Khamis, 28 Februari 2013

Rimbun Keampunan-hijjaz

kte layan:)



Album : Pelita Hidup III
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Lagu: Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik: Itolara (Gurindam Entertainment) Iklan
Jadwal Sholat Elektronik



Sumber http://www.hijjaz.com.my

Isnin, 25 Februari 2013

analisis fakta

sekarang ni bahang PRU13 semakin terasa walaupun tarikh bubar parlimen belum lagi diumumkan. PRU13 merupakan pilihanraya kalah mati. Jika PR tidak menang, saya menjangkakan perjuangan PR akan tertangguh sekurang-kurangnya 2 atau 3 lagi PRU. ini adalah peluang terbesar pembangkang untuk menang., memandangkan ini seolah-olah peringkat kalah mati, maka kedua-dua pihak pembangkang mahupun kerajaan "All Out" utk memastikan kemenangan dipihak mereka. tidak terkecuali di UPM menjadi sasaran kerajaan untuk meraih undi, semalam buat julung-julung kalinya pihak kerajaan mengadakan program Forum dan Konsert nasyid maulidurasul di upm, sebelum ni xda plak diorang nak buat program keagamaan yg mcm ni, tetibe plak dekat2 nk pilihanraya ni baru dy buat.

waktu perasmian, ad slot utk Noh Omar bg ucapan..pastu faham2 lah, dy bkempen plak. mula-mula skali dy bgtau dlm 183 buah negara, Malaysia adalah negara paling byk bg duit kat rakyat. bijak jugak dorg ni main ayat, klu betoi pun malaysia no 1, nilainya xsama dgn negara lain..harga barang kt Malaysia ni mahal nak mampos..duit pt xsampai hujung sem dah abis. dy xbgtau plak yg malaysia ni antara negara yang paling banyak hutang. survival rakyat malaysia ni melalui hutang je, kereta hutang, rumah hutang, PTPTN pun hutang. apa la nasib~hutang negara dh 550 bilion..mati nk bayar

dpt baucer buku dekt2 pilhanraya ni biase la, stail dari dulu sampai sekarang same je.. nk pilihanraya la byk dpt bantuan. politik wang malaysia masih teruk. saya menyifatkan pemberian itu hanyalah bersifat one-off. baru 2 kali dpt, lpas pilihanraya xtau la mcm mna. kononnya nak mengurangkan beban rakyat, ni hanya mengurangkan beban rakyat dekat2 PRU je..lepas PRU bebankan balik. Kalau betol nak kurangkan beban rakyat, bukan dengan bantuan One-off, tapi bantuan yang berterusan, contohnya menurunkan harga barang. Turun harga barang akan mengurangkan beban rakyat sepanjang tahun. bukan ketika PRU sahaja.

buatlah keputusan sebaik mungkin untuk PRU13, analisis dahulu isu yg dimainkan oleh media dari dua2 belah pihak dan nilai sendiri.


Khamis, 21 Februari 2013

Perkara yang Mematangkan

alhamdulillah..selamat sampai ke LCCT dengan selamat. sementara menunggu flight pagi esok, masih ada masa untuk memberi pandangan. Kali saya nak bincangkan satu perkara yang menarik bagi orang yang rajin berfikir iaitu mengenai kematangan. sebelum itu, elok kiranya jika kita mengetahui beza antara berfikir dan panjang angan-angan. Kesan jika tersalah tafsir mengenai perkara ini amat ketara. Semakin banyak kita berfikir, kita semakin matang dan pemikiran itu ada tidakan. Sebaliknya, semakin banyak kita berangan-angan, hidup jadi tak terurus dan dipenghujungnya langsung tiada tindakan. Tapi, golongan yang panjang angan-angan ini boleh jadi lebih baik daripada orang yang tidak berfikir tetapi melakukan tidakan, biasanya orang seperti ini suka akan "try and error". Cuba nilai diri kita sendiri, kita berada pada golongan yang mana?harapnya semua tergolong dalam golongan yang berfikir.Sabda Nabi SAW:

