Ahad, 30 Mac 2014

Cantik

Ramai yang mengatakan cantik itu subjektif. Walaupun seluruh dunia mengatakan begitu saya tetap tidak bersetuju. Orang yang cantik akan dikatakan cantik oleh sesiapapun, begitu juga orang yang hodoh tetap akan dikatakan hodoh oleh sesiapapun.

Persoalan mengenai mengapa orang ada yang melihat seorang yg hodoh ini menjadi cantik bukan kerana cantik adalah subjektif, tetapi kerana mereka sudah menilai orang tersebut melalui emosi, bukan lagi melalui akal yang normal.

Harun Yahya ada mengatakan, "Romanticism which leads people to live, not according to their reason, but according to their emotions"

Satu pasangan kekasih yang sudah hidup diawang-awangan, ataupun 2 orang insan, lelaki dan perempuan yang selalu berhubung akhirnya terdetik rasa ingin lebih dekat, mula merasa merasa pasangan mereka itu ideal, cantik, ataupun kacak. Dan apabila para cendikiawan yg mengkaji kejadian ini tanpa mengira aspek emosi, mula mengatakan bahawa cantik itu subjektif.

Padahal sebelumnya, ketika mereka belum dikuasai oleh emosi, ataupun masih tepat belum melalui tempoh romantik, mereka tidakpun merasakan pasangan mereka itu cantik, tetapi apabila emosi mula menilai, mereka jadi tidak nampak jerawat dimuka, kentut pun wangi, apa sahaja yang dibuatnya semua jadi baik.

Mungkin apa yang boleh di simpulkan adalah cantik itu hanya subjektif jika dinilai dengan emosi. Cantik tidaklah subjektif jika dinilai dengan akal.

sumber twitter

Rabu, 26 Mac 2014

Masalah

Kehidupan manusia hanya akan lengkap dengan adanya masalah. Kerana dengan adanya masalah akan timbul persoalan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Lalu tercipta banyak alatan baru untuk mengatasi masalah yang ada. Dengan itu kehidupan manusia sentiasa membangun dari semasa ke semasa. Suatu ketika dahulu, berjalan jauh merupakan masalah bagi pengembara. Pengembara memerlukan berbulan-bulan untuk sampai ke tempat yang jauh. Tidak kurang juga yang menemui ajal ketika dalam perjalanan. Lalu timbul persoalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Maka terciptalah basikal, motosikal, kapal, kereta, kapal terbang dan banyak lagi.

Tanpa masalah pastinya tidak akan tercipta tamadun-tamadun yang agung, tidak akan tercipta bangunan-bangunan yang gah, tidak akan tercipta teknologi yang hebat seperti sekarang. Mungkin ada yang berpandangan, manusia juga boleh mewujudkan tamadun, binaan yg megah mahupun teknologi hanya dengan bercita-cita. Mungkin ada benarnya tetapi hanya sekadar cita-cita mungkin tidak terlintas untuk mencipta satu-satu benda sekadar bersahaja, pasti ada tujuannya.

Berdasarkan buku 'La Tahzan', nilai diri kamu adalah sebanyak-mana masalah yang kamu lalui. Sebab itu kita harus berfikir secara  berhikmah atas apa sahaja yang terjadi kepada diri kita. Mustahil yang terjadi kepada kita Allah swt adalah sia-sia. Namun kerana ketakutan kita untuk menyelesaikan masalah menyebabkan kita seringkali lari dan takut berbuat sesuatu, dan akhirnya kita tidak mendapat masalah.

Banyak lagi masalah di dunia ini yang perlu diselesaikan, terpulang kepada kita untuk sama-sama menyertai pemikir-pemikir dunia, atau hanya duduk menunggu takdir, atau juga hidup hanya sekadar wujud pada jasad dan tidak memberi manfaat. Banyak lagi masalah umat islam yang masih belum selesai, semalam(ditulis pada 26/3/2014) 529 orang perjuang islam di Mesir disabitkan dengan hukum gantung sampai mati. Adakah sama nilai nyawa seorang manusia dengan seekor semut? yang dibunuh oleh rejim yang gila zalim.

sumber: twitter

Ahad, 23 Mac 2014

Liberty in India

Semalam saya menghadiri kelas bersama Mr Barum, Pengarah Institut kebebasan India dan sempat mendengar pandangan beliau mengenai perjalanan sosial, politik dan ekonomi di India.

