Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Selasa, 24 Jun 2014

Hikmah

Nilai hidup hanya akan dirasai setelah melalui kesusahan, begitu erti hidup yang hanya akan difahami setelah melalui kepayahan. Takkan terasa kemanisan hidup andai tidak dilambung gelora. Oleh itu jangan sesekali kita berduka akan perit jerih kehidupan. Kerana demikian itulah titik mula untuk merasai sesuatu nikmat yang lebih bernilai. Percayalah pada hikmah illahi. Hikmah-Nya dalam merancang perjalanan hidup manusia lebih indah daripada apa yang kita inginkan.

Jangan prasangksa pada kehidupan. Jalur pelangi nampak keindahannya bukan hanya kerana warnanya yang beza, bahkan kerana melalui hujan dan panas sebelum terpancar dilangit. Berfikirlah dengan penuh hikmah. Pandanglah alam ini dengan mata hati agar kita nampak bukan sekadar yang zahir dimata, tapi juga yang ada tersirat di hati.



gambar hiasan
sumber gambar: twitter

Sabtu, 7 Jun 2014

Pesanan

Jadilah dirimu yang apabila diceritakan kisah hidupmu, anak-anakmu merasa bangga akan sejarah hidupmu. Jadilah dirimu yang apabila dituliskan perjalanan hidupmu, cucu-cicitmu merasa bangga membaca kisah silammu.

Segala yang kita lalui akan menjadi sejarah yang bakal diceritakan kepada anak cucu kita. Terpulang kepada kita untuk mengarang hidup kita yang sekarang agar sejarah yang bakal diceritakan itu menjadi kebanggaan kepada keturunan kita. Jika kita mahukan sejarah itu bakal hitam, maka hiduplah seperti lalang yang liar, mengikut sahaja ke mana arah angin yang bertiup. Jika mahukan sejarah yang hina, hiduplah seperti haiwan ternakan, yang hanya makan dan minum dan menunggu masa untuk ajal.

Sejarah itu seringkali memberi inspirasi. Kita mungkin suatu hari bakal syahdu dan lena yang panjang, yang tinggal menjadi kebanggaan adalah sejarah kita. Jika mahukan sejarah hidup yang dipandang, hendaklah kau letakkan hidupmu dipuncak yang boleh dilihat oleh semua. Hiduplah dengan prinsip yang teguh, berusaha gigih mencari ilmu dan kebenaran. Demikian itu nilai hidupmu semakin tinggi, semakin nampak kelibat usahamu.

Selamat bermujahadah.
hiasan
sumber: twitter

Khamis, 8 Mei 2014

Pujangga

Banyak perkara yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan. Bahkan  lebih kerap berlaku yang kita tidak inginkan berbanding dengan apa yang kita inginkan. Kita merancang seberapa teliti perlajanan kehidupan tetapi tetap sebaliknya berlaku. Kita pastinya mahu kebahagiaan sepanjang menjalani hidup seharian. Kita mahukan hidup tanpa kegusaran hati yang seringkali membuatkan langkah menjadi longlai. Kita mahukan hidup tanpa kepenatan sepanjang memikul amanah untuk meneruskan hari esok yang panjang. Kita juga tidak mahu hidup dalam kesedihan, kesedihan yang seringkali membawa kepada futur dalam jalan juang.

Mungkin benar pujangga daripada Prof HAMKA, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak ditaburi bunga mawar yang wangi, tetapi penuh dengan duri dan kepahitan. Kadang-kadang terasa penat melangkah dalam kehidupan. Mungkin ini hakikat kehidupan, kita belajar menerima sekuat mana arus yang datang, adakalanya kita mengikut arus kehidupan setelah penat melawan. Hidup terbiasa dengan kesakitan, kepahitan dan segala bentuk halangan.

