Rabu, 28 Mei 2014

Daurah Institut Hadis



Solat Hajat Perdana


Khamis, 22 Mei 2014

Inikah hakikat?

Inikah hakikat?
oleh: muiz

inikah hakikatnya di dunia
orang berfikir dikata celaru
yang kau mahu hanya lembu yang taat,
dicucuk hidung untuk kau tarik ke lembah
orang melawan kau kata derhaka
ku panggil kau 'ma'thum' kau anggap aku sesat

kau sahaja yang betul
mungkin kau dapat wahyu?
kau berdalih diberi fakta
berteori setinggi langit
bumi dipijak seolah tiada berlantai

kau kata aku yang buta
ku tanya mana hasilnya?
habuk beterbangan lagikan mampu ditimbang
hanya bunyi tiada berisi
kau kata penat berjuang..puiiii
lendir kahak mampu menjawab


gambar hiasan
sumber gambar: twitter

Khamis, 8 Mei 2014

Pujangga

Banyak perkara yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan. Bahkan  lebih kerap berlaku yang kita tidak inginkan berbanding dengan apa yang kita inginkan. Kita merancang seberapa teliti perlajanan kehidupan tetapi tetap sebaliknya berlaku. Kita pastinya mahu kebahagiaan sepanjang menjalani hidup seharian. Kita mahukan hidup tanpa kegusaran hati yang seringkali membuatkan langkah menjadi longlai. Kita mahukan hidup tanpa kepenatan sepanjang memikul amanah untuk meneruskan hari esok yang panjang. Kita juga tidak mahu hidup dalam kesedihan, kesedihan yang seringkali membawa kepada futur dalam jalan juang.

Mungkin benar pujangga daripada Prof HAMKA, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak ditaburi bunga mawar yang wangi, tetapi penuh dengan duri dan kepahitan. Kadang-kadang terasa penat melangkah dalam kehidupan. Mungkin ini hakikat kehidupan, kita belajar menerima sekuat mana arus yang datang, adakalanya kita mengikut arus kehidupan setelah penat melawan. Hidup terbiasa dengan kesakitan, kepahitan dan segala bentuk halangan.

Oleh itu berbahagialah dalam keletihan, keletihan kita dalam melawan arus kehidupan. Berbahagialah tatkala musibah melambung ombak kehidupan. Kerana disetiap gelap malam pasti ada mentari menyinari dipengakhirannya. Kerana semakin pahit perjalanan yang kita lalui, semakin tinggi nilai kebahagiaan yang menanti dihujung perjalanan.

gambar hiasan
sumber: twitter


Sabtu, 3 Mei 2014

Jumaat

Semalam berkesempatan melihat gelagat seorang abang cilik (lingkungan usia 11-12tahun) duduk mendengar khutbah jumaat bersama adiknya yang berusia lingkungan 5 tahun.

Melihat gelagat ini saya teringat zaman kanak-kanak saya sendiri. Keadaan yang lebih kurang sama ketika saya masih darjah 5. Saya diberikan amanah oleh ummi untuk menjaga adik ketika solat jumaat. Memandangkan adik ketika itu baru berumur 4 tahun, tidak banyak yang diketahuinya. Dia hanya mahu mengikut sahaja apa yang kami lakukan, jika ditinggalkan dia menangis. Kebiasaannya, adik saya akan tertidur ketika khutbah dan saya biarkan berbaring disebelah saya. Dia hanya akan dikejutkan selepas selesai solat jumaat. Apa yang patut dipuji adalah sifat adik saya yang tahu menghormati masjid. Dia akan duduk diam dan tidak berbuat bising. Pernah juga satu keadaan dimana saya terpasa menukarkan lampin adik ketika khutbah.

Pengajaran yang boleh diambil adalah perlu membiasakan anak-anak dengan amanah, bila sudah terbiasa diberi amanah pasti dia akan lebih dewasa. Dewasa tidak diukur dengan dengan usia tetapi diukur dengan kemampuan memikul amanah.


sumber gambar: twitter
.

Khamis, 1 Mei 2014

Mencari erti

Hidup bukan sekadar degupan jantung. Jika hidup manusia Allah ciptakan hanya sekadar itu, haiwan yang lain juga hidup. Kehidupan manusia lebih besar nilainya. Jesteru hidup ini harus sentiasa bergerak, berjuang dan berusaha. Perjalanan hidup ini panjang dan bersimpang siur. Kadang-kadang diuji dengan cinta yang terlalu menggunung, terkadang kita diuji dengan kehilangan cinta. Ada kalanya kita diuji dengan kuasa dan pangkat, lalu kita gunakan untuk kezaliman. Ujiaan itu hanyalah persinggahan hidup, bukanlah beban yang akan menghentikan langkah kehidupan.

Hidup perlu lebih terancang, hidup sebagai hamba Tuhan tidak hanya beribadah semata-mata, tetapi menegakkan agama Islam di atas muka bumi, berjuanglah di atas nama kebenaran dibawah panji Islam. Hidup perjuangan dalam hidup adalah seni yang paling bernilai, seni yang pasti berhasil. Setiap titisan peluh menjadi saksi perjuangan. Seni yang pasti akan berhasil cuma tidak tahu nilainya.

Hiduplah dengan keberanian, tanpa ketakutan. Ketakutan hanya akan menyebabkan langkah menjadi lesu dan longlai. Sedang keberanian itu memberi erti dalam kehidupan, berani berimpian menyebabkan hidup lebih berlandasan. Keberanian itu adalah menghadapi segala kebarangkalian dan bangkit berjuang. Hiduplah dengan lebih bererti.

Sumber gambar: twitter