Sabtu, 7 Januari 2012

dilemma mahasiswa

masyarakat selalu memandang seorang mahasiswa itu memiliki kehidupan yang sangat bahagia..nampak gah bila bergambar dengan tangan menggenggam segulung ijazah dan memakai jubah ketika graduat..tapi pada realitinya??..mereka tidak memandang perjalanan sebelum, semasa dan selepas menjadi mahasiswa...

di sini saya tidak mahu menceritakan kehidupan sebelum dan semasa menjadi mahasiswa...mgkin anda semua boleh membanyangkannya sendiri.. tetapi saya ingin membincangkan masa depan seorang mahasiswa yang dibelenggu "along" berlesen PTPTN dan alam pekerjaan.




sedikit gmbaran tentang perjalan mahasiswa..

BELAJAR TENSION-->PINJAM PTPTN-->MSOK U-->BELAJAR LAGI-->GRED-->HUTANG PTPTN MENANTI-->KERJA X KOMFEM-->ADA YANG MENGANGGUR-->STATUS MUFLIS MENANTI-->BAYARAN MAHKAMAH DAN PEGUAM MENANTI-->HUTANG SEMAKIN BERGANDA-->X KAWENX2

gambaran bukan mahasiswa..

BELAJAR SELAMBER-->;KERJA JD ORG BAWAHAN-->NAIK PANGKAT-->;GAJI PUN NAIK-->HATI SENANG TANPA HUTANG-->KAWEN!!!

Umum mengetahui hutang ptptn bukan la sedikit.. ada satu kes yang saya terbaca baru-baru ini di dalam facebook, seorang peminjam hanya meminjam lebih kurang rm4400 dari ptptn..4 tahun kemudian datang surat ptptn meminta rm21,000++ pinjaman..meningkat 4.8 kali ganda!!!bunga 1% setiap bulan pun boleh menjadi bukit..

ini dilemma yang dihadapi oleh mahasiswa yang dianggap berjaya pada luaran, tetapi dibelenggu hutang ptptn...


kehidupan yang dilemma mahasiswa memuncak apabila menjadi penganggur! setelah bersusah-payah belajar, berhutang dengan ptptn, menghabiskan masa 4 tahun di U dan akhirnya hidup dengan hutang keliling pinggang..

kerajaan dapat mengagak perkara ini akan berlaku setelah melihat graf pengangguran negara meningkat tahun ke tahun.. beberapa langkah telah diambil olah kerajaan untuk menangani masalah ini walaupun ada diantaranya tindakan kurang bijak...

1. kerajaan telah memanjangkan tempoh pengajian selama setahun bagi sesetengah kursus..sebagai contoh kursus saya sendiri yang dulunya 3tahun dan kini menjadi 4 tahun, begitu juga kursus kejuruteraan dan perubatan yang masing masing 4 dan 5 tahun tempoh pengajian..bagi saya tindakan ini kurang bijak kerana ia merupakan langkah jangka masa pendek..dimana lambakan mahasiswa hanya mampu di'kawal' dalam masa setahun sahaja..setelah tempoh itu akan kembali melambak seperti biasa dengan graf peningkatan yang sama..

2. kerajaan telah memberikan biasiswa kepada lebih ramai mahasiswa bagi mengelakkan bebanan hutang mahasiswa selepas bergraduat..malangnya ia hanya mampu membantu mahasiswa yang cemerlang sahaja...jika mereka diberikan ptptn mereka mampu membayarnya kerana gaji yang lumayan menanti mereka..bagi yang sederhana...tiada biasiswa membantu anda selagi anda berada di dalam kelompok sederhana...dan anda akan kekal dalam kepompong penganggur yang berhutang...

apapun 2 langkah yang diambil oleh kerajaan tersebut jika dilihat dari sudut yang lain akan mampu meningkatkan kualiti mahasiswa itu sendiri..dengan tambahan 1 tahun tempoh pengajian diharap akan menambah tahap KI mahasiswa selain biasiswa merupakan galakan kepada mahasiswa untuk memberikan yang terbaik.

namun jika tahap KI mahasiswa setinggi mana pun, jika ekonomi negara tetap paras yang sama, ia tidak mampu mengubah nasib mahasiswa yang semakin meruncing..

ramai menganggap masalah pengangguran ini berpunca dari mahasiswa itu sendiri..memang benar jika dilihat dengan mata kasar..tapi jawapan mata kasar seringkali tersilap berbanding dengan pandangan yang lebih mendalam..

akar umbi kepada masalah ini adalah ekonomi malaysia yang tidak seiring dengan kuantiti mahasiswa..

adalah penting bagi negara malaysia untuk memantapkan lagi ekonominya selari dengan kuantiti mahasiswa yang ada untuk menampung lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang profesional..tidak hanya dalam bidang pertengahan seperti yang kita dapat lihat pada masa kini..

jika ketidakseimbangan ini berterusan, mahasiswa akan terus menjadi bahan lelongan yang tidak ada nilai dalam pekerjaan lagi...

2 ulasan: