Memaparkan catatan dengan label Kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah. Papar semua catatan

Rabu, 6 Ogos 2014

Syawal satu persinggahan

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua, apapun hari raya hanya persinggahan, kegembiraannya pasti menjadi kenanagan terindah buat kita sebagai bekalan sehingga setahun yang akan datang dan pastinya kita mengharapkan kegembiraan ini bukanlah kali yg terakhir. Kita mengharapkan agar dipertemukan lagi ramadhan yg akan datang dan seterusnya akan kembali merasai kemeriahan aidilfitri. Bagi saya sendiri hari raya adalah satu-satunya hari yang menyatukan seluruh ahli keluarga untuk bertemu dirumah, tidak ada jarak yg boleh memisahkan kami sekeluarga pada hari raya, sejauh manapun berada tetap akan kembali ke kampung halaman.

Bagi seluruh umat islam di dunia, kita mengharapkan pada Hari Raya Aidilfitri yg akan datang tiada lagi keganasan, pembunuhan, pertelingkahan. Kita harapkan Gaza tidak lagi berdarah, nasib umat islam di Somalia diberi perhatian, hak umat islam di Rohingya diperjuangkan, sunni di Syiria tidak lagi dizalimi. Ketamakan dan kebobrokan berkuasa hanya akan menzalimi golongan yg lemah jika dibiarkan berleluasa. Saya yakin dan percaya keganasan tidak pernah membahagiakan, yang memberi kebahagian adalah keadilan, bumi harus ditadbir dengan kesamarataan tanpa mengambil hak orang lain. Masing-masing boleh berbangga dengan hak sendiri, boleh mempertahankan hak sendiri, tetapi jangan sampai mencabuli hak orang lain. 

Selamat Hari Raya Aidlfiti seluruh umat islam. 
9 Syawal 1435

Aku lampirkan bersama gambar ini sebagai kenangan. Maaf aku tak pandai nak ber'selfie', so tak banyak gambar yg dapat di'upload'.

The Heroes 

Jumaat, 4 Julai 2014

Ramadhan ini

Aku mencari kemeriahan ramadhan yang dulunya ku rasakan syahdu saat kedatangannya. Aku cuba merendahkan hati disisi Allah swt agar mendapat rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Aku juga merindui zaman berpuasa dinegara Brunei Darussalam, dimana seluruh dari lapisan masyarakat juga pemimpinnya berlumba-lumba untuk beribadah kepada Allah swt. Meriahnya suasana ramadhan pada ketika itu mampu membalut hati dengan rasa kehambaan kepada Tuhan.

Sungguh suasana berbeza, lalu aku harus menerima ramadhan yang ini dengan kekentalan hati, untuk aku mencari kemuliaan ramdhan dalam suasana yang lebih mencabar. Aku mengambil iktibar bahawa kemeriahan ramadhan hanya akan dirasai dengan menghayati ramadhan dengan penuh keinsafan dalam diri.

gambar hiasan
sumber: twitter

Sabtu, 3 Mei 2014

Jumaat

Semalam berkesempatan melihat gelagat seorang abang cilik (lingkungan usia 11-12tahun) duduk mendengar khutbah jumaat bersama adiknya yang berusia lingkungan 5 tahun.

Melihat gelagat ini saya teringat zaman kanak-kanak saya sendiri. Keadaan yang lebih kurang sama ketika saya masih darjah 5. Saya diberikan amanah oleh ummi untuk menjaga adik ketika solat jumaat. Memandangkan adik ketika itu baru berumur 4 tahun, tidak banyak yang diketahuinya. Dia hanya mahu mengikut sahaja apa yang kami lakukan, jika ditinggalkan dia menangis. Kebiasaannya, adik saya akan tertidur ketika khutbah dan saya biarkan berbaring disebelah saya. Dia hanya akan dikejutkan selepas selesai solat jumaat. Apa yang patut dipuji adalah sifat adik saya yang tahu menghormati masjid. Dia akan duduk diam dan tidak berbuat bising. Pernah juga satu keadaan dimana saya terpasa menukarkan lampin adik ketika khutbah.

