Sabtu, 1 November 2014

40 hari mencari diri

Pakar motivasi mengatakan bahawa kita memerlukan selama 40 hari untuk merubah personaliti, ataupun untuk membangunkan tabiat yang baik dalam diri. Namun jika dirujuk pakar psikologi barat seperti Pia Mellody, kita memerlukan 'treatment' sekurang-kurangnya selama 5 tahun. Apapun nilai itu hanya saya anggap sebagai angka, kemungkinan pakar motivasi hanya menggunakan angka yang ringan iaitu selama 40 hari bagi menggambarkan bahawa untuk berubah itu sangat mudah. Banyangkan jika ahli motivasi mengatakan bahawa untuk berubah memerlukan 5 tahun, pasti ramai yang akan mengeluh dan tidak mahu berubah.

Perubahan memerlukan pengorbanan. Pasti ada suara-suara sumbang yang memperlekehkan usaha kita untuk berubah. Perubahan juga memerlukan kita untuk berdiri sendiri tanpa sokongan orang lain jika duduk dalam kelompok yang tidak mahu berubah. Oleh itu abaikanlah suara-suara sumbang, dengarlah suara hati. Kerana suara hati yang terbaik untuk diri.



sumber: google

Sabtu, 30 Ogos 2014

Merdeka Seribu Satu Erti

Malam ni merupakan 'Malam Maksiat' yang disambut oleh rakyat Malaysia diseluruh pelusuk tanah air. 57 tahun kita merdeka, saban tahun kita dididik dengan sambutan maksiat pada malam 31 Ogos. Apakah makna merdeka yang sebenar? Bagaimana cara penghayatan yang harus dilakukan?Adakah dengan berpegangan tangan dengan yang bukan mahram, ataupun berhimpun untuk bergembira sambil membonceng yang bukan mahram, ataupun berhibur dengan pesta muda-mudi yang diadakan diseluruh pelusuk negara?

Tidak! Ia bukan sekadar itu, kemerdekaan memerlukan penghayatan yang mendalam dengan perasaan cinta akan negara. Mengibarkan bendera setinggi langit, melaungkan laungan kemerdekaan, itu semua hanyalah simbol kemerdekaan. Yang lebih penting daripada simbol itu adalah semangat perjuangan kita untuk terus bebas dari segenap sudut kehidpan. Sudah tiba masanya selepas tempoh matang negara kita Malaysia perlu bebas dari segala bentuk jajahan.

Malaysia harus berdiri sendiri untuk lebih gah di mata dunia, identiti kita perlu diperkasakan, biarlah adab kita selaku negara islam diketengahkan, jangan biarkan hiburan yang melampau terus menjajah minda anak muda.

Kita harus berani dalam menyampaikan mesej kemanan, adakah kita bangga negara kita merdeka sedangkan kita membiarkan saudara seislam kita terbiar dan tertindas di seluruh duania? Sampai  bila umat islam di Rohingya akan ditindas. Sampai bila kita mahu kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin ter berlaku. Begitu juga nasib sunni di Syria, umat Islam di selantan Thai. Ini satu amanah dan tanggungjawab setiap manusia khususnya warganegara Malaysia yang sudah dikurniakan kelebihan, kita ada ruang untuk bersuara, kita harus sedar walaupun mereka bukan dari bangsa kita, tapi mereka juga manusia seperti kita, ada keluarga, ada hati dan perasaan.

Dalam dunia yang penuh carabaran ini sedar ataupun tidak kita bakal mengadapi perperangan yang bukan lagi berbentuk senjata api, tetapi berbentuk ekonomi, penyakit berjangkit(biological weapon), budaya dan banyak lagi. Oleh hal yang demikian, anak-anak muda harus dipersiapkkan dengan kelengkapan yang secukupnya dalam menentang serangan ini. Minda anak muda harus diperkuatkan dengan ilmu pengetahuan untuk memajukan negara dalam pelbagai sektor dalam negara dan kepakaran dalam ekonomi agar ekonomi negara tidak sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan oleh orang luar. Begitu juga kepakaran-kepakaran lain seperti dunia kedotoran, negara-negara yang lemah sering diancam oleh 'biological weapon' melalui penyakit berjangkit. Senjata ini boleh memusnahkan sesebuah negara tanpa menggunakan peluru berpandu ataupun apa sahaja senjata api. Demikian juga dunia globalisasi kini telah membawa masuk senjata budaya, anak-anak muda kini sudah tiada wawasan dan aspirasi, dididik dengan budaya hedonisme iaitu budaya hiburan yang melampau, sehingga maksiat berleluasa. Inilah senajata  yang mempu membunuh negara secara perlahan-lahan dan akhirnya merdeka hanya tinggal laungan, negara pula tergadai dan sendiri menjadi papa kedana.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 57, merdeka minda, budaya, ekonomi, dan merdeka identiti.


Rabu, 13 Ogos 2014

Noktah akhir

Dimanakah penghujungnya? Seharian berjuang, penatnya masih bersisa, esok pula mengharungi hari yang baru. Seminggu berjuang, penat terasa, minggu yang baru pula akan muncul. Demikianlah bulan dan tahun juga berputar. Tidak ada titik hentinya kehidupan kita. Yang hidup terus berjalan, ajal tiba berehatlah kita.


Selasa, 12 Ogos 2014

Lelaki

Tidak semua lelaki itu sama, tetapi setiap lelaki itu ada persamaan. Boleh jadi tulisan ini mewakili kesemua sifat lelaki, boleh jadi hanya sebahagian daripada lelaki. Hanya sebagai permerhati dari salah satu sudut ruang kehidupan :)

Lelaki itu diciptakan dengan kekuatan fizikal, bahkan juga kekuatan hati. Diberikan kepadanya beban yang berat, akan didiamkan kepenatan dan kepayahan yang dilalui dengan seribu bahasa. Lumrahnya seorang yang diberi amanah untuk menyuburkan kehidupan keluarga ketika di dunia dan menyelamatkan saudara perempuannya daripada api neraka diakhirat kela. Seharusnya, seorang yang sentiasa diberi mandat kepercayaan untuk memimpin harus nampak tenang dipermukaan. Menerima seberapa banyak bebanan masalah, tetap tersembunyi oleh ekspresi muka.

Bila lelaki sedang diam, seringkali perempuan mentafsirkan bahawa lelaki itu sedang marah. Sebenarnya, ia bukan begitu, lelaki akan diam untuk menyelesaikan masalah. Diam bermaksud dia sedang berfikir dan memang lelaki akan membuat keputusan itu dengan diam, berfikir dan akhirnya membuat keputusan bukan berdasarkan emosi. Lelaki secara lumrahnya juga lebih tenang. Lumrah seorang pemimpin untuk menjadi orang paling tenang diantara yang paling tenang. Saat paling getir sekalipun masih mampu mengawal segenap emosi. Boleh membuat keputusan dengan lebih baik ketika seluruh dunia sudah mula mengecam. Di situ nilainya kelayakan sebagai pemimpin.

Ya, tidak mungkin lelaki terlalu sempurna. Pasti ada sebab mengapa Allah swt melengkapkan Nabi Adam a.s dengan Hawa.

Corak berfikir lelaki terlalu lurus dan besar. Tidak memikirkan soal-soal picisan yang boleh membantutkan keputusan dan hanya berdasarkan logik akal. Dia merancang untuk membina satu bangunan yang tinggi, megah dan indah, tanpa memikirkan bahawa semakin gah bangunan itu jika roboh akan lebih menyakitkan. Semakin gah bangunan itu, semakin banyak dugaan yang perlu dihadapi sedangkan mereka tidak bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan. Lalu tidak lama selepas itu bangunan pun roboh. Bangunan yg dahulunya tinggi dan megah sangat jelas kelihatan oleh orang sekeliling kini hilang dari pandangan mata. sebab itulah Allah swt menciptakan hawa untuk melengkapi kehidupan adam. Hawa diciptakan lebih teliti dalam banyak perkara, boleh melihat lebih jelas kebarangkalian yang mungkin berlaku dalam kehidupan.

gambar hiasan
sumber: twitter

Isnin, 11 Ogos 2014

Menjejak Bahagia

Adapun cinta yang tidak menyakitkan hanya pada Allah swt. Cinta seringkali memberi kesakitan berbanding kebahagiaan. Cuma tanpa cinta, pasti tiada kebahagiaan. Lantas ramai yang memilih untuk menempuh kesakitan itu sekalipun dengan tulang berlulang demi secebis bahagia.

hiasan
sumber gambar: sini

Rabu, 6 Ogos 2014

Syawal satu persinggahan

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua, apapun hari raya hanya persinggahan, kegembiraannya pasti menjadi kenanagan terindah buat kita sebagai bekalan sehingga setahun yang akan datang dan pastinya kita mengharapkan kegembiraan ini bukanlah kali yg terakhir. Kita mengharapkan agar dipertemukan lagi ramadhan yg akan datang dan seterusnya akan kembali merasai kemeriahan aidilfitri. Bagi saya sendiri hari raya adalah satu-satunya hari yang menyatukan seluruh ahli keluarga untuk bertemu dirumah, tidak ada jarak yg boleh memisahkan kami sekeluarga pada hari raya, sejauh manapun berada tetap akan kembali ke kampung halaman.

Bagi seluruh umat islam di dunia, kita mengharapkan pada Hari Raya Aidilfitri yg akan datang tiada lagi keganasan, pembunuhan, pertelingkahan. Kita harapkan Gaza tidak lagi berdarah, nasib umat islam di Somalia diberi perhatian, hak umat islam di Rohingya diperjuangkan, sunni di Syiria tidak lagi dizalimi. Ketamakan dan kebobrokan berkuasa hanya akan menzalimi golongan yg lemah jika dibiarkan berleluasa. Saya yakin dan percaya keganasan tidak pernah membahagiakan, yang memberi kebahagian adalah keadilan, bumi harus ditadbir dengan kesamarataan tanpa mengambil hak orang lain. Masing-masing boleh berbangga dengan hak sendiri, boleh mempertahankan hak sendiri, tetapi jangan sampai mencabuli hak orang lain. 

Selamat Hari Raya Aidlfiti seluruh umat islam. 
9 Syawal 1435

Aku lampirkan bersama gambar ini sebagai kenangan. Maaf aku tak pandai nak ber'selfie', so tak banyak gambar yg dapat di'upload'.

The Heroes 

Jumaat, 4 Julai 2014

Ramadhan ini

Aku mencari kemeriahan ramadhan yang dulunya ku rasakan syahdu saat kedatangannya. Aku cuba merendahkan hati disisi Allah swt agar mendapat rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Aku juga merindui zaman berpuasa dinegara Brunei Darussalam, dimana seluruh dari lapisan masyarakat juga pemimpinnya berlumba-lumba untuk beribadah kepada Allah swt. Meriahnya suasana ramadhan pada ketika itu mampu membalut hati dengan rasa kehambaan kepada Tuhan.

Sungguh suasana berbeza, lalu aku harus menerima ramadhan yang ini dengan kekentalan hati, untuk aku mencari kemuliaan ramdhan dalam suasana yang lebih mencabar. Aku mengambil iktibar bahawa kemeriahan ramadhan hanya akan dirasai dengan menghayati ramadhan dengan penuh keinsafan dalam diri.

gambar hiasan
sumber: twitter

Selasa, 24 Jun 2014

Berfikir seadanya

Pemikiran manusia berbeza-beza, tapi yang mudahnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berfikir secara positif, ataupun berfikir secara negatif. Memang ada golongan yang sentiasa memikirkan semua perkara berlaku adalah negatif, apa sahaja keputusan orang lain, kejadian yang menimpa dirinya, dan apa orang lain lakukan adalah sesuatu yang buruk. Ada pula golongan yang terlalu berfikir positif, hanya berserah kepada takidir semata-mata, lalu dia pun langsung tidak berusaha melawan takdir, baginya pula melawan takdir itu satu negatif, bahkan dianggap kufur nikmat, iaitu tidak bersyukur dengan apa yang ada, lalu jalan hidupnya langsung tidak meningkat. 10 tahun berlalu hidupnya tetap seperti yang dulu hasil daripada terlalu positif dengan kehidupan.

Jika seekor cicak diberi nama Dato Sri Najib, maka orang yang negetif akan mengatakan bahawa ia adalah satu penghinaan kepada Dato Sri Najib!! Mana mungkin seekor haiwan yang hina diberi nama sama dengan perrdana menteri Malaysia. Tapi bila ditanyakan kepada orang yang positif, ia adalah suatu penghormatan kepada cicak tersebut kerana diberi nama sama dengan perdana menteri. Satu situasi yang sama diberikan kepada 2 jenis pemikir, tetapi tanggapan yang lain dikeluarkan oleh kedua-dua pihak tersebut.

Begitulah hasil manusia yang berbeza-beza, boleh jadi kesenangan menjadikan mereka negatif, dan boleh jadi kesenangan menjadikan mereka positif. Begitu juga sebaliknya. Dan kebanyakkannya orang sekelilinglah yang lebih banyak mempengaruhi corak kita berfikir. Terpulanglah kepada kita untuk memilih tindak-balas terhadap sesuatu. Belajarlah besederhanya dalam kehidupan, jangan terlaku positif dalam kehidupan, kelak akan jatuh pula martabat menjadi dungu. Jangan pula menjadi terlalu negatif dalam kehidupan, kelak akan menjadi watak antagonis di dunia.

gambar hiasan
sumber gambar: FB

Hikmah

Nilai hidup hanya akan dirasai setelah melalui kesusahan, begitu erti hidup yang hanya akan difahami setelah melalui kepayahan. Takkan terasa kemanisan hidup andai tidak dilambung gelora. Oleh itu jangan sesekali kita berduka akan perit jerih kehidupan. Kerana demikian itulah titik mula untuk merasai sesuatu nikmat yang lebih bernilai. Percayalah pada hikmah illahi. Hikmah-Nya dalam merancang perjalanan hidup manusia lebih indah daripada apa yang kita inginkan.

Jangan prasangksa pada kehidupan. Jalur pelangi nampak keindahannya bukan hanya kerana warnanya yang beza, bahkan kerana melalui hujan dan panas sebelum terpancar dilangit. Berfikirlah dengan penuh hikmah. Pandanglah alam ini dengan mata hati agar kita nampak bukan sekadar yang zahir dimata, tapi juga yang ada tersirat di hati.



gambar hiasan
sumber gambar: twitter

Isnin, 23 Jun 2014

Titik pertemuan

Seringkali terjadi orang merasakan mereka berilmu mengganggap mereka sentiasa benar lalu mereka menghentam sesetengah golongan, dalam masa yang sama terjadi juga golongan yang tidak tahu mereka itu berada ditempat yang salah, lalu mereka berkeyakinan bahawa mereka berada ditempat yang benar, maka tidak dihiraukan setiap hentaman daripada golongan yang lebih berilmu. Maka hari ini saya mahu utarakan sedikit ke-songsang-an dalam corak fikir beberapa pihak khususnya dalam mengendalikan percanggahan pandangan. Harus diingatkan percanggahan pendapat ini bukan untuk perkara-perkara yang dasar, tetapi perkara cabang yang dibolehkan untuk berbeza pandangan.

Selalu terjadi percanggahan pendapat dalam apa jua situasi, sama ada berbeza pandangan politik, hukum-hakam agama, pembawaan ideologi dsb. Bahkan perbezaan pandangan ini merupakan perkara yang sentiasa akan ada melainkan perkara-perkara dasar. Lalu apa yang harus kita lakukan? Adakah kita perlu berbangga pada kedudukan kita?Adakah perlu kita merasakan diri kita sentiasa benar?Adakah perlu kita memburuk-burukkan identiti pihak lain?

Kita seharusnya boleh berbangga dengan apa sahaja pembawaan kita, boleh juga memperjuangkan padangan kita bahawa pendapat kita adalah yang paling benar asalkan masih berada pada landasan ilmu. Cuma apa yang kita tidak boleh lakukan adalah menghina dan menganggap pandangan orang lain adalah bodoh semuanya. Harus kita fahami bahawa jawapan mereka itu adalah melalui kefahaman mereka. Bukan kerana mereka kurang faham, bahkan mereka lebih faham tetapi dalam  aspek dan pandangan yang sedikit berbeza. 

Fatwa gelatin babi yang dikatakan halal oleh Syeikh Yusuf al-Qardhawi disanggah oleh Ust Kazim Elias. Jadi apakah perlu kita mengatakan salah seorang daripada mereka bodoh kerana bercanggah pendapat? Seharusnya kita bersifat lebih terbuka dan lebih murni dalam mendengar pendapat yang pelbagai. Umat islam khususnya berfikir secara lebih bulat, dalam erti kata lain melihat daripada pelbagai perspektif yang lebih variasi. 

Kita harus memahami pasti akan ada golongan yang memberi fatwa yang keras terhadap sesuatu isu. Kerasnya sesuatu fatwa isu adalah berdasarkan situasi yang dilalui oleh golongan tersebut. Sebagai contoh isu azan subuh. Ketika ada pihak yang membenarkan azan subuh untuk tidak dilaungkan secara kuat, akan ada juga pihak yang mewajibkan azan subuh dilaungkan secara kuat. Di negara Arab khususnya mereka mempunyai penduduk islam sebanyak 95 peratus. Maka bagi mereka melaungkan azan itu adalah sesuatu yang mustahak. Dan jangan pula diguakan fatwa begini ditempat yang umat islam tidak sampai 5 peratus. Inilah sebabnya setiap suatu perkara itu tidak akan sentiasa sama pandangannya kerana setiap individu diciptakan situasi yang berlainan.

Cuma yang menjadi masalah tentang perbezaan pandangan adalah jika ia terlalu kontra dan melanggar batas kefahaman antara dua pihak. Contohnya, apabila satu pihak mempertahankan Rasul dan para sabahat baginda, satu pihak yang lain pula memerangi golongan yang mempertahankan para sahabat. Ini percanggahan yang kontra yang tidak ada titik pertemuan.

Namun tetap ada jalan untuk menyelesaikan masalah ini, iaitu dengan kekal bersama prisip yang dipegang, sambil membiarkan percanggahan itu berlalu kepada pihak yang lain. Berdialog sudah cukup untuk mengutarakan pandangan kita, terpulang kepada penerimaan satu pihak lagi.

Kelemahan umat islam adalah mereka terlalu kasar memikirkan agama. Ada juga pihak yang terlalu melihat kepada perbezaan sedangakan islam tidak sebegitu. Bahkan islam lebih meraikan kepelbagaian pandangan, islam itu lebih indah dari apa yang kita bayangkan. Seharusnya kita lebih menumpukan kepada toleransi, mencari titik persamaan antara satu sama lain. Bagaimana untuk kita merasau kemanisan beragama itu jika kita tidak mahu hidup dengan kemurnian agama. Maka seharusnya golongan yang sudah kenal kemurnian dan kemanisan beragama perlu lebih lantang dalam menyuarakan pandangan, bukan membiarkan persilangan itu terus-menerus berlaku.

gambar hiasan
sumber: twitter

Sabtu, 7 Jun 2014

Pesanan

Jadilah dirimu yang apabila diceritakan kisah hidupmu, anak-anakmu merasa bangga akan sejarah hidupmu. Jadilah dirimu yang apabila dituliskan perjalanan hidupmu, cucu-cicitmu merasa bangga membaca kisah silammu.

Segala yang kita lalui akan menjadi sejarah yang bakal diceritakan kepada anak cucu kita. Terpulang kepada kita untuk mengarang hidup kita yang sekarang agar sejarah yang bakal diceritakan itu menjadi kebanggaan kepada keturunan kita. Jika kita mahukan sejarah itu bakal hitam, maka hiduplah seperti lalang yang liar, mengikut sahaja ke mana arah angin yang bertiup. Jika mahukan sejarah yang hina, hiduplah seperti haiwan ternakan, yang hanya makan dan minum dan menunggu masa untuk ajal.

Sejarah itu seringkali memberi inspirasi. Kita mungkin suatu hari bakal syahdu dan lena yang panjang, yang tinggal menjadi kebanggaan adalah sejarah kita. Jika mahukan sejarah hidup yang dipandang, hendaklah kau letakkan hidupmu dipuncak yang boleh dilihat oleh semua. Hiduplah dengan prinsip yang teguh, berusaha gigih mencari ilmu dan kebenaran. Demikian itu nilai hidupmu semakin tinggi, semakin nampak kelibat usahamu.

Selamat bermujahadah.
hiasan
sumber: twitter

Khamis, 22 Mei 2014

Inikah hakikat?

Inikah hakikat?
oleh: muiz

inikah hakikatnya di dunia
orang berfikir dikata celaru
yang kau mahu hanya lembu yang taat,
dicucuk hidung untuk kau tarik ke lembah
orang melawan kau kata derhaka
ku panggil kau 'ma'thum' kau anggap aku sesat

kau sahaja yang betul
mungkin kau dapat wahyu?
kau berdalih diberi fakta
berteori setinggi langit
bumi dipijak seolah tiada berlantai

kau kata aku yang buta
ku tanya mana hasilnya?
habuk beterbangan lagikan mampu ditimbang
hanya bunyi tiada berisi
kau kata penat berjuang..puiiii
lendir kahak mampu menjawab


gambar hiasan
sumber gambar: twitter

Khamis, 8 Mei 2014

Pujangga

Banyak perkara yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan. Bahkan  lebih kerap berlaku yang kita tidak inginkan berbanding dengan apa yang kita inginkan. Kita merancang seberapa teliti perlajanan kehidupan tetapi tetap sebaliknya berlaku. Kita pastinya mahu kebahagiaan sepanjang menjalani hidup seharian. Kita mahukan hidup tanpa kegusaran hati yang seringkali membuatkan langkah menjadi longlai. Kita mahukan hidup tanpa kepenatan sepanjang memikul amanah untuk meneruskan hari esok yang panjang. Kita juga tidak mahu hidup dalam kesedihan, kesedihan yang seringkali membawa kepada futur dalam jalan juang.

Mungkin benar pujangga daripada Prof HAMKA, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak ditaburi bunga mawar yang wangi, tetapi penuh dengan duri dan kepahitan. Kadang-kadang terasa penat melangkah dalam kehidupan. Mungkin ini hakikat kehidupan, kita belajar menerima sekuat mana arus yang datang, adakalanya kita mengikut arus kehidupan setelah penat melawan. Hidup terbiasa dengan kesakitan, kepahitan dan segala bentuk halangan.

Oleh itu berbahagialah dalam keletihan, keletihan kita dalam melawan arus kehidupan. Berbahagialah tatkala musibah melambung ombak kehidupan. Kerana disetiap gelap malam pasti ada mentari menyinari dipengakhirannya. Kerana semakin pahit perjalanan yang kita lalui, semakin tinggi nilai kebahagiaan yang menanti dihujung perjalanan.

gambar hiasan
sumber: twitter


Sabtu, 3 Mei 2014

Jumaat

Semalam berkesempatan melihat gelagat seorang abang cilik (lingkungan usia 11-12tahun) duduk mendengar khutbah jumaat bersama adiknya yang berusia lingkungan 5 tahun.

Melihat gelagat ini saya teringat zaman kanak-kanak saya sendiri. Keadaan yang lebih kurang sama ketika saya masih darjah 5. Saya diberikan amanah oleh ummi untuk menjaga adik ketika solat jumaat. Memandangkan adik ketika itu baru berumur 4 tahun, tidak banyak yang diketahuinya. Dia hanya mahu mengikut sahaja apa yang kami lakukan, jika ditinggalkan dia menangis. Kebiasaannya, adik saya akan tertidur ketika khutbah dan saya biarkan berbaring disebelah saya. Dia hanya akan dikejutkan selepas selesai solat jumaat. Apa yang patut dipuji adalah sifat adik saya yang tahu menghormati masjid. Dia akan duduk diam dan tidak berbuat bising. Pernah juga satu keadaan dimana saya terpasa menukarkan lampin adik ketika khutbah.

Pengajaran yang boleh diambil adalah perlu membiasakan anak-anak dengan amanah, bila sudah terbiasa diberi amanah pasti dia akan lebih dewasa. Dewasa tidak diukur dengan dengan usia tetapi diukur dengan kemampuan memikul amanah.


sumber gambar: twitter
.

Khamis, 1 Mei 2014

Mencari erti

Hidup bukan sekadar degupan jantung. Jika hidup manusia Allah ciptakan hanya sekadar itu, haiwan yang lain juga hidup. Kehidupan manusia lebih besar nilainya. Jesteru hidup ini harus sentiasa bergerak, berjuang dan berusaha. Perjalanan hidup ini panjang dan bersimpang siur. Kadang-kadang diuji dengan cinta yang terlalu menggunung, terkadang kita diuji dengan kehilangan cinta. Ada kalanya kita diuji dengan kuasa dan pangkat, lalu kita gunakan untuk kezaliman. Ujiaan itu hanyalah persinggahan hidup, bukanlah beban yang akan menghentikan langkah kehidupan.

Hidup perlu lebih terancang, hidup sebagai hamba Tuhan tidak hanya beribadah semata-mata, tetapi menegakkan agama Islam di atas muka bumi, berjuanglah di atas nama kebenaran dibawah panji Islam. Hidup perjuangan dalam hidup adalah seni yang paling bernilai, seni yang pasti berhasil. Setiap titisan peluh menjadi saksi perjuangan. Seni yang pasti akan berhasil cuma tidak tahu nilainya.

Hiduplah dengan keberanian, tanpa ketakutan. Ketakutan hanya akan menyebabkan langkah menjadi lesu dan longlai. Sedang keberanian itu memberi erti dalam kehidupan, berani berimpian menyebabkan hidup lebih berlandasan. Keberanian itu adalah menghadapi segala kebarangkalian dan bangkit berjuang. Hiduplah dengan lebih bererti.

Sumber gambar: twitter

Isnin, 14 April 2014

Diktator

Antara diktator ataupun prinsip hidup. Seorang pemimpin selalu terperangkap dalam membuat keputusan. Jika membuat keputusan terlalu mengikut orang bawahan, dia akan dianggap sebagai pemimpin yang lemah, tidak ada pendirian dan tidak layak menjadi pemimpin. Jika pemimpin yang tegas pendirian yang menolak pandangan orang bawahan, pemimpin jenis ini pula sering dianggap diktator. Maka salah satu seni memimpin adalah mengimbangkan kedua-duanya.

sumber gambar: twitter

Ahad, 13 April 2014

Ruled by crazy

Memang sudah menjadi suatu kelaziman orang yang lebih kuat akan menindas yang lemah. Negara-negara besar menang dalam perbicaraan antarabangsa, negara kecil ataupun lemah pula akan sentiasa kalah dalam perbicaraan. Lihat sahaja negara berproksi besar Israel yang berjaya menubuhkan negara haram atas restu PBB. Saban hari kawasan pencorobohan mereka diperluaskan, seringkali penduduk Palestin menjadi mangsa. Begitu juga golongan bangsawan yang seringkali menindas golongan marhean, disuruhnya rakyat bersakit-sakitan hidup sedangkan mereka mobolot kekayaan, mencuri berskala yang besar adalah ke'harus'an bagi bangsawan. Bila marhean mencuri ikan bilis pantas saja dihukum, bila bangsawan mencuri jerung terlepas begitu sahaja.

Ini bukan lagi soal agama mana yang paling benar dan paling suci, ataupun soal siapa empunya negara, mahupun bangsa yang paling mulia yang mahu diperjuangkan, ini soal kemanusiaan. Saya bukan melihat isu palestin semata-mata, tetapi seluruh penindasan terhadap golongan yang lemah. Pembunuhan berlaku senwang-wenangnya, seolah-olah nyawa manusia itu sama nilai seperti semut. Kadang-kadang lebih diperjuangkan nyawa binatang berbanding nyawa manusia. Kerana ketamakan dan kebobrokan berkuasa, serta menganggap bangsanya saja yang layak hidup didunia mereka menjadi tidak waras dan gila. Atau juga kerana mereka itu hidup dengan keselesaan, tidak pernah merasai kesakitan ditindas, lalu mereka merasakan penindasan itu sesuatu yang normal, seolah-olah memang ada kelompok manusia yang lahir ke dunia semata-mata untuk di zalimi. Dunia seringkali tidak seimbang, pelaburan kepada ketenteraan begitu banyak sekali sedangkan ketenteraan ini seringkali menjadi pembunuh, bukan lagi menjadi penyelamat. Sedang tentera diberi kepentingan, jutaan manusia yang lain kebuluran. Yang diperlukan di dunia ini bukanlah peluru, bom, sniper mahupun kereta kebal, tapi dunia lebih memerlukan sifat kemanusiaan. Ada golongan yang hanya memerlukan secupak beras untuk hidup, sedangakan dunia membelanjakan bilion USD untuk membeli 'alat pembunuh'.