Oleh itu berbahagialah dalam keletihan, keletihan kita dalam melawan arus kehidupan. Berbahagialah tatkala musibah melambung ombak kehidupan. Kerana disetiap gelap malam pasti ada mentari menyinari dipengakhirannya. Kerana semakin pahit perjalanan yang kita lalui, semakin tinggi nilai kebahagiaan yang menanti dihujung perjalanan.

gambar hiasan
sumber: twitter


Khamis, 1 Mei 2014

Mencari erti

Hidup bukan sekadar degupan jantung. Jika hidup manusia Allah ciptakan hanya sekadar itu, haiwan yang lain juga hidup. Kehidupan manusia lebih besar nilainya. Jesteru hidup ini harus sentiasa bergerak, berjuang dan berusaha. Perjalanan hidup ini panjang dan bersimpang siur. Kadang-kadang diuji dengan cinta yang terlalu menggunung, terkadang kita diuji dengan kehilangan cinta. Ada kalanya kita diuji dengan kuasa dan pangkat, lalu kita gunakan untuk kezaliman. Ujiaan itu hanyalah persinggahan hidup, bukanlah beban yang akan menghentikan langkah kehidupan.

Hidup perlu lebih terancang, hidup sebagai hamba Tuhan tidak hanya beribadah semata-mata, tetapi menegakkan agama Islam di atas muka bumi, berjuanglah di atas nama kebenaran dibawah panji Islam. Hidup perjuangan dalam hidup adalah seni yang paling bernilai, seni yang pasti berhasil. Setiap titisan peluh menjadi saksi perjuangan. Seni yang pasti akan berhasil cuma tidak tahu nilainya.

Hiduplah dengan keberanian, tanpa ketakutan. Ketakutan hanya akan menyebabkan langkah menjadi lesu dan longlai. Sedang keberanian itu memberi erti dalam kehidupan, berani berimpian menyebabkan hidup lebih berlandasan. Keberanian itu adalah menghadapi segala kebarangkalian dan bangkit berjuang. Hiduplah dengan lebih bererti.

Sumber gambar: twitter

Jumaat, 8 November 2013

Senyum :)

Kadang-kadang berlaku suatu hari kita bangun pagi sehingga ke petang semua serba xkena. masuk tandas terpaksa beratur, sampai ke stesen bas belum sempat kita naik bas dah gerak, dah sampai kelas pula tertinggal assignment yang perlu dihantar, bertembung dengan 'crush' kita pula langgar tiang dan jatuh dalam longkang. Pendek kata semua perkara malang berlaku bertubi-tubi.

Pada masa yg lain pula, pergi tandas je kosong, siap nyanyi2 dalam tandas sambil mandi. Pastu pegi bus stop bas pun tetiba sampai, kita naik bas je terus gerak. Masuk kelas je pensyarah cancel kelas pastu dia belanja pizza, bertembung dengan 'crush' mata bertentang mata, degupan jantung menjadi laju, lidah terkelu~ pastu kita cool(kisah rekaan semata-mata). Pendek kata semua perkara baik yang berlaku

Rupa-rupanya semua bermula dengan senyuman yg mengeluarkan chakura(aura) positif~ menyebabkan berlaku perkara positif sepanjang hari. di sinilah perkataan aura itu wujud dan diadaptasi dalam kisah 2-Dimensi. Senyumlah dari hati :)

sumber gambar: sini

Rabu, 19 Jun 2013

7 golongan mendapat naungan Allah

sumber gambar: sini
7 golongan mendapat naungan Allah, untuk motivasi kita menjadi lebih baik..jadilah antara 7 golongan ini, kalau tak dapat semua, ambil la separuh, kalau xdapat separuh ambil la satu.. jangan langsung tak ada..lagi banyak lagi baik..

1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah
3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid
4. Dua orang yang cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah
5. Lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta kaya untuk melakukan zina, lalu ia menjawab "Aku takut kepada Allah"
6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
7. Seseorang yang mengingati Allah ditempat sunyi lalu mengalir air matanya

Sabtu, 15 Jun 2013

kerana sebutir cinta


sumber: sini


Kesian tngok orang yang menjadi hamba cinta :( hilang akal, tidak waras.. itulah cinta, menjadi racun dan penawar, gunakanlah ia dengan baik.... semoga satu hari nanti kita mampu menguruskan perihal cinta, belajarlah mengenal cinta yep, yg penting jgan kesal akan kisah skg dan masa lalu yg menjadi sejarah, ia mengajar kamu memahaminya ^^ sentiasalah tersenyum wahai sahabat sepanjang perjalanan memahami erti kehidupan




Boleh jadi cinta menjadi hamba..dan boleh jadi kamu menjadi hamba..pilihan dihati anda
#pesanan untuk diri

Khamis, 21 Mac 2013

keep moving

Lumrah seorang musafir, penat dipertengahan..tidak salah untuk berhanti rehat seketika..tapi jangan berhenti terlalu lama, cukup sekadar mengumpulkan tenaga untuk meneruskan hari esok yang panjang. resam hang tuah bermain pedang, letih bertarung duduk..bila dah cukup tenaga, bangkit dan terus berjuang


sumber gambar :)
alhamdulillah setakat ni dah 3 test berlalu..hanya tinggal 2 test lagi utk midsem.. semoga shbat2 masih kuat untuk meneruskan baki yg ada :) sy mndoakan yg terbaik!

Rabu, 20 Mac 2013

do the best

selamat berjuang kepada semua palajar UPM..skg ni musim test, msti ramai yg stay-up study last minit..xpe la, janji jgn berputus asa..putus asa bukan sifat muslim..mesti semaikan semgat jihad dalam mencari ilmu..insyallah dikuatkan sepanjang perjalanan...


jgn lupe mntak restu ummi dan abah seblum jwb te!bitaufiq wannajah :)

Ahad, 18 Disember 2011

Aku masih gagal!!kenapa?

entry kali ini ditulis oleh roomate saya, ibn Isnar dan sahabatnya zulhafiz. memandangkan final test ssemakin dekat, sedikit pengisian untuk dibaca oleh sahabat seperjuangan yang lain. Untuk pengetahuan anda, entry ini merupakan buletin surau al-irfan(infinity) yang terakhir tetapi tak sempat untuk dipublish. atas permintaan penulis, saya postkan di sini agar cernaan minda yang dilakukan oleh beliau untuk menulis dapat dikongsi bersama anda.

Aku masih gagal! Kenapa?

Tuah ayam di tajinya, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Berbagai persiapan yang dilakukan bagi menghadapi peperiksaan. Stay-up sampai ke pagi subuh, minum kopi 3-4 cawan, buku rujukan keliling pinggang walaupun tak baca tapi mesti ada..nak sedapkan hati. Buat latihan bagaikan nak rak tapi akhirnya masih dengan keputusan yang sama. Ada setengah orang kata, apa barang! Kenapa mereka yang study lebih daripada orang lain keluar result ciput-ciput je. Orang lain, belajar sikit je..keluar result, 4-flat. Meletup!..Itulah rezeki namanya. Namun harus juga kita melihat pada sudut yang lain. “Adakah hubunganku dengan Allah terjaga?” Di sinilah persoalan tentang solat bermula.

Solat sebagai pengukur hubungan dengan Allah

Mari kita ukur diri kita dengan solat. Apabila kita solat tanpa memikirkan segala sesuatu selain Allah, maka berbahagialah. Tetapi, jika tidak sedemikian, maka tangisilah dirimu setiap kali menuju solat. Hanya kepadaMu kami beribadah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan,” ayat ke 5 dari surah al-fatihah ini jelas menyatakan hanya Allah Yang Maha Esa sahaja yang disembah dan kepadaNya kita mohon pertolongan. Kita menginginkan sesuatu pun kita mohon pertolongan Allah dengan berdoa. Mari kita bermuhasabah diri..Sebanyak 17 kali kita ulang al-fatihah ini dalam sehari, 5 kali sehari semalam kita solat tetapi khusyukkah solat kita atau hanya sah solat semata-mata? Kita nak kan yang terbaik untuk diri kita-kesihatan,kejayaan, kekayaan,dan segala bentuk kesenangan tapi kita tidak memberi yang terbaik kepada Allah dalam solat kita. Fikiran kita melayang memikirkan hal-hal lain. Bagaimana keredhaan Allah dapat dicapai kalau ini sikap yang ditunjukkan dari seorang hamba kepada penciptaNya.

Barangsiapa ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaklah ia perhatikan bagaimana solatnya, adakah dikerjakan dengan tenang dan khusyuk atau dengan tergesa-gesa dan lalai. Jika solat tersebut ternyata dilaksanakan dengan lalai dan tergesa-gesa, maka taburlah pasir ke wajahmu ( sesalilah hal tersebut dengan penuh penyesalan).

Selepas solat dia tidak sepatutnya tergesa-gesa untuk meninggalkan tempat solatnya. Akan tetapi hendaklah dia berzikir kepada Allah SWT dan beristighfar memohon ampun kepadaNya atas segala kekurangan yang dia lakukan di dalam solatnya.

