Isnin, 16 September 2013

wakah cinta berbau syurga

Warkah Cinta Berbau Syurga

Album :
Munsyid : Unic feat Imam Muda Nazrul
http://liriknasyid.com


Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

[Ulang Chorus]

Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic
Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd. Iklan
Jadwal Sholat Elektronik
Belajar Quran dengan Sekali Sentuh

sumber gambar: sini

Sabtu, 7 September 2013

masalah dalam komputer #3

bagaimana cara untuk meng'install' windows menggunakan external storage?

notebook dan sebahagian laptop tidak memiliki CD driver. jadi mereka perlu membeli external disc drive untuk install windows dengan harga lebih kurang rm150..tapi ada cara mudah untuk install windows tanpa menggunakan CD.. dan hanya dengan menggunakan pendrive ataupun external hardisk

pertama, anda perlu menyambung pendrive ke komputer anda..minimum kapasiti adalah 3.7GB..biasanya hanya pendive 8GB yg boleh digunakan kerana pendrive 4GB hanya berkapasiti 3.6GB..seterusnya, klik butang start dan taip "cmd".. tekan right click dan pilih "run as administator".. maka cmd akan terpapar di komputer anda..

taip 'diskpart' dan ia akan mengeluarkan version dan nama komputer anda, kemudian taip "list disk" dan ia akan menyenaraikan semua storage dalam komputer anda termasuk pendrive dengan label disk 0, disk 1, disk 2 dan seterusnya..

diantara semua disk yang disenaraikan pilih disk nombor pendrive anda. lihat kapasiti yg lebih kurang 8GB jika menggunakan pendrive 8GB..contohnya disk 1.. jadi taip "select disk 1" lepas tu taip "clean", pastu taip "active" dan akhir sekali "format fs=ntfs"..dan waktu pertukaran format ini mengambil masa sedikit..tapi kalau menggunakan kapasiti yang lebih besar, contohnya anda menggunakan external hardisk, anda akan mengambil masa yang lama, lebih kurang 3-4 jam..tapi jika menggunakan pendrive 8GB, hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit..

selepas selesai pertukaran format.. taip "assingn" dan "exit".. tapi belum siap lagi..tutup cmd dan copy installer windows dan paste ke dalam pendrive tadi..

sambungkan pendrive tadi ke komputer yg akan diformat, dan switch on komputer dan tekan "del"..anda akan masuk ke factory setting yang berwarna biru atau hitam..pilih "boot option" dan kemudian "boot priority"...jadi pindah pendrive ataupun external hardisk yang paling atas.. seterusnya pilih "save and exit"..

akhir sekali install la windows mcm biasa seperti yg di ajarkan pada post sebelum ini.. selamat mencuba ^^

proses diskpart


Khamis, 5 September 2013

100th post

sumber gambar: sini
lagi 3 hari nak mula kuliah ni..sedar ni xsedar dah msuk 3rd year..wpun aku xrasa pun mcm 3rd year..haha,,anyway ni post yg ke-100 setelah 5 tahun aku berblog..TQ pengunjung yang datang ke blog ni :) mula kuliah nant  susah la ckit nak post..bz la kowt *bz la sgt*..lagipun malas nak menaip

5 tahun menjadi penulis jalanan. dan memang  kebanyakkan aku lupa apa yg aku post sebelum2 ni. maksudnya ilmu yg instant, lama2 hilang mcm angin lalu. Bila baca balik post yg lama2 agak malu dgn cara penulisan, kalau ikutkan rasa hati memang nak delete post lama2, mcm keanak-anakan. tapi last2 biarkan sj sbb nak tgok perbezaan pola fikir yang semakin berubah. mungkin sekarang ni aku malu nak baca post yang lama2, dan mungkin juga untuk masa akan datang aku akan malu tetang apa yang aku post sekarang. dalam erti kata lain manusia akan sentiasa berubah kepada yang lebih baik. dan perlu melalui proses pematangan akan berterusan dan berpanjangan.

masalah dalam komputer

setiap kali cuti sem, selain daripada keja part time kat Purnama Hotel, mcm biasa ak buat bisnes repair laptop.. memandangkan notebook 1malaysia banyak problem, pastu geng2 adik ak xtau macam mana nak repair. so ni peluang aku

aku bukan pakar pun dalam repair2 ni, jd smua solution untuk byk masalah hampir sama..iaitu reformat ataupun recovery..kah3..kalau kat kedai aku pernah servey dorg akan charge rm60-rm120. tp aku murah2 ja

lain komputer lain karenah...pastu makin banyak laptop aku jumpa, makin byk aku tau secara x sengaja cara nak setel masalah..selagi yg rosak software masih ditanggung beres..tp kalau hardware pnya problem aku xbrani nak angkat..berisiko..perlu amik masa lama nak order..paling cepat 1 mggu pastu modal pula tiggi..kalau hardware problem aku suh dorg hantar kedai

sumber gambar: sini
nak tau masalah2 yg dihadapi oleh laptop anda dan resolution yang sesuai untuk repair.. tunggu sehingga post yang akan datang..aku nak share satu2 laptop yg aku ingat banyak kontroversi n karenah sepanjang aku repair laptop2 yang aneh


Rabu, 4 September 2013

Bersyukur

Manusia yang sering lupa..bukan melayu mudah lupa, walau apapun kebaikan dan keindahan yang ada di dunia semuanya dari Allah.. Allah juga memberikan nikmat hidup, nafas, degupan jantung, hati, perasaan dan sebagainya untuk menyempurnakan kehidupan manusia..mustahil hilang salah satu daripadanya melainkan dengan izin Allah, dan mustahil memiliki walau satu daripadanya melainkan dengan pemberian Allah

1001 nikmat yg Allah berikan, namun manusia masih tidak bersyukur, duduk di bumi tanpa bayaran melainkan hanya rahmat Allah, apa lagi berpijak di bumi Malaysia yang "aman" damai.. ini menunjukkan bahawa bersyukur adalah nikmat Allah yg paling agung..ada yang menganggap sehelai rambut satu nikmat yg cukup besar, dan ada juga yg sudah memiliki seluruh anggota badan masih tidak cukup nikmat baginya..semoga kita tidak terlepas daripada memiliki nikmat agung, iaitu nikmat syukur

p/s: marilah kita bersyukur hidup di negara yang "aman", dalam masa sama marilah kita ubah kerajaan perompak

sumber gambar: sini

Aku rela


Aku Rela

Album : Yang Benar Tetap Benar
Munsyid : Algebra
http://liriknasyid.com


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

(hiasan) sumber gambar: sini



masalah dalam komputer #2

Bluescreen antara masalah yang selalu di hadapi.. ia berpunca daripada kehilangan driver ataupun kesilapan meng'install' driver untuk CPU.. 

cara mengatasinya adalah dengan uninstall driver terakhir yg telah kita install, tp ini tidak semestinya menyelesaikan masalah kerana ia mungkin berpunca daripada driver-driver yang lain.. bagi mereka yang pakar boleh mengesan kesilapan driver dalam bluescreen tersebut..

jika kita mahu file2 di local disk(c) terselamat..kita perlu melakukan recovery.. dengan memasukkan bootable disk ke dalam CD driver..bootalble disk boleh didapati dipasaran dengan harga lebih kurang RM15..beli la ikut keinginan kita.. dan yang terbaru adalah windows 8.1..dengan memilih recovery dalam setelah reboot, proses recovery akan berlaku untuk beberapa minit

cara yang mengatasi masalah ini yang paling dijamin selamat adalah dengan reformat, tetapi file dalam local disk (c) akan hilang..memasukkan bootalble disk ke dalam komputer, dan klik install now.. seterusnya pilih bahasa yg digunakan..kebiasaannya ramai akan memilih U.S eng..versi indonesia pun ada, kalau bahasa Malaysia xda..lpas tu pilih local disk c (recomended)..tp kalau nak local disk d pun boleh..dan tekan next shj dan tunggu sehingga selesai
sumber gambar: sini

Ahad, 1 September 2013

Selamat Datang Kepada Pelajar Baru


1 September 2013

Hari ini merupakan hari pendaftaran pelajar baru ke UPM dan sesi orentasi juga akan bermula seawal 1 petang. Hari ini juga merupakan simbolik untuk pelajar baru untuk "menuai" separuh hasil usaha mereka bersusah payah sehingga ke menara gading. Apa-apa pun perjalanan masih jauh, langkah pertama daripada perlajanan tersebut akan bermula hari ini. Jadi bertawakallah kepada Allah disepanjang perjalanan nanti.

Tahniah kepada ibu dan ayah kalian kerana melahirkan, mendidik, dan membentuk anda menjadi orang yang terpilih diantara yang terpilih. Tahniah kepada kalian kerana memiliki ibu bapa terbaik dan tahniah kerana terpilih menjadi perlajar UPM. Selamat maju jaya :)


sumber gambar:  sini