Pengajaran yang boleh diambil adalah perlu membiasakan anak-anak dengan amanah, bila sudah terbiasa diberi amanah pasti dia akan lebih dewasa. Dewasa tidak diukur dengan dengan usia tetapi diukur dengan kemampuan memikul amanah.


sumber gambar: twitter
.

Isnin, 7 April 2014

Fasi

2:40 Pagi, lagi 3 jam sebelum flight. Kepenatan 2 hari menjadi fasi masih bersisa, disambung pula hari ni dengan perlajanan melalui 2 penerbangan(kl-miri, miri-limbang) sebelum sampai ke kampung halaman.


Apa yang saya simpulkan untuk check point tersebut adalah, kita perlu berhikmah dalam memberi teguran. Imam as-Syafiee ada menyebut, "Jika kamu menegur sahabatmu dikhalayak ramai, kamu sebenarnya sedang menghina dia, jika kamu menegur sahabat kamu dibelakang, kamu telah pun memuliakan dia". Sebaik-baiknya jika terlihat kemungkaran di depan mata, cubalah menegur dengan cara berhikmah seperti yang dianjurkan oleh imam syafiee.

Sumber gambar: twittet

Selasa, 4 Mac 2014

IRONI 2014



Kami menjemput semua yang berkelapangan untuk hadir ke liqo' tahunan al-Irfaan dibawah program IRONI 2014 khususnya yang berada di tanah semenanjung. Infiru!

Isnin, 10 Februari 2014

Langkah


Minggu terakhir di rumah bersama keluaga sempena cuti semester. Kerja sambilan pun berkala, tunggu ada event. Masa sebulan digunakan untuk refleski diri dan membaca beberapa buah buku iaitu Personality Plus, Dilemma Melayu dan Law of Power. Sekadar untuk memahami pemikiran mereka, bukan untuk beriman dengan apa yang mereka tulis. So, minggu last ni aku berkarya sikit, untuk simpanan aku :)

Langkah
Oleh: muiz

keladak dijiwa seribu derita,
perit tertanggung dalam kenangan,
usah gentar menggenggam bara,
berdarah biar beralah jangan,
simpanlah derita buat bekalan,
jalan seribu batu mula berkabus
titik mula tidak kelihatan,
berundur lembah,
melangkah bara..

Indahnya gelora sang pantai,
bersama hembus angin yang membadai,
sembunyi di dalamnya seribu derita,
hatimu kental menerjah lautan,
kadang kau kalah melawan arus,
berhanti dipersimpangan mencari nafas,
begitulah lumrah sang musafir,
dalam indah gelora kau kesakitan,
senja kala mula berlabuh,
terselit bahagia perawat luka.

gambar hiasan
sumber: twitter



Khamis, 26 Disember 2013

Sayonara 2013

sumber gambar: sini


Cukuplah perjalanan masa yang kian pantas ini menjadi pengajaran untuk kita semua pada akan datang, seakan-akan dunia terhenti sambil masa terus berjalan, demikianlah gambaran kepantasan masa yang berlalu kerana kealpaan diri.


Tanpa disedari 2013 sudah sampai kepenghujungnya, hanya tinggal setahun 6 bulan untuk aku menghargai apa yang aku miliki dibumi UPM sehingga setakat ini, samada saudara terdekat, sahabat-sahabat, ilmu, suasana mahupun pengalaman. Namun aku sering lupa semua itu, aku terperangkap dengan kebiasaan manusia, iaitu manusia yang menyedari nilai sesuatu perkara hanya bila ia sudah tiada lagi. Aku kesal akan ia, tapi aku juga sering lupa akan ia.

