Singapura juga merupakan hab pelaburan syarikat diseluruh dunia. Apa sahaja syarikat yang memiliki empayar yang luas akan membuka cawangan di Singapura menjadikan negara jiran kita itu lebih dikenali diseluruh dunia walaupun kewujudannya di peta dunia seolah-olah tidak kelihatan. Persoalaanya bila lagi giliran Malaysia?