Berapa banyak solat yang tidak layak diterima Allah, tetapi setelah kita beristighfar memohon ampun kepadaNya atas solat tersebut Allah kemudian akan menerimanya. Sesungguhnya Allah memberi pengampunan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Oleh itu wahai sahabat, marilah kita memperbaiki solat kita. Insya-Allah segala urusan akan dipermudahkan olehNya. Mudah-mudahan apa yang kita hajatkan akan dikabulkan. Bersamalah kita mencapai keredhaanNya.

Hubungan sesama manusia

Hubungan dengan manusia pun penting juga untuk mengukur sejauh mana keberkatan hidup kita sebagai seorang pelajar di Matrik ini. Sebagai contoh, hubungan kita sebagai pelajar dengan para pendidik kita disini (KML), hubungan dengan sahabat seperjuangan, hubungan dengan roommate , hubungan dengan makcik kafe c dan yang sama waktu dengannya.

Banyak kita terlepas pandang tentang hal nie, mungkin sebab sibuk belajar ataupun langsung tak kisah tentang hubungan sesama kita. Terutamanya hubungan dengan para pendidik di sini. Contoh perkara yang sinonim dengan kita ialah ponteng kuliah dan kelas tutorial. Sekali sahaja ponteng dengan niat, kita telah pun merusak hubungan dengan lecturer yang mengajar. Bukan itu sahaja, kita pun terlepas pandang dengan benda yang paling bernilai dalam menuntut ilmu iaitu keberkatan.

Teringat sedikit kata-kata seorang lecturer kimia yang mengajar tutor saya, katanya, “ini semua bukan sebab dapat ilmu banyak ataupun sedikit, tapi sebab untuk dapatkan keberkatan ilmu dari pendidik itu...” lebih kurang maksudnya. Ini menunjukkan hadir kelas merupakan rasa hormat kita kepada lecturer yang mengajar untuk mendapatkan ilmu yang berkat. Inilah pentingnya kita sebagai murid yang fakir dengan ilmu harus menjaga hubungan dengan para pendidik kita. Mungkin salah satu sebab kenapa usaha kita tidak membuahkan hasil kerana perkara begini kita terlepas pandang. Oleh itu, sebelum melangkah ke dewan peperiksaan nanti jangan lupa minta maaf dan keberkatan ilmu yang dicurahkan kepada kita selama ini. Minta halalkan semua ilmu mereka. Keberkatan ilmu itu ada bersama para pendidik kita.

Jaga diri

Penjagaan diri amatlah penting bukan sahaja dalam KML ini, tapi dalam dunia ini juga. Ingatlah diri kita ini lebih mulia dari yang kita sangkakan sehingga makhluk Allah yang pun cemburu dengan kita. Sebab itulah kita perlu betul-betul jaga diri ini. Tetapi perkara ini pun kita terlepas pandang juga. Cuba perhatikan firman Allah SWT,

“ Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak perhatikan?”

(surah az-Zariyat 51:20-21)

Diri kita ini teramatlah mulia, zahirnya apa lagi batinnya. Tetapi apa yang terjadi, kita masukkan dengan benda-benda yang syubhat malah yang haram. Kenapa tidak usaha gigh yang kita lakukan tidak membuahkan hasil. Salah satu sebab doa kita tidak dimakbulkan adalah perkara sebegini yang berlaku. Tidak dinafikan ini yang berlaku ke atas kita apa lagi ketenatan sumber makanan halal di Labuan ini. Perkara inilah yang perlu kita mujahadah (berusaha bersungguh-sungguh) untuk mencari yang halal supaya dapat menjaga diri kita ini daripada benda-benda yang syubhat dan haram. Semua itu ada hikmah disebaliknya.

TIPS MENGURANGKAN STRESS

~ Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk


Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah
diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan
mudah diingati.

~ Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan
daripada Allah.

~ Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

~ Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

~ Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

~ Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

~ Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Kesimpulan :
Sebagai kesimpulannya, sebagai pelajar, kita kena jaga hubungan dengan Allah SWT, sesama makhluk-Nya dan jaga hubungan dengan diri sendiri (sentiasa muhasabah diri). tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Ingatlah, semua ujian yang berlaku ke atas kita adalah rahmat-Nya dan merupakan kasih sayang-Nya kepada kita. Jadikan semua itu sebagai batu loncatan untuk kita menggapai redha-Nya dunia akhirat.
...INSYAALLAH...