Selasa, 24 Jun 2014

Berfikir seadanya

Pemikiran manusia berbeza-beza, tapi yang mudahnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berfikir secara positif, ataupun berfikir secara negatif. Memang ada golongan yang sentiasa memikirkan semua perkara berlaku adalah negatif, apa sahaja keputusan orang lain, kejadian yang menimpa dirinya, dan apa orang lain lakukan adalah sesuatu yang buruk. Ada pula golongan yang terlalu berfikir positif, hanya berserah kepada takidir semata-mata, lalu dia pun langsung tidak berusaha melawan takdir, baginya pula melawan takdir itu satu negatif, bahkan dianggap kufur nikmat, iaitu tidak bersyukur dengan apa yang ada, lalu jalan hidupnya langsung tidak meningkat. 10 tahun berlalu hidupnya tetap seperti yang dulu hasil daripada terlalu positif dengan kehidupan.

Jika seekor cicak diberi nama Dato Sri Najib, maka orang yang negetif akan mengatakan bahawa ia adalah satu penghinaan kepada Dato Sri Najib!! Mana mungkin seekor haiwan yang hina diberi nama sama dengan perrdana menteri Malaysia. Tapi bila ditanyakan kepada orang yang positif, ia adalah suatu penghormatan kepada cicak tersebut kerana diberi nama sama dengan perdana menteri. Satu situasi yang sama diberikan kepada 2 jenis pemikir, tetapi tanggapan yang lain dikeluarkan oleh kedua-dua pihak tersebut.

Begitulah hasil manusia yang berbeza-beza, boleh jadi kesenangan menjadikan mereka negatif, dan boleh jadi kesenangan menjadikan mereka positif. Begitu juga sebaliknya. Dan kebanyakkannya orang sekelilinglah yang lebih banyak mempengaruhi corak kita berfikir. Terpulanglah kepada kita untuk memilih tindak-balas terhadap sesuatu. Belajarlah besederhanya dalam kehidupan, jangan terlaku positif dalam kehidupan, kelak akan jatuh pula martabat menjadi dungu. Jangan pula menjadi terlalu negatif dalam kehidupan, kelak akan menjadi watak antagonis di dunia.

gambar hiasan
sumber gambar: FB

Hikmah

Nilai hidup hanya akan dirasai setelah melalui kesusahan, begitu erti hidup yang hanya akan difahami setelah melalui kepayahan. Takkan terasa kemanisan hidup andai tidak dilambung gelora. Oleh itu jangan sesekali kita berduka akan perit jerih kehidupan. Kerana demikian itulah titik mula untuk merasai sesuatu nikmat yang lebih bernilai. Percayalah pada hikmah illahi. Hikmah-Nya dalam merancang perjalanan hidup manusia lebih indah daripada apa yang kita inginkan.

Jangan prasangksa pada kehidupan. Jalur pelangi nampak keindahannya bukan hanya kerana warnanya yang beza, bahkan kerana melalui hujan dan panas sebelum terpancar dilangit. Berfikirlah dengan penuh hikmah. Pandanglah alam ini dengan mata hati agar kita nampak bukan sekadar yang zahir dimata, tapi juga yang ada tersirat di hati.



gambar hiasan
sumber gambar: twitter

Isnin, 23 Jun 2014

Titik pertemuan

Seringkali terjadi orang merasakan mereka berilmu mengganggap mereka sentiasa benar lalu mereka menghentam sesetengah golongan, dalam masa yang sama terjadi juga golongan yang tidak tahu mereka itu berada ditempat yang salah, lalu mereka berkeyakinan bahawa mereka berada ditempat yang benar, maka tidak dihiraukan setiap hentaman daripada golongan yang lebih berilmu. Maka hari ini saya mahu utarakan sedikit ke-songsang-an dalam corak fikir beberapa pihak khususnya dalam mengendalikan percanggahan pandangan. Harus diingatkan percanggahan pendapat ini bukan untuk perkara-perkara yang dasar, tetapi perkara cabang yang dibolehkan untuk berbeza pandangan.

Selalu terjadi percanggahan pendapat dalam apa jua situasi, sama ada berbeza pandangan politik, hukum-hakam agama, pembawaan ideologi dsb. Bahkan perbezaan pandangan ini merupakan perkara yang sentiasa akan ada melainkan perkara-perkara dasar. Lalu apa yang harus kita lakukan? Adakah kita perlu berbangga pada kedudukan kita?Adakah perlu kita merasakan diri kita sentiasa benar?Adakah perlu kita memburuk-burukkan identiti pihak lain?

Kita seharusnya boleh berbangga dengan apa sahaja pembawaan kita, boleh juga memperjuangkan padangan kita bahawa pendapat kita adalah yang paling benar asalkan masih berada pada landasan ilmu. Cuma apa yang kita tidak boleh lakukan adalah menghina dan menganggap pandangan orang lain adalah bodoh semuanya. Harus kita fahami bahawa jawapan mereka itu adalah melalui kefahaman mereka. Bukan kerana mereka kurang faham, bahkan mereka lebih faham tetapi dalam  aspek dan pandangan yang sedikit berbeza. 

Fatwa gelatin babi yang dikatakan halal oleh Syeikh Yusuf al-Qardhawi disanggah oleh Ust Kazim Elias. Jadi apakah perlu kita mengatakan salah seorang daripada mereka bodoh kerana bercanggah pendapat? Seharusnya kita bersifat lebih terbuka dan lebih murni dalam mendengar pendapat yang pelbagai. Umat islam khususnya berfikir secara lebih bulat, dalam erti kata lain melihat daripada pelbagai perspektif yang lebih variasi. 

Kita harus memahami pasti akan ada golongan yang memberi fatwa yang keras terhadap sesuatu isu. Kerasnya sesuatu fatwa isu adalah berdasarkan situasi yang dilalui oleh golongan tersebut. Sebagai contoh isu azan subuh. Ketika ada pihak yang membenarkan azan subuh untuk tidak dilaungkan secara kuat, akan ada juga pihak yang mewajibkan azan subuh dilaungkan secara kuat. Di negara Arab khususnya mereka mempunyai penduduk islam sebanyak 95 peratus. Maka bagi mereka melaungkan azan itu adalah sesuatu yang mustahak. Dan jangan pula diguakan fatwa begini ditempat yang umat islam tidak sampai 5 peratus. Inilah sebabnya setiap suatu perkara itu tidak akan sentiasa sama pandangannya kerana setiap individu diciptakan situasi yang berlainan.

Cuma yang menjadi masalah tentang perbezaan pandangan adalah jika ia terlalu kontra dan melanggar batas kefahaman antara dua pihak. Contohnya, apabila satu pihak mempertahankan Rasul dan para sabahat baginda, satu pihak yang lain pula memerangi golongan yang mempertahankan para sahabat. Ini percanggahan yang kontra yang tidak ada titik pertemuan.

Namun tetap ada jalan untuk menyelesaikan masalah ini, iaitu dengan kekal bersama prisip yang dipegang, sambil membiarkan percanggahan itu berlalu kepada pihak yang lain. Berdialog sudah cukup untuk mengutarakan pandangan kita, terpulang kepada penerimaan satu pihak lagi.

Kelemahan umat islam adalah mereka terlalu kasar memikirkan agama. Ada juga pihak yang terlalu melihat kepada perbezaan sedangakan islam tidak sebegitu. Bahkan islam lebih meraikan kepelbagaian pandangan, islam itu lebih indah dari apa yang kita bayangkan. Seharusnya kita lebih menumpukan kepada toleransi, mencari titik persamaan antara satu sama lain. Bagaimana untuk kita merasau kemanisan beragama itu jika kita tidak mahu hidup dengan kemurnian agama. Maka seharusnya golongan yang sudah kenal kemurnian dan kemanisan beragama perlu lebih lantang dalam menyuarakan pandangan, bukan membiarkan persilangan itu terus-menerus berlaku.

gambar hiasan
sumber: twitter

Sabtu, 7 Jun 2014

Pesanan

Jadilah dirimu yang apabila diceritakan kisah hidupmu, anak-anakmu merasa bangga akan sejarah hidupmu. Jadilah dirimu yang apabila dituliskan perjalanan hidupmu, cucu-cicitmu merasa bangga membaca kisah silammu.

Segala yang kita lalui akan menjadi sejarah yang bakal diceritakan kepada anak cucu kita. Terpulang kepada kita untuk mengarang hidup kita yang sekarang agar sejarah yang bakal diceritakan itu menjadi kebanggaan kepada keturunan kita. Jika kita mahukan sejarah itu bakal hitam, maka hiduplah seperti lalang yang liar, mengikut sahaja ke mana arah angin yang bertiup. Jika mahukan sejarah yang hina, hiduplah seperti haiwan ternakan, yang hanya makan dan minum dan menunggu masa untuk ajal.

Sejarah itu seringkali memberi inspirasi. Kita mungkin suatu hari bakal syahdu dan lena yang panjang, yang tinggal menjadi kebanggaan adalah sejarah kita. Jika mahukan sejarah hidup yang dipandang, hendaklah kau letakkan hidupmu dipuncak yang boleh dilihat oleh semua. Hiduplah dengan prinsip yang teguh, berusaha gigih mencari ilmu dan kebenaran. Demikian itu nilai hidupmu semakin tinggi, semakin nampak kelibat usahamu.

Selamat bermujahadah.
hiasan
sumber: twitter