Khamis, 26 Disember 2013

Sayonara 2013

sumber gambar: sini


Cukuplah perjalanan masa yang kian pantas ini menjadi pengajaran untuk kita semua pada akan datang, seakan-akan dunia terhenti sambil masa terus berjalan, demikianlah gambaran kepantasan masa yang berlalu kerana kealpaan diri.


Tanpa disedari 2013 sudah sampai kepenghujungnya, hanya tinggal setahun 6 bulan untuk aku menghargai apa yang aku miliki dibumi UPM sehingga setakat ini, samada saudara terdekat, sahabat-sahabat, ilmu, suasana mahupun pengalaman. Namun aku sering lupa semua itu, aku terperangkap dengan kebiasaan manusia, iaitu manusia yang menyedari nilai sesuatu perkara hanya bila ia sudah tiada lagi. Aku kesal akan ia, tapi aku juga sering lupa akan ia.

2013 mengajar aku pelbagai bentuk kesakitan. Dan aku melalui zaman tua yang lebih awal apabila aku lari daripada segala bentuk kesakitan tersebut dan aku mengambil pengajaran lalu agar aku tidak mengalami kesakitan yang sama lagi. Hasilnya aku kembali ke tampuk yang lama, aku tidak membangun walau seinci bahkan mundur kebelakang. Bentuk penulisan, pergaulan, tahap pemikiran ternyata membawa aku kezaman 'retro' buat diriku.

Aku mengakhiri 2013 dengan tenang, tanpa rasa sakit. Penghujung 2013 membawaku ke ruang santai yang lebih tenang, semua kerna aku lebih waspada dengan kebarangkalian untuk mendapat kesakitan berdasarkan pengalaman lampau. Namun sifat pengecut telah wujud di dalam sifat ke-tua-an ini. Mudahnya, aku tenang dalam kekalahan. Kekalahan dari segenap sudut. Namun, harus aku akui pengalaman ini mendewasakan aku dan sudah menjadi sebahagian daripada hidupku, bahkan membentuk identiti baharu dalam pembawaan hidup masa akan datang.


Hanya aku memahami isi hatiku. Kerana aku yang menjalani hidupku, kerana aku memiliki hatiku sendiri. Namun Allah jauh lebih tahu dari apa yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Semoga diberi kekuatan untuk meneroka ruang dan waktu dibumi ini sebagai hamba Tuhan.


Aku simpulkan bahawa masa tidak pernah berlalu dengan lebih pantas. Aku sering melihat edaran waktu, aku sering memerhati putaran jam, tetap perjalanan waktu adalah sama pantas. Cuma kealpaan manusia yang menyebabkan kita lupa yang masa itu wujud dan masa itu sentiasa berjalan. Semakin kita merasaka masa itu singkat, ia bermakna kita semakin banyak melakukan kelalaian dan alpa.

Musafir tegar.

Selasa, 17 Disember 2013

Pelik?

Kenapa anda merasakan ada orang yg pelik, sedangkan orang pelik tersebut tidak merasakan ke-pelik-kan mereka.

dan adakah anda pasti yg anda sendiri tidak pelik sebagaimana anda melihat orang yg pelik tersebut? apa ciri-ciri yg ada pada orang yg pelik, yang menyebabkan mereka nampak pelik? adakah kepelikan itu kerana dilabel oleh ramai pihak? lalu yg lain turut melabel kepelikkan?bagaimana jika kepelikkan itu suatu ketika menjadi majoriti?adakah kepelikkan itu berubah menjadi normal?

sumeber gambar: sini

Khamis, 12 Disember 2013

Kembara Hati

sumber gambar: sini
Macam jambu jew..tak kisah r.. yang penting gua nak berpuitis..haha. Aku bukan jenis puitis sangat, cuma jenis orang yang suka meninggalkan kenangan, ataupun mudah faham suka buat Check-point dalam hidup. Biasanya pompuan yg gila-gila diari, yg ni konsep dy lebih kurang r. Nanti anak cucu aku yg baca semua ni, korang yg terbaca nasib r..haha.. ni puisi ke-2 aku.





Kembara Hati
oleh: muiz

Masa telah berlalu,
musim terus berubah,
yang akan tinggal hanya kenangan,
yang akan menjadi kisah adalah sejarah yang tercipta.

Jangan bicara soal cinta,
jika hati keras seperti batu,
jangan bicara soal kemenangan,
jika duduk hanya menunggu takdir.

senja akan tiba,
merintih pilu penyesalan,
kerdilnya kapal membawa diri
berlayar dilautan mencari redha-Nya


Nota Cinta

sumber: sini

Nota Cinta

Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah



Selasa, 10 Disember 2013

Bintang Syurga - Raqib Majid (feat. Unic)

sumber gambar: sini


Bintang Syurga - Raqib Majid (feat. Unic)

Biar darah jadi baja
biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
biar imanku terus melonjak

Aku tegar
aku rela
sekalipun aku dihenyak

Burung-burung hijau terbang
Oh ku tenang melayang
syurga firdausi menunggu ku datang
bidadari pun tersenyum
merindu cumbu harum
di saat cinta mekarku bercantum

Pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat syurgawi
itulah yang hakiki itu yang abadi
dan ku tidak mati
bahkan hidup dengan rezki dari Ilahi

Kejayaan (kejayaan)
kebahagiaan (kebahagiaan)
bintang syuhada yang dirindukan

Datang datanglah wahai syahid
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk selamanya

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com



Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/11/lirik-lagu-bintang-syurga-raqib-majid.html#ixzz2mzlJzS1m