2013 mengajar aku pelbagai bentuk kesakitan. Dan aku melalui zaman tua yang lebih awal apabila aku lari daripada segala bentuk kesakitan tersebut dan aku mengambil pengajaran lalu agar aku tidak mengalami kesakitan yang sama lagi. Hasilnya aku kembali ke tampuk yang lama, aku tidak membangun walau seinci bahkan mundur kebelakang. Bentuk penulisan, pergaulan, tahap pemikiran ternyata membawa aku kezaman 'retro' buat diriku.

Aku mengakhiri 2013 dengan tenang, tanpa rasa sakit. Penghujung 2013 membawaku ke ruang santai yang lebih tenang, semua kerna aku lebih waspada dengan kebarangkalian untuk mendapat kesakitan berdasarkan pengalaman lampau. Namun sifat pengecut telah wujud di dalam sifat ke-tua-an ini. Mudahnya, aku tenang dalam kekalahan. Kekalahan dari segenap sudut. Namun, harus aku akui pengalaman ini mendewasakan aku dan sudah menjadi sebahagian daripada hidupku, bahkan membentuk identiti baharu dalam pembawaan hidup masa akan datang.


Hanya aku memahami isi hatiku. Kerana aku yang menjalani hidupku, kerana aku memiliki hatiku sendiri. Namun Allah jauh lebih tahu dari apa yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Semoga diberi kekuatan untuk meneroka ruang dan waktu dibumi ini sebagai hamba Tuhan.


Aku simpulkan bahawa masa tidak pernah berlalu dengan lebih pantas. Aku sering melihat edaran waktu, aku sering memerhati putaran jam, tetap perjalanan waktu adalah sama pantas. Cuma kealpaan manusia yang menyebabkan kita lupa yang masa itu wujud dan masa itu sentiasa berjalan. Semakin kita merasaka masa itu singkat, ia bermakna kita semakin banyak melakukan kelalaian dan alpa.

Musafir tegar.

Sabtu, 9 November 2013

harus bagaimana?


Satu persamaan yg ada dalam setiap diri manusia adalah mereka inginkan ketenangan, namun definisi ketenangan itu adalah subjektif, berbeza maknanya mahupun rasanya bagi setiap manusia.. 


Namun untuk mendapatkan ketenangan masing-masing punya cara sendiri, ada yang melihat pemandangan laut, ada yang melihat matahari terbenam, ada yang melihat matahari naik, ada yang membaca al-Quran bahkan ada juga yang pergi ke K-box untuk berkaraoke.. 

Betulkah ada yang pergi ke k-box untuk mencari ketenangan???mereka juga manusia yang punyai masalah..namun menggunakan metod yang berbeza mengatasinya..bagi sesetengah lain k-box merupakan tempat untuk menjadikan otak "serabut"..inilah dinamakan kepelbagaian manusia.. tapi saya yakin, ketenangan itu hanya bersifat sementara, sampai satu tahap kematangan dimana kita menyedari perlunya hati kita bertaut pada sang pencipta.. 

Maka dipenghujungnya hanya kembali kepada Allah jua kita akan dapat ketenangan abadi.. "dan ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.." 


sumber gambar: sini

Jumaat, 8 November 2013

Soal hati? siapa menjawabnya?

Di dalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruk juga seluruh tubuhnya.

Dalam kitab Salalatus Salikin karangan Imam Ghazali r.a menyentuh satu bab mengenai Nyawa, Jantung, dan Hati. Maka Imam Ghazali r.a membahagikan hati ini kepada dua bahagian iaitu jasadiah dan ruhiyah. Hati dalam bahasa arab dipanggil Qalb. Dan jika mengikuti pengajian bab ini kita akan mendapati kesilapan bahasa melayu dalam penggunaan hati dan jantung. Untuk mempelajari hati dan sifat-sifatnya perlu dipelajari serentak dengan perihal nyawa dan jantung supaya lebih mudah difahami dari segi perkaitan dan perbezaan antara ketiganya. Jesteru untuk berbahas secara lebih dalam perihal hati saya cadangkan untuk mendalami ilmu tasawuf ini dimana-mana pusat pengajian secara talaqi.