Malanglah hidupnya didunia hanya untuk dibunuh, dibiar kelaparan, disiksa, hidup untuk menjadi yatim piatu, hidup dalam ketakutan. Sampai bila? Orang yang duduk situasi ini lebih kenal kesakitan hidup, hanya mereka berharap pada takdir hari esok untuk terus hidup. Beruntungkah mereka hidup didunia semata-mata untuk berhibur sehingga lupa kesakitan orang lain? Mereka membelanjakan ribuan ribu ringgit untuk keseronokkan dunia. Dunia seringkali tidak adil dalam melayani kehidupan manusia. Dunia ini bukanlah seperti cerita dalam novel dan drama dimana watak hero akan menang. Di dunia nyata seringkali yang paling jahat akan menang, dan yang paling jahat akan menjadi kuat lantas yang kuat menindas yang lemah.




Isnin, 7 April 2014

Fasi

2:40 Pagi, lagi 3 jam sebelum flight. Kepenatan 2 hari menjadi fasi masih bersisa, disambung pula hari ni dengan perlajanan melalui 2 penerbangan(kl-miri, miri-limbang) sebelum sampai ke kampung halaman.


Apa yang saya simpulkan untuk check point tersebut adalah, kita perlu berhikmah dalam memberi teguran. Imam as-Syafiee ada menyebut, "Jika kamu menegur sahabatmu dikhalayak ramai, kamu sebenarnya sedang menghina dia, jika kamu menegur sahabat kamu dibelakang, kamu telah pun memuliakan dia". Sebaik-baiknya jika terlihat kemungkaran di depan mata, cubalah menegur dengan cara berhikmah seperti yang dianjurkan oleh imam syafiee.

Sumber gambar: twittet

Ahad, 30 Mac 2014

Cantik

Ramai yang mengatakan cantik itu subjektif. Walaupun seluruh dunia mengatakan begitu saya tetap tidak bersetuju. Orang yang cantik akan dikatakan cantik oleh sesiapapun, begitu juga orang yang hodoh tetap akan dikatakan hodoh oleh sesiapapun.

Persoalan mengenai mengapa orang ada yang melihat seorang yg hodoh ini menjadi cantik bukan kerana cantik adalah subjektif, tetapi kerana mereka sudah menilai orang tersebut melalui emosi, bukan lagi melalui akal yang normal.

Harun Yahya ada mengatakan, "Romanticism which leads people to live, not according to their reason, but according to their emotions"

Satu pasangan kekasih yang sudah hidup diawang-awangan, ataupun 2 orang insan, lelaki dan perempuan yang selalu berhubung akhirnya terdetik rasa ingin lebih dekat, mula merasa merasa pasangan mereka itu ideal, cantik, ataupun kacak. Dan apabila para cendikiawan yg mengkaji kejadian ini tanpa mengira aspek emosi, mula mengatakan bahawa cantik itu subjektif.

Padahal sebelumnya, ketika mereka belum dikuasai oleh emosi, ataupun masih tepat belum melalui tempoh romantik, mereka tidakpun merasakan pasangan mereka itu cantik, tetapi apabila emosi mula menilai, mereka jadi tidak nampak jerawat dimuka, kentut pun wangi, apa sahaja yang dibuatnya semua jadi baik.

Mungkin apa yang boleh di simpulkan adalah cantik itu hanya subjektif jika dinilai dengan emosi. Cantik tidaklah subjektif jika dinilai dengan akal.

sumber twitter

Rabu, 26 Mac 2014

Masalah

Kehidupan manusia hanya akan lengkap dengan adanya masalah. Kerana dengan adanya masalah akan timbul persoalan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Lalu tercipta banyak alatan baru untuk mengatasi masalah yang ada. Dengan itu kehidupan manusia sentiasa membangun dari semasa ke semasa. Suatu ketika dahulu, berjalan jauh merupakan masalah bagi pengembara. Pengembara memerlukan berbulan-bulan untuk sampai ke tempat yang jauh. Tidak kurang juga yang menemui ajal ketika dalam perjalanan. Lalu timbul persoalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Maka terciptalah basikal, motosikal, kapal, kereta, kapal terbang dan banyak lagi.

Tanpa masalah pastinya tidak akan tercipta tamadun-tamadun yang agung, tidak akan tercipta bangunan-bangunan yang gah, tidak akan tercipta teknologi yang hebat seperti sekarang. Mungkin ada yang berpandangan, manusia juga boleh mewujudkan tamadun, binaan yg megah mahupun teknologi hanya dengan bercita-cita. Mungkin ada benarnya tetapi hanya sekadar cita-cita mungkin tidak terlintas untuk mencipta satu-satu benda sekadar bersahaja, pasti ada tujuannya.

Berdasarkan buku 'La Tahzan', nilai diri kamu adalah sebanyak-mana masalah yang kamu lalui. Sebab itu kita harus berfikir secara  berhikmah atas apa sahaja yang terjadi kepada diri kita. Mustahil yang terjadi kepada kita Allah swt adalah sia-sia. Namun kerana ketakutan kita untuk menyelesaikan masalah menyebabkan kita seringkali lari dan takut berbuat sesuatu, dan akhirnya kita tidak mendapat masalah.

Banyak lagi masalah di dunia ini yang perlu diselesaikan, terpulang kepada kita untuk sama-sama menyertai pemikir-pemikir dunia, atau hanya duduk menunggu takdir, atau juga hidup hanya sekadar wujud pada jasad dan tidak memberi manfaat. Banyak lagi masalah umat islam yang masih belum selesai, semalam(ditulis pada 26/3/2014) 529 orang perjuang islam di Mesir disabitkan dengan hukum gantung sampai mati. Adakah sama nilai nyawa seorang manusia dengan seekor semut? yang dibunuh oleh rejim yang gila zalim.

sumber: twitter

Ahad, 23 Mac 2014

Liberty in India

Semalam saya menghadiri kelas bersama Mr Barum, Pengarah Institut kebebasan India dan sempat mendengar pandangan beliau mengenai perjalanan sosial, politik dan ekonomi di India.

Belakangan ini memang kita seringkali mendengan lonjakan ekonomi berlaku di India tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. India juga sama seperti negara peninggalan British yang lain. Termasuk juga Belanda dan, pelbagai lagi kuasa barat yang menakluk negara-negara timur. Kita ditinggalkan dengan kurangnya kepakaran memimpin, mengurus-tadbir ekonomi, struktur pemerintahan yang tidak adil, kronisme, dikongkong dengan pemikiran 'Bumiputera'.

India melalui zaman perubahan pimpinan pembangkan dan kerajaan pada tahun 1970. Iaitu kali pertama pembangkang di India memenangi pilihanaraya dan bertukar menjadi kerajaan. Di sinilah sebenarnya titik perubahan corak fikir masyarakat di India. Pemikiran mereka yang dulu dikongkong dengan dogma dan ketakutan tanpa bukti kukuh berakhir walaupun media dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Mereka yang dulunya berjuang atas perjuangan kaum dan warna kulit kini sudah berubah kearah perjuangan berdasarkan idea, kemampuan memimpin dan mengurus-tadbir ekonomi.

India juga seperti Malaysia, terdapat pelabagai kaum di dalamnya. Dulu mereka berkempen untuk kaum mana yang paling layak memerintah India. Tapi kini mereka berkempen mengenai siapa yang boleh membangunkan India dengan lebih baik. Polisi parti mana yang lebih layak meneraju kepimpinan di India. Dulunya syarikat yang diluluskan hanya yang ada kepentingan kepada ahli pemimpin dalam kerajaan sahaja. Kini apa sahaja syarikat yang layak boleh masuk ke India memberi perkhidmatan yang lebih baik dan tidak mencekik darah.

Sehingga kini India sudah mula mencuri tumpuan dunia. Sekecil-kecil Singapura juga merupakan hab pelaburan syarikat diseluruh dunia. Apa sahaja syarikat yang memiliki empayar yang luas akan membuka cawangan di Singapura menjadikan negara jiran kita itu lebih dikenali diseluruh dunia walaupun kewujudannya di peta dunia seolah-olah tidak kelihatan. Persoalaanya bila lagi giliran Malaysia?


Sifat

Lahirnya seorang bayi ke dunia, ada beberapa perkara ibu dan ayahnya sudah boleh meng-agak daripada peribadi anak tersebut. Setiap manusia memang dilahirkan dengan perbezaan personaliti, ada yang akan membesar dengan sifat pemalu, ada yg dengan sifat pemberani, sifat yang lemah-lembut, akal yang cerdik, sifat rajin dan banyak lagi kepelbagaian hidup manusia. 

Namun, separuh lagi adalah berdasarkan bagaimana suasana kita dibesarkan. Pepatah sering-kali digunakan untuk menggambarkan teori ini adalah "Manusia dilahirkan sebagai seorang raja, tetapi suasana pembesaran menyebabkannya menjadi katak puru". Quote ini ditulis oleh ahli psikologist. Memang ada antara kita yang dilahirkan dalam keadaan pemalu, kurang berkayakinan dsb. Tetapi bila dicampakkan dalam kalangan orang-orang yang berani, berkepimpinan, lama-kelamaan sifat pemalu itu mampu disembunyikan. Bukan bermakna sifat pemalu itu hilang, sifat pemalu itu akan terus ada kerana ia adalah genetik semula jadi. Otak akan terus menghantar sifat pemalu itu secara 'involuntary', iaitu sifat yang dikawal oleh otak secara semulajadi, bukan atas kemahuan kita. Apa yang saya maksudkan secara ringkas adalah naluri kita untuk malu itu tetap akan ada, tetapi apabila kita dilatih dan dibesarkan cara yang baik dan berhemah, sifat malu itu akan dapat kita letakkan pada tempatnya yang sesuai. Maka kita akan malu bertempat, dan mampu menyembunyikan malu semulajadi pada tempat yang betul.

sumber: google


Ada juga yang dilahirkan dengan sifat kebijaksanaan. Kalau ada yang mengatakan manusia itu lahir pada tahap IQ yang sama, itu saya sama sekali akan menolak perkara itu. Ada yang boleh membaca pada usia 4tahun setengah, ada juga yang hanya boleh membaca pada usia 8 tahun, padahal suasana dibesarkan sama. Seringkali terjadi juga adiknya lebih pandai daripada abangnya, padahal dibesarkan dalam suasana yang sama, ibu dan ayah yang sama, tapi hasilnya si adik lebih dahulu pandai membaca daripada abangnya. Namun lahir dalam kebijaksanaan bukanlah jaminan untuk kekal menjadi seorang yang bijak-pandai. Begitu juga sebaliknya, yang lahir dalam keadaan kurang bijak, ataupun lebih tepat dungu tidak akan sentiasa dalam keadaan dungu. Saya terpaksa menggunakan perkataan 'dungu' agar mesej lebih mudah difahami berbanding hanya berkias. Jika si dungu dibesarkan dengan suasana ilmu, sentiasa terlatih untuk berfikir, diajar untuk mengira, membaca dan sebagainya. Si dungu tadi akan lebih bijak kerana sudah dilatih. Bukan bermaksud dia sudah menjadi cerdik pandai yang mudah faham, tetapi kerana keterbiasaan.

Apa yang ingin saya katakan adalah, kita manusia diciptakan dengan kelainan. Dan boleh jadi kelainan itu menjadi masalah kepada kita, dan boleh jadi kelainan itu satu keuntungan kepada kita. Kita juga dibezakan dengan bagaimana tidakbalas kita terhadap apa yang berlaku terhadap hidup kita. Maka bagilah tidak balas yang positif keatas setiap yang berlaku ke dalam hidup kita. Jika kita diberi kekurangan, berusahalah untuk menambah nilai dalam diri kita. Jika kita berikan kelebihan, hargailah ia.

Jumaat, 14 Mac 2014

Tamadun


4 Hari lepas saya pergi ke KLIA untuk menjemput kenalan yang baru tiba dari Kota Kinabalu. Rasanya dah lebih 4 tahun tidak menjejak-kan kaki di KLIA kerana menggunakan laluan dari LCCT. Dalam kepanasan isu kehilangan pesawat MH370, saya sempat melihat keadaan lapangan terbang tersebut.

Tapi apa yang saya ingin komen adalah mengenai pembangunan yang tidak terancang di Malaysia. Saya teringatkan kata-kata ibn Khaldun yang lebih kurang bermaksud tamadun diukur dengan budaya dan kerohanian bukan semata-mata pembangunan lahiriah.

Dari sudut KLIA, mak cik saya sendiri (Auntie Yah) yang menetap di Australia sekian lama kagum dengan KLIA. Jauh sekali perbezaannya berbanding lapangan terbang di sana. Pada saya prinsip yang dilaksanakan di Australia mungkin berbaza, mereka lebih mementingkan aspek sosial dan budi pekerti. Saya mengambil mendengar sendiri pengalaman daripada sahabat yang baru pulang dari negara tersebut pada bulan lepas.

bangunan pencakar langit di Jeddah
sumber: sini


Saya tidak mengutuk kewujudan bangunan-bangunan tersebut, cuma bila aspek lahiriah sahaja yang ditekankan, kita akan berterusan dalam jalan perhambaan. Cuba kita search senarai bangunan pencakar langit, kebanyakkannya dari negara islam. Sama ada ia satu kebetulan, atau kita sudah terperangkap. Banyak kisah-kisah yang penuh konspirasi disebalik bangunan pencakar langit tersebut.

Apa yang saya boleh simpulkan adalah intelektual islam sudah mengajar teori pembentukan tamadun yang betul, tetapi ia hanya digunakan oleh orang bukan islam. Bahkan kita menggunakan pula teori yang salah, iaitu mementingkan lahiriah semata-mata. Ini satu kerugian yang besar pada kita. Yang bakal membangunkan islam dan negara pada masa akan datang adalah anak muda sekarang. Jika golongan ini tidak dibentuk dengan baik, tinggalah nama dan tugu.

Selasa, 4 Mac 2014

IRONI 2014



Kami menjemput semua yang berkelapangan untuk hadir ke liqo' tahunan al-Irfaan dibawah program IRONI 2014 khususnya yang berada di tanah semenanjung. Infiru!

Isnin, 3 Mac 2014

Tabiat


hiasan
Sumber: google.plus

Manusia tidak lari dari tabiat. Seorang doktor ada tabiat dia sebagai doktor, sebagai pensyarah juga ada tabaiat mereka. Begitu juga kita sebagai seorang pelajar kita ada tabiat kita sendiri. Kebanyakkan pelajar suka menyiapkan tugasan yg diberikan pada saat-saat akhir. Begitu juga dengan mengulang-kaji pelajaran, bila dekat dengan tarikh peperiksaan barulah kita rasa hendak belajar membuak-buak, dan paling 'common' lagi kita akan mengatakan "kalaulah aku belajar macam ini dari awal semester, kan lagi baik". Ini semua tabiat kita sebagai pelajar suka menangguh kerja "last minute"

Ada juga pelajar yang apabila mendapat tugasan terus disiapkan pada hari yang sama, mengulangkaji pelajaran sepanjang semester dan cuba memahami subjek tanpa ketinggalan. Ini juga sebagai tabiat, cuma tabiat ini adalah tabiah yang baik. Dan tidak dinafikan, tabiat inilah yang akan membezakan pelajar cemerlang dengan pelajar yang kurang cemerlang.

Persoalannya bagaimana kita boleh memiliki tabiat-tabiat yang baik? Ada jawapan? Buku yang boleh dirujuk? Mohon tunjuk ajar~

Ahad, 2 Mac 2014

Sosiologi manusia

gambar hiasan

6 jam sebelum flight, so masa terluang diisi dengan berblogging. Macam biasa aku akan parking barang2 kat satu meja n duduk untuk observe tingkah-laku manusia yg pelbagai. So hari ni kita nak bercerita mengenai pergaulan antara manusia.

Plato ada mengatakan "jika tidak mahu berkawan, tinggallah di dalam hutan bersama beruk". Ini menunjukkan bahawa manusia tidak boleh hidup sendirian. Mungkin ada dalam kalangan kenalan anda mengatakan mereka suka hidup sendirian. Itu adalah perkara mustahil, sebenarnya pada ketika dia mengatakan sedemikian mungkin kerana pada masa itu keadaannya bukan normal, sama ada emosi kurang stabil, ataupun mengalami sedikit kemurungan. Sampai suatu tahap kematangan dalam sosial, kita akan cuba menerima pelbagai bentuk personaliti orang lain. Kita beranggapan seberapa ganjil, teruk, baik, buruk personaliti itu adalah satu perkara yg normal, dengan andaian sebagaimana kita merasa personaliti orang tersebut sukar untuk ditafsir, begitulah juga personaliti kita sukar untuk ditafsir. Maka akhirnya kita berjaya menerima orang lain seadanya.

Sampai satu tahap kita tidak boleh lari daripada sikap prejudis, kita menganggap kita lebih baik berbanding orang lain secara tidak sedar. Walaupun cuba untuk berfikiran terbