Isnin, 14 April 2014

Diktator

Antara diktator ataupun prinsip hidup. Seorang pemimpin selalu terperangkap dalam membuat keputusan. Jika membuat keputusan terlalu mengikut orang bawahan, dia akan dianggap sebagai pemimpin yang lemah, tidak ada pendirian dan tidak layak menjadi pemimpin. Jika pemimpin yang tegas pendirian yang menolak pandangan orang bawahan, pemimpin jenis ini pula sering dianggap diktator. Maka salah satu seni memimpin adalah mengimbangkan kedua-duanya.

sumber gambar: twitter

Ahad, 13 April 2014

Ruled by crazy

Memang sudah menjadi suatu kelaziman orang yang lebih kuat akan menindas yang lemah. Negara-negara besar menang dalam perbicaraan antarabangsa, negara kecil ataupun lemah pula akan sentiasa kalah dalam perbicaraan. Lihat sahaja negara berproksi besar Israel yang berjaya menubuhkan negara haram atas restu PBB. Saban hari kawasan pencorobohan mereka diperluaskan, seringkali penduduk Palestin menjadi mangsa. Begitu juga golongan bangsawan yang seringkali menindas golongan marhean, disuruhnya rakyat bersakit-sakitan hidup sedangkan mereka mobolot kekayaan, mencuri berskala yang besar adalah ke'harus'an bagi bangsawan. Bila marhean mencuri ikan bilis pantas saja dihukum, bila bangsawan mencuri jerung terlepas begitu sahaja.

Ini bukan lagi soal agama mana yang paling benar dan paling suci, ataupun soal siapa empunya negara, mahupun bangsa yang paling mulia yang mahu diperjuangkan, ini soal kemanusiaan. Saya bukan melihat isu palestin semata-mata, tetapi seluruh penindasan terhadap golongan yang lemah. Pembunuhan berlaku senwang-wenangnya, seolah-olah nyawa manusia itu sama nilai seperti semut. Kadang-kadang lebih diperjuangkan nyawa binatang berbanding nyawa manusia. Kerana ketamakan dan kebobrokan berkuasa, serta menganggap bangsanya saja yang layak hidup didunia mereka menjadi tidak waras dan gila. Atau juga kerana mereka itu hidup dengan keselesaan, tidak pernah merasai kesakitan ditindas, lalu mereka merasakan penindasan itu sesuatu yang normal, seolah-olah memang ada kelompok manusia yang lahir ke dunia semata-mata untuk di zalimi. Dunia seringkali tidak seimbang, pelaburan kepada ketenteraan begitu banyak sekali sedangkan ketenteraan ini seringkali menjadi pembunuh, bukan lagi menjadi penyelamat. Sedang tentera diberi kepentingan, jutaan manusia yang lain kebuluran. Yang diperlukan di dunia ini bukanlah peluru, bom, sniper mahupun kereta kebal, tapi dunia lebih memerlukan sifat kemanusiaan. Ada golongan yang hanya memerlukan secupak beras untuk hidup, sedangakan dunia membelanjakan bilion USD untuk membeli 'alat pembunuh'.

Malanglah hidupnya didunia hanya untuk dibunuh, dibiar kelaparan, disiksa, hidup untuk menjadi yatim piatu, hidup dalam ketakutan. Sampai bila? Orang yang duduk situasi ini lebih kenal kesakitan hidup, hanya mereka berharap pada takdir hari esok untuk terus hidup. Beruntungkah mereka hidup didunia semata-mata untuk berhibur sehingga lupa kesakitan orang lain? Mereka membelanjakan ribuan ribu ringgit untuk keseronokkan dunia. Dunia seringkali tidak adil dalam melayani kehidupan manusia. Dunia ini bukanlah seperti cerita dalam novel dan drama dimana watak hero akan menang. Di dunia nyata seringkali yang paling jahat akan menang, dan yang paling jahat akan menjadi kuat lantas yang kuat menindas yang lemah.




Isnin, 7 April 2014

Fasi

2:40 Pagi, lagi 3 jam sebelum flight. Kepenatan 2 hari menjadi fasi masih bersisa, disambung pula hari ni dengan perlajanan melalui 2 penerbangan(kl-miri, miri-limbang) sebelum sampai ke kampung halaman.


Apa yang saya simpulkan untuk check point tersebut adalah, kita perlu berhikmah dalam memberi teguran. Imam as-Syafiee ada menyebut, "Jika kamu menegur sahabatmu dikhalayak ramai, kamu sebenarnya sedang menghina dia, jika kamu menegur sahabat kamu dibelakang, kamu telah pun memuliakan dia". Sebaik-baiknya jika terlihat kemungkaran di depan mata, cubalah menegur dengan cara berhikmah seperti yang dianjurkan oleh imam syafiee.

Sumber gambar: twittet