 “Tafakkaru Sa’atan afdhalu min ‘ibadati sittina sanah” (berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah 60 tahun)

sumber:google
Persoalannya, apakah penanda aras bagi menentukan dan membezakan samada sesorang itu matang ataupun tidak. Kadang-kadang usia seorang lelaki sudah mencecah 30 tahun, tapi masih tidak nampak kematangan, masih tiada sifat seorang bapa, masih tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Ada pula seorang anak sulung kepada 10 orang adik beradik, baru berusia 16 tahun terpaksa mencari nafkah untuk adik-beradik kerana kematian ayah, memiliki sifat kebapaan dan sangat bertanggungjawab membersarkan adik-adik yang lain dengan ilmu dan kasih-sayang. Dua karakter yang berbeza saya cuba gambarkan kepada pembaca setidak-tidaknya untuk memahami konsep matang itu sendiri. Nak bagi tahu bahawa umur itu bukan ukuran kepada kematangan, tetapi tahap pemikiran sesoranglah yang sewajarnya menjadi ukuran. Saya secara peribadi menyangkal teori barat yang mengatakan lelaki hanya akan matang pada usia 40 tahun.

dari sudut luarannya, pastinya seseorang yang dikelilingi tanggungjawab yang berat akan lebih matang berbanding dengan golongan yang tiada tanggungjawab, dan yang paling awal menerima tanggungjawab akan lebih awal matang berbanding yang lambat menerima tanggungjawab. Dalam erti kata yang mudah, suatu tanggungjawab mempercepatkan kedewasaan seseorang manusia. mengapa tanggungjawab mematangkan?matang atau tidak seseorang itu diukur melalui corak pemikirannya, pemikiran seoarang anak 5 tahun tidak sama dengan pemikiran seorang ayah. jadi saya beranggapan bahawa orang yang dikelilingi tanggungjawab akan lebih banyak berfikir berbanding dan mengambil risiko dalam membuat sesuatu keputusan dan akhirnya mencorak pemikiran luar biasa kepada seseorang itu sehingga kelihatan lebih matang.

seseorang yang gemar mengkaji tingkahlaku manusia ataupun psikologi dilihat lebih matang. psikologi manusia adalah antara ilmu terawal yang dikaji sebelum ilmu-ilmu yang lain, buktinya melalui buku Muqaddimah, karangan Ibn Khaldun yang menceritakan mengenai peradaban dan tingkah laku manusia. kajian tingkahlaku manusia merupakan kajian yang kompleks, sesetengah ilmuan mengatakan manusia adalah satu-satunya perkara yang tidak boleh dikaji kerana pemikiran manusia berbeza antara satu sama lain, tetapi ahli psikologi tetap berusaha mencari titik pertemuan yang ada dalam tingkahlaku manusia. Titik pertemuan inilah yang menjadi perkara asas dalam memanipulasi minda manusia. oleh itu, siapa yang paling faham mengenai tingkah-laku manusia lebih akan tahu corak pemikiran manusia yang berbeza, dan jesteru mampu melihat satu perkara dari pelbagai sudut.

politik secara amnya didefinisikan sebagai perhubungan antara dua pihak yang berlainan. merujuk kepada kefahaman keramaian orang  masa kini, politik adalah kepimpinan dalam negara. sangat berbeza pola pemikiran manusia yang tahu dan mengkaji politik berbanding orang yang hanya tahu dunia sendiri semata-mata. seseorang yang faham politik secara automatik berada dalam kelas yang tersendiri, wujudnya perkataan politik dalam sejarah dunia membezakan manusia cara pemikiran sekali gus menjadikan orang yang faham politik adalah golongan yang berpendirian dan bukan dari golongan yang dipanggil sebagai "lalang". saya seratus peratus yakin masa depan negara bergantung kepada seramai mana anak muda faham mengenai politik. melihat kepada sistem perundangan negara dan pendidikan negara malaysia pada  masa kini, saya melihat 2 perkara ini lebih kepada melahirkan golongan-golongan "lalang". lihat sahaja sistem auku sebelum ini, lihat sahaja buku sejarah tingkatan 3, lihat sahaja arus media massa, semuanya menjurus kepada melahirkan anak muda "lalang". memang ada peningkatan bilangan daftar pengundi daripada anak muda akhir-akhir ini, tapi ia bukan disebabkan oleh sistem pendidikan, tetapi disebabkan oleh gerakan daripada parti pembangkang.