Belakangan ini memang kita seringkali mendengan lonjakan ekonomi berlaku di India tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. India juga sama seperti negara peninggalan British yang lain. Termasuk juga Belanda dan, pelbagai lagi kuasa barat yang menakluk negara-negara timur. Kita ditinggalkan dengan kurangnya kepakaran memimpin, mengurus-tadbir ekonomi, struktur pemerintahan yang tidak adil, kronisme, dikongkong dengan pemikiran 'Bumiputera'.

India melalui zaman perubahan pimpinan pembangkan dan kerajaan pada tahun 1970. Iaitu kali pertama pembangkang di India memenangi pilihanaraya dan bertukar menjadi kerajaan. Di sinilah sebenarnya titik perubahan corak fikir masyarakat di India. Pemikiran mereka yang dulu dikongkong dengan dogma dan ketakutan tanpa bukti kukuh berakhir walaupun media dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Mereka yang dulunya berjuang atas perjuangan kaum dan warna kulit kini sudah berubah kearah perjuangan berdasarkan idea, kemampuan memimpin dan mengurus-tadbir ekonomi.

India juga seperti Malaysia, terdapat pelabagai kaum di dalamnya. Dulu mereka berkempen untuk kaum mana yang paling layak memerintah India. Tapi kini mereka berkempen mengenai siapa yang boleh membangunkan India dengan lebih baik. Polisi parti mana yang lebih layak meneraju kepimpinan di India. Dulunya syarikat yang diluluskan hanya yang ada kepentingan kepada ahli pemimpin dalam kerajaan sahaja. Kini apa sahaja syarikat yang layak boleh masuk ke India memberi perkhidmatan yang lebih baik dan tidak mencekik darah.

Sehingga kini India sudah mula mencuri tumpuan dunia. Sekecil-kecil Singapura juga merupakan hab pelaburan syarikat diseluruh dunia. Apa sahaja syarikat yang memiliki empayar yang luas akan membuka cawangan di Singapura menjadikan negara jiran kita itu lebih dikenali diseluruh dunia walaupun kewujudannya di peta dunia seolah-olah tidak kelihatan. Persoalaanya bila lagi giliran Malaysia?


Sifat

Lahirnya seorang bayi ke dunia, ada beberapa perkara ibu dan ayahnya sudah boleh meng-agak daripada peribadi anak tersebut. Setiap manusia memang dilahirkan dengan perbezaan personaliti, ada yang akan membesar dengan sifat pemalu, ada yg dengan sifat pemberani, sifat yang lemah-lembut, akal yang cerdik, sifat rajin dan banyak lagi kepelbagaian hidup manusia. 

Namun, separuh lagi adalah berdasarkan bagaimana suasana kita dibesarkan. Pepatah sering-kali digunakan untuk menggambarkan teori ini adalah "Manusia dilahirkan sebagai seorang raja, tetapi suasana pembesaran menyebabkannya menjadi katak puru". Quote ini ditulis oleh ahli psikologist. Memang ada antara kita yang dilahirkan dalam keadaan pemalu, kurang berkayakinan dsb. Tetapi bila dicampakkan dalam kalangan orang-orang yang berani, berkepimpinan, lama-kelamaan sifat pemalu itu mampu disembunyikan. Bukan bermakna sifat pemalu itu hilang, sifat pemalu itu akan terus ada kerana ia adalah genetik semula jadi. Otak akan terus menghantar sifat pemalu itu secara 'involuntary', iaitu sifat yang dikawal oleh otak secara semulajadi, bukan atas kemahuan kita. Apa yang saya maksudkan secara ringkas adalah naluri kita untuk malu itu tetap akan ada, tetapi apabila kita dilatih dan dibesarkan cara yang baik dan berhemah, sifat malu itu akan dapat kita letakkan pada tempatnya yang sesuai. Maka kita akan malu bertempat, dan mampu menyembunyikan malu semulajadi pada tempat yang betul.

sumber: google


Ada juga yang dilahirkan dengan sifat kebijaksanaan. Kalau ada yang mengatakan manusia itu lahir pada tahap IQ yang sama, itu saya sama sekali akan menolak perkara itu. Ada yang boleh membaca pada usia 4tahun setengah, ada juga yang hanya boleh membaca pada usia 8 tahun, padahal suasana dibesarkan sama. Seringkali terjadi juga adiknya lebih pandai daripada abangnya, padahal dibesarkan dalam suasana yang sama, ibu dan ayah yang sama, tapi hasilnya si adik lebih dahulu pandai membaca daripada abangnya. Namun lahir dalam kebijaksanaan bukanlah jaminan untuk kekal menjadi seorang yang bijak-pandai. Begitu juga sebaliknya, yang lahir dalam keadaan kurang bijak, ataupun lebih tepat dungu tidak akan sentiasa dalam keadaan dungu. Saya terpaksa menggunakan perkataan 'dungu' agar mesej lebih mudah difahami berbanding hanya berkias. Jika si dungu dibesarkan dengan suasana ilmu, sentiasa terlatih untuk berfikir, diajar untuk mengira, membaca dan sebagainya. Si dungu tadi akan lebih bijak kerana sudah dilatih. Bukan bermaksud dia sudah menjadi cerdik pandai yang mudah faham, tetapi kerana keterbiasaan.

Apa yang ingin saya katakan adalah, kita manusia diciptakan dengan kelainan. Dan boleh jadi kelainan itu menjadi masalah kepada kita, dan boleh jadi kelainan itu satu keuntungan kepada kita. Kita juga dibezakan dengan bagaimana tidakbalas kita terhadap apa yang berlaku terhadap hidup kita. Maka bagilah tidak balas yang positif keatas setiap yang berlaku ke dalam hidup kita. Jika kita diberi kekurangan, berusahalah untuk menambah nilai dalam diri kita. Jika kita berikan kelebihan, hargailah ia.

Jumaat, 14 Mac 2014

Tamadun


4 Hari lepas saya pergi ke KLIA untuk menjemput kenalan yang baru tiba dari Kota Kinabalu. Rasanya dah lebih 4 tahun tidak menjejak-kan kaki di KLIA kerana menggunakan laluan dari LCCT. Dalam kepanasan isu kehilangan pesawat MH370, saya sempat melihat keadaan lapangan terbang tersebut.

Tapi apa yang saya ingin komen adalah mengenai pembangunan yang tidak terancang di Malaysia. Saya teringatkan kata-kata ibn Khaldun yang lebih kurang bermaksud tamadun diukur dengan budaya dan kerohanian bukan semata-mata pembangunan lahiriah.

Dari sudut KLIA, mak cik saya sendiri (Auntie Yah) yang menetap di Australia sekian lama kagum dengan KLIA. Jauh sekali perbezaannya berbanding lapangan terbang di sana. Pada saya prinsip yang dilaksanakan di Australia mungkin berbaza, mereka lebih mementingkan aspek sosial dan budi pekerti. Saya mengambil mendengar sendiri pengalaman daripada sahabat yang baru pulang dari negara tersebut pada bulan lepas.

bangunan pencakar langit di Jeddah
sumber: sini


Saya tidak mengutuk kewujudan bangunan-bangunan tersebut, cuma bila aspek lahiriah sahaja yang ditekankan, kita akan berterusan dalam jalan perhambaan. Cuba kita search senarai bangunan pencakar langit, kebanyakkannya dari negara islam. Sama ada ia satu kebetulan, atau kita sudah terperangkap. Banyak kisah-kisah yang penuh konspirasi disebalik bangunan pencakar langit tersebut.

Apa yang saya boleh simpulkan adalah intelektual islam sudah mengajar teori pembentukan tamadun yang betul, tetapi ia hanya digunakan oleh orang bukan islam. Bahkan kita menggunakan pula teori yang salah, iaitu mementingkan lahiriah semata-mata. Ini satu kerugian yang besar pada kita. Yang bakal membangunkan islam dan negara pada masa akan datang adalah anak muda sekarang. Jika golongan ini tidak dibentuk dengan baik, tinggalah nama dan tugu.

Selasa, 4 Mac 2014

IRONI 2014



Kami menjemput semua yang berkelapangan untuk hadir ke liqo' tahunan al-Irfaan dibawah program IRONI 2014 khususnya yang berada di tanah semenanjung. Infiru!

Isnin, 3 Mac 2014

Tabiat


hiasan
Sumber: google.plus

Manusia tidak lari dari tabiat. Seorang doktor ada tabiat dia sebagai doktor, sebagai pensyarah juga ada tabaiat mereka. Begitu juga kita sebagai seorang pelajar kita ada tabiat kita sendiri. Kebanyakkan pelajar suka menyiapkan tugasan yg diberikan pada saat-saat akhir. Begitu juga dengan mengulang-kaji pelajaran, bila dekat dengan tarikh peperiksaan barulah kita rasa hendak belajar membuak-buak, dan paling 'common' lagi kita akan mengatakan "kalaulah aku belajar macam ini dari awal semester, kan lagi baik". Ini semua tabiat kita sebagai pelajar suka menangguh kerja "last minute"

Ada juga pelajar yang apabila mendapat tugasan terus disiapkan pada hari yang sama, mengulangkaji pelajaran sepanjang semester dan cuba memahami subjek tanpa ketinggalan. Ini juga sebagai tabiat, cuma tabiat ini adalah tabiah yang baik. Dan tidak dinafikan, tabiat inilah yang akan membezakan pelajar cemerlang dengan pelajar yang kurang cemerlang.

Persoalannya bagaimana kita boleh memiliki tabiat-tabiat yang baik? Ada jawapan? Buku yang boleh dirujuk? Mohon tunjuk ajar~

Ahad, 2 Mac 2014

Sosiologi manusia

gambar hiasan

6 jam sebelum flight, so masa terluang diisi dengan berblogging. Macam biasa aku akan parking barang2 kat satu meja n duduk untuk observe tingkah-laku manusia yg pelbagai. So hari ni kita nak bercerita mengenai pergaulan antara manusia.

Plato ada mengatakan "jika tidak mahu berkawan, tinggallah di dalam hutan bersama beruk". Ini menunjukkan bahawa manusia tidak boleh hidup sendirian. Mungkin ada dalam kalangan kenalan anda mengatakan mereka suka hidup sendirian. Itu adalah perkara mustahil, sebenarnya pada ketika dia mengatakan sedemikian mungkin kerana pada masa itu keadaannya bukan normal, sama ada emosi kurang stabil, ataupun mengalami sedikit kemurungan. Sampai suatu tahap kematangan dalam sosial, kita akan cuba menerima pelbagai bentuk personaliti orang lain. Kita beranggapan seberapa ganjil, teruk, baik, buruk personaliti itu adalah satu perkara yg normal, dengan andaian sebagaimana kita merasa personaliti orang tersebut sukar untuk ditafsir, begitulah juga personaliti kita sukar untuk ditafsir. Maka akhirnya kita berjaya menerima orang lain seadanya.

Sampai satu tahap kita tidak boleh lari daripada sikap prejudis, kita menganggap kita lebih baik berbanding orang lain secara tidak sedar. Walaupun cuba untuk berfikiran terbuka, cuba mencari titik persamaan bahkan cuba untuk menerima orang kelainan personaliti orang lain, tetap ada berlaku penolakan di dalam minda. Golongan agamawan cuba untuk tidak meletakkan diri mereka tidak terlalu tinggi, cuba untuk bergaul dengan golongan biasa agar corak pemikiran mereka. Begitu juga golongan biasa cuba untuk masuk golongan agamawan yang agar mereka tidak tersasar jauh. Namun satu tahap golongan agamawan terperangkap dengan prejudis terhadap golongan biasa dengan menganggap mereka lebih sempurna daripada golongan biasa. Sambil golongan biasa juga prejudis bahawa golongan agamawan ini merupakan golongan yang mengongkong. Pada keadaan yang sebenar, agama bukanlah mengongkong hidup manusia bahkan mengajar manusia tentang cara hidup. Begitu juga dengan golongan agamawan, sebenarnya golongan biasa itu sudah dibentuk corak hidup mereka sedemikian, tapi mereka lebih baik kerana masih mampu bertahan, cuba diletakkan golongan agamawan ini berada pada situasi tersebut, boleh jadi keadaannya lebih parah. Cukup kita sebagai manusia biasa membuat andaian dan persepsi, ditambah pula dengan kurang usaha untuk dialog golongan yang terkena virus ke-"tidak peduli"-ism. Situasi menjadi lebih parah

Mangapa ini terjadi? Ini permasalahan manusia yang belum dapat diselesaikan secara keseluruhannya oleh ahli-ahli pemikir. Mereka cuma mengetauhi punca tetapi untuk menyelesaikan masalah ini tidak semudah itu kerana kepelbagaian manusia. Setiap individu mempunyai frekuensi masing-masing, kita boleh bergaul dengan golongan yang sama frekuensi ataupun hampir sama. Jika terlalu jauh susah untuk kita bergaul, bagi sesiapa yang ada kemahiran merubah frekuensi dengan baik. Dia boleh bergaul dengan semua kelompok masyarakat.


Pening

Hari ini selesai mendengar ulasan daripada 2 belah pihak yang berbeza mengenai beberapa isu. Ia sangat memeningkan untuk menilai pihak mana yang betul, mengapa isu itu tidak jelas secara dibahagian "surface"? Tidak tahu pihak mana yang lebih betul.

Aku cuba untuk mengurangkan efek sampingan daripada kepelbagaian ideologi yang masuk ke dalam minda. Ada yg berkata untuk harmoni dengan kepelbagaian pandangan pada awalnya, tapi setelah memberi penjelasan tetap berlaku penolakkan pandangan yang lain tanpa menjernihkan balik kekeruhan.




sekadar hiasan
Aku merangkak semula, tetap belum berpihak, dan masih membuat perkiraan mengenai maklumat yang diperolehi. Aku suka dengan keadaan yang sekarang, cuma berharap agar suatu hari nanti semakin kita banyak membaca  corak pemikiran, kita semakin mencari keserasian dan menekan perkara yang terdapat titik pertemuan, bukan hanya menampakkan dan membesar-besarkan isu yg tidak selari dengan kita. Mungkin pertembungan ini sudah berlaku lebih awal di negara-negara barat dan kita disini masih merangkak dalam ideologi. Perkara ini memang akan terjadi kerana semakin lama manusia semakin berfikir, semakin lama manusia cuba untuk menyelesaikan masalah mereka hadapi dalam sosial.

Post ini agak sedikit berat dan tersirat, tak ramai akan faham. Ia bergantung dengan siapa kita bergaul dan dari situ telah menjadikan seseorang memahami situasi ini. Abaikan jika tidak faham

Perbezaan



gambar hiasan
sumber: google

Aku giat memerhatikan tingkah-laku manusia. Kenapa hasil manusia berbeza-beza? Aku cuba meramalkan kisah silam manusia yang menghasilkan diri mereka yang sekarang. Dalam masa yang sama aku masih tidak mengenali. Bagaimana aku boleh jadi aku yang sekarang?Apa yg harus aku lakukan?

Hukama ada berkata "sesungguhnya kebesaran Allah itu ada dalam diri manusia. Barangsiapa mengenal dirinnya nescaya dia mengenal Allah"

Mahasiswa atau Boneka

sumber: google

Kita di didik dengan ketakutan, persepsi, sangka buruk dan pelbagai lagi bentuk hasutan negatif. Ini "tumbersaran" yang tidak sihat bagi mahasiswa sebelum pergi ke alam pekerjaan. Apa yang harus mahasiswa lalui pada zaman "tumbesaran" adalah dengan keberanian, diberi medium untuk berfikir secara kreatif, didorong untuk berdialog, diajar untuk bersifat harmoni dengan berbezaan pandangan, diberi kebebasan menyuarakan pandangan dsb.

 Semalam Berlangsung satu forum "Mahasiswa atau Boneka". Walaupun forum sendiri telah mem"boneka"kan mahasiswa atas beberapa faktor, tetapi tetap berjalan dengan lancar. Apa yg menarik semalam adalah term yang digunakan iaitu "kanser pemikiran". Kanser pemikiran disebut oleh Ust Fawwaz sekalu panel forum semalam menyifatkan mahasiwa di Malaysia memiliki otak yg sangat lemah. Beliau yang merupakan graduan Universiti al-Azhar Mesir dan pernah mengajar di negara kita sendiri, mengatakan bahawa kekuatan hafalan pelajar Malaysia sukar untuk menghafal kerana tidak faktor cara didikan di Malaysia sendiri. Budaya ilmu di Malaysia sangat berbeza ketika beliau menuntut di Mesir suatu ketika dahulu.