Ya, dalam diri manusia memang ada yang seketul daging kecil yang kompleks sifatnya yang dipanggil hati. Di dalam hati itu juga ada terdapat dipanggil hati kecil. Seorang anak muda yg selalu pergi ke surau, dalam masa yg sama dia terkenankan anak ketua kampung. Jadi niat hatinya ke surau adalah untuk beribadah kepada Allah, tapi jauh disudut hatinya (hati kecil) berkata dia ke surau kerana anak ketua kampung. Niat asalnya mungkin masih betul, tetapi niat sampingan itu adalah sebenar-benar niat. Maka perkiraan Allah itu lebih tepat, biarkan Allah menilai~Semoga Allah menjauhkan kita dari kekeliruan hati. amin.- Ust Azhar, Masjid MARDI

sumber gambar: sini

Isnin, 28 Oktober 2013

Galactic laser

Pertama kali dengar macam galactic acid. tapi bukan. selalu tersasul sebut galactic acid. mentang-mentang la student kimia. Nama sebenar adalah galactic laser.

Yuran untuk student combo adalah RM48(daftar ahli+3x10minit bermain). Untuk kali kedua dan seterusnya bagi yang sudah mendaftar sebagai ahli hanya RM30 untuk 3x10 minit bermain.

galactic laser midvalley
First time pegi mggu lpas ngan geng2 skolah menengah. Saje luang masa ngn dorg sbb lama xjumpa. Pastu sorg dah fly ke mesir smlm. Maksudnya lagi 8 bulan lg baru boleh jumpa balik. Lama kowt.

haziqah, aisyah, aziz, aku
Rules and regulation:)

masuk je akan ada sistem detector. hanya boleh menembak di dalam kawasan perang. tempat yang boleh di tembak adalah tempat yg berlampu, iaitu pada jaket dan pada gun. Cara memegang gun perlu menggunakan 2 tangan. ataupun sentuh part hadapan gun. terdapat detector supaya kta mengangkat gun dengan cara yang betul.

setiap kali kita menembak tepat kepada sasaran 100 point diberikan, jika tertembak kawan sendiri, 50 point akan ditolak. Jika ditembak, tidak akan mengurangkan point, tapi kita akan "deactivated" selama 7 saat.

jika berjaya menembak 3 musuh berturut-turut tanpa mati, gun akan upgrade menjadi "machine gun" 

tactical :)

-jangan takut mati, 
-alih kedudukan ketika "deactivated". waktu 7 saat anda tidak kelihatan kerana lampu dijaket anda dipadamkan
-untuk mengurangkan di tembak, gunakan taktik "camping". tapi ini hanya baik digunakan untuk berlawan dengan pemain profesional. stay pada kedudukan yg sama, hanya menunggu mangsa lalu.
-secara teori berada di atas(tingkat 2) lebih mudah mencari sasaran. tetapi tidak untuk galactic laser, kerana tingkat 2 terlalu terbuka. selain itu, tingkat 2 berada di tengah-tengah, dan boleh di tembak dr banyak sudut

ajiz setting baju, didatangkan dengan 5 warna lampu. Hijau, kuning, merah, biru, putih

Ahad, 6 Oktober 2013

Kisah katak (Edisi Test 1)

Gambar Hiasan
Sumber gambar: sini
Pada zaman dahulu, Kementerian Belia dan Sukan(KBM) merancang untuk menganjurkan satu pertandingan antara katak-katak dari seluruh dunia. Seluruh katak dari seluruh dunia mengambil penyertaan dalam pertandingan ini. Peraturannya sangat mudah, siapa yang berjaya mendaki ke puncak KLCC tanpa menggunakan lif akan menang dalam pertandingan ini.

Lalu semua katak dilepaskan serentak di tempat yang sama, pada ketinggian yang sama, waktu yang sama, cuaca yang sama...hanya yang berbeza adalah spesis dan personaliti.

