Khamis, 5 April 2012

dua rakaat di udara


sumber: iluvislam.com

Solat dalam kapal terbang
Pernah x try solat dalam kapal terbang??klu xpernah jom layan citer aku baru2 ni

Setelah satu semester berhempas-pulas meneruskan perjuangan, tiba pula masanya untuk merehatkan minda berkumpul semula dengan keluarga yang dirindui..dalam perjalanan pulang tempoh hari, buat kesekian kalinya aku menunaikan subuh di dalam kapal terbang!

Aku mula beratur di barisan Check in, Gate F pada pukul 4.30 pagi. Memandangkan pesawat ke Brunei berlepas pada pukul 6:30 pagi, aku berhasrat untuk check in awal dengan harapan dapat menunaikan solat di dewan pelepasan..namun sebaliknya berlaku apabila barisan terlalu panjang dan aku terpaksa menunggu lama untuk penumpang ke Brunei dipanggil. Memandangkan aku menggunakan pelepasan antarabangsa, di situ turut dikumpul bersama penumpang ke Vietnam, China, Loas, Indonesia, Bangkok dan sebagainya..aku masih ingat lagi pesawat pertama yg berlepas pada hari itu adalah ke Guangzhou, China pada pukul 5:30 pagi…pada masa itu aku dah risau bila gate ke Brunei akan dibuka..

Pada pukul 6:00 pagi gate antarabangsa dibuka serentak dan terpaksa beratur panjang untuk pemeriksaan imegresen. Memang lcct yg ada sekarang tidak mampu menampung jumlah penumpang yang semakin bertambah. Ini menyebabkan aku sakali lagi beratur panjang..

Selesai pemeriksaan imegresen, tanpa sempat duduk di dewan pelepasan, panggilan terakhir untuk penumpang ke Brunei diumumkan..huhu..tak sempat la nak sembahyang subuh
6:30pagi pesawat pun berlepas, rasa memang tak sedap hati sebab tak sembahyang subuh lagi..sejurus selepas tanda tali pinggang keselamatan dipadamkan, aku cepat-cepat menuju ke tandas untuk mengambil wuduk..aku kena cepat sebab semakin tinggi kedudukan, semakin mudah nampak matahari, semakin cepat waktu subuh berakhir..

Mengenai kiblat, aku tak tau kiblat arah mana..so aku juz duduk kt kerusi ..nak berdiri memang x boleh..pramugari lalu-lalang…nasib baik ada rukhsah solat untuk memudahkan musafir..
Aku dapat rasakan orang cina yg duduk sebelah aku hairan melihat gelagat aku yg tunduk-bangun-tunduk..haha..biarkan dorg..pedulikanlah apa yg dorng pke…yg penting solat beressss…

Tidak sampai 3 minit selesai solat subuh, bila aku usha kat luar dah nampak terang..nasib baik bertindak pantas…
wasalam..