Sebulan selepas pertandingan dimulakan, KBM mengumumkan separuh daripada jutaan katak telah menyerah kalah, dan yang lain masih bersungguh-sungguh untuk mendaki. KBM juga mengumumkan pendakian tertinggi daripada kesemua katak adalah di aras 3 KLCC.

Seminggu selepas itu, pukul 8:00 malam hari yang sama, Sekali lagi, KBM mengumumkan, hanya tinggal suku daripada jutaan katak meneruskan pertandingan itu pendakian tertinggi adalah sehingga aras 4..dan kesemua mereka nampak keletihan dan tidak bermaya. Namun mereka tetap tekad untuk mendaki dengan penuh harapan agar mereka dapat bergelar pemenang. Dalam masa yang sama mereka juga mengeluh, dan dalam hati mereka ia perkara mustahil untuk menghabiskan pertandingan ini.

Tiga hari selepas itu, tepat jam 8:00 malam, semua, seluruh stesen televisyen..termasuk Astro AWANI, Buletin Utama(tv3), BBC, Al-Jazeera, CNN dan banyak lagi saluran berita di seluruh dunia, menyiarkan berita terkini secara langusung daripada KBM. Kali ini KBM mengumumkan tiada satu pun daripada jutaan katak menang dalam pertandingan ini, dan KESEMUA katak telah gagal dan telah menyerah kalah. Pendakian tertinggi selepas sebulan sepuluh hari (40 hari) adalah sehingga aras 5 KLCC~

Seluruh akbar dari seluruh dunia, termasuk Utusan Melayu, Berita Harian, Berita Semasa, Malaysia Kini, Selangor Kini, New York Strait Times, Permata Brunei, British Daily, Indon News dan banyak lagi akhabar turut menjadikan pengumuman ini dimuka depan akbar.

Apabila ditemubual oleh wartawan mengenai pengalaman mereka selama 40 hari mendaki KLCC, katak-katak banyak mengeluh sepanjang pendakian dan mereka mengatakan ia suatu yang MUSTAHIL untuk sampai kepuncak tertinggi.. Ini idea GILA daripada KBM..mana mungkin katak boleh mendaki setinggi itu.. dan mereka pun mengambil keputusan untuk memboikot mana-mana program yang dianjurkan oleh KBM.

10 tahun berlalu, Malaysia telah menjadi negara maju tiga tahun sebelum itu, iaitu pada tahun 2020. Banyak kemajuan dalam teknologi dan infrastruktur, bahkan ekonomi Malaysia turut melonjak naik sehingga menjadi tumpuan pelabur dari seluruh dunia.

Tepat pukul 7:55 malam hari yang sama... jeritan seekor katak kedengaran dari puncak tertinggi KLCC.."ALHAMDULILLAH!, aku dah menang..ALLAHUAKBAR!!aku boleh melihat dengan jelas pemandangan dari puncak KLCC!!SUBHANALLAH!!"........

Seluruh mata yang mendengar tertumpu ke puncak KLCC..setelah 10 tahun 40 hari ada seekor katak telah berjaya sampai kepuncak KLCC!

Seluruh wartawan akhbar dan televisyen dari seluruh dunia, termasuk al-Jazeera, BBC, CNN, New York Times, British Daily, Permata Brunei, TV3, astro AWANI, TV1 dan banyak lagi siaran dan akhbar menemu bual katak tersebut.

Setelah ditemu-bual rupanya katak tersebut adalah Orang Kelainan Upaya(OKU) yang berdaftar. Ia pekak, tidak boleh mendengar sebarang keluhan daripada peserta..tidak langsung mendengar apa yang dikatakan oleh katak-katak yang lain..yang dia tahu hanyalah untuk menamatkan pertandingan itu..

Wartawan terpaksa meggunakan khidmat jurualih bahasa badan untuk berkomunikasi dengan katak tersebut.

Tepat jam 8:00 malam..berita itu tersebar luar secara serentak selepas pengumuman secara langsung oleh KBM keseluruh dunia. Dan KBM mengumumkan katak OKU daripada memenangi pertandingan tersebut..

#pengajaran
-teruskanlah berjalan mengejar cita-cita, jangan sesekali mendengar apa yang orang kata terhadap usaha kita..berusalah bersungguh-sungguh..
-setiap kekurangan adalah hikmah kebijaksanaan dari Allah

Cerita ini saya tujukan khas buat teman-teman yang bakal menghadapi test 1 pada minggu hadapan.. Selamat Bermujahadah!


Khamis, 5 September 2013

100th post

sumber gambar: sini
lagi 3 hari nak mula kuliah ni..sedar ni xsedar dah msuk 3rd year..wpun aku xrasa pun mcm 3rd year..haha,,anyway ni post yg ke-100 setelah 5 tahun aku berblog..TQ pengunjung yang datang ke blog ni :) mula kuliah nant  susah la ckit nak post..bz la kowt *bz la sgt*..lagipun malas nak menaip

5 tahun menjadi penulis jalanan. dan memang  kebanyakkan aku lupa apa yg aku post sebelum2 ni. maksudnya ilmu yg instant, lama2 hilang mcm angin lalu. Bila baca balik post yg lama2 agak malu dgn cara penulisan, kalau ikutkan rasa hati memang nak delete post lama2, mcm keanak-anakan. tapi last2 biarkan sj sbb nak tgok perbezaan pola fikir yang semakin berubah. mungkin sekarang ni aku malu nak baca post yang lama2, dan mungkin juga untuk masa akan datang aku akan malu tetang apa yang aku post sekarang. dalam erti kata lain manusia akan sentiasa berubah kepada yang lebih baik. dan perlu melalui proses pematangan akan berterusan dan berpanjangan.

Ahad, 26 Mei 2013

Perjalanan Mecari Hidayah- Bidayatul Hidayah

credit: faeez


Hati makin lama makin keras, hitam, jadi batu..mungkin sebab byk ketawa, kurang baca quran, solat pun makin laju(ekspress)..Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk ber'uzlah seketika dan ke majlis ilmu bersama teman untuk mengubat penyakit hati yang semakin parah.

Ya Allah, kekalkanlah aku dalam iman, dan jangan kau biarkan imanku hilang walaupun sesaat. Aminnn

Isnin, 18 Mac 2013

kerana ALLAH kita berjumpa

Ukhuwah tidak perlu di sebut-sebut. Datangnya dari hati yg bersih..hati kotor xdak....moga2 aku tergolong dlm golongan berhati bersih..

Inilah geng PMIUPM..haha..susah senang pun sama2, nasihat-menasihati kerana cinta kpd ALLAH, lpak2 untuk mencari redha Allah ..ad ramai lg tp xdak dlm gambar..ak pun xda dlam gambar..sayang dengan ang pa :)

#inisemuapoyo

Tahniah Pimpinan Baru PMIUPM



Alhamdulillah, selesai sudah AGM PMIUPM dimana buat pertama kalinya dijalankan melalui pilihanraya. Saya selaku ahli PMIUPM menyokong penuh perubahan yang dilakukan dan berharap ia akan dapat diteruskan pasa sesi AGM akan datang.

Tahniah dan takziah kepada saff pimpinan baru PMIUPM atas amanah baru yang dipegang:

Presiden: Muhammad Faizuddin Bin Ismail

Timb. Presiden: Muhammad Farhanaim

Timbalan Presiden II: Kartika Firman

Setiausaha Agong: Zaid Bin Md. Adhar

Bendahari: Hafizah Mohd Zaini

Setiausaha Kerja : Nurul Balqis

Sabtu, 5 Januari 2013

perancangan 2013

segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekalian, selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammda SAW, para-sahabat tabi-tabiin..alhamdulillah pada tahun baru yg segar ini jom kita tanamkan azam baru dan sama2 kita mmbuat perancangan sepanjang tahun. klu dlm blog yg satu lgi saya senaraikan sebanyak 38 matlamat yg perlu diselesaikan sepanjang tahun ini. blog mna tu? tu blog rahsia ak sbb ak x izzahkan dri ak dalm tu..ak sbg org lain..haaa
google img: hiasan

apa2 pun nk kongsikan bberapa perangcangan tahun baru ni..insyallah..dalam 39 matlamat 2013 yg sy tulis sy nk kongsikan satu yg menarik iaitu untuk menulis buku..alhamdulillah muqaddimah buku dh siap..sdg proses topic pertama buku itu..ditulis scra detail utk menarik minat pembaca..berkaitan dgn motivasi..berbekalkan nasihat drpd pensyarah TITAS, Ust Shauqi Othman(tanyalah ust Tv9). Ust kte klu nk menulis, kne la mula menulis, klu x smpai bila pun x menulis, beliau telah menulis bberapa buah buku termasuklah buku sejarah STPM, journalis dalam Majalah Solusi, buku antara adab dan syariah dan banyak lgi..boleh jd apa yg saya tulis adalah untuk bacaan saya sendiri..yg penting bukanlah hasil tulisan itu semata-mata, tp untuk menjadikan menulis ni suatu hiburan yg sy rse lebih membina berbanding berhibur dgn game dsb..sebb itu dlm post sebelum ni sy label kan bhwa satu-satu ilmu, hnya menjadi ilmu apabila disampaikan, jd smakin byk kita menyampaikan ilmu, smkin byklah ilmu kta...

perncangan kawen?yg ni xberani ak nk komen lebih2..akan menimbulkan byk persepsi dan andaian..tp klu dh rezeki xlari kemana..ad je tercatat dlm perancangan..cuma skg ni tgh pembinaan diri ke arah tu..klu tgok skg ni xda langsung ciri-ciri sorang ayah..men Pes la, dota la red Alert,,n mcm2 lg...caranya?mudah je, delete smua game2 yg ad pastu hiburan bertukar kearah penulisan..semlam main puas2 pastu delete..salah satu persediaan sorg ayah ni..hehe..nk jd matang kononnye,,tgk r nnt

secara keseluruhan semua perancangan 2013 sy adlah untk menjadi org lebih baik, dan menampal sgala kelompangan yg ada sepanjg tahun lalu..nak tau perancangan lebih detail??rahsie ..haa..yg penting smua org kne ad perancangan rapi sepanjg hari, menggu tahun...tp sy sendiri tidak menjanjikan kesemua 39 matlamat yg dibuat akn berjaya sepnuhnya..tp yg penting dgn list yg ada insyallah satu persatu boleh dicapai

sy nk kongsi semua perancangan detail susah juga....byk kowt.tp klu dah bjaye buat insyallah sy akn update mne2 matlamat yg tercapai.. insyallah

Jumaat, 4 Januari 2013

tanah runtuh kolej serumpun

Innalillah.. kejadian tanah runtuh berlaku sekitar jam 5.30 ptg di kolej serumpun..ad 7 buah moto jd mangsa..huhu.. salah sorang tuan moto adalh jiran sebelah bilik..kejadian ini dipercayai akibat hujan lebt yg turun sejak 2 jam sebelum kejadian.

Kepada tuan punya moto saya nasihatkan agar usahakan untuk claim dgn bendahari memandangkan xda waran ataupun peringatan untuk tidak meletakkan moto disitu..apa-apa pun saya mgucapkan takziah dan ini adalah salah satu kifarah daripada dosa-dosa kecil..


Allah SWT berfirman dalam al-Quran:

"Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. "(al-Baqarah 286)


hujan lebat turun sejak 2 jam


kenderaan lain dipindahkan ke tempat lebih selamat


gambar lebih dekat

Khamis, 3 Mei 2012

malam sunyi~


esok test kimia analisis, mlm ni singgah di blog sendiri~




Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani



Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindu tanda cinta dijalan Nya
Namun ku percaya hati menyakini
Semua akan indah pada akhirnya


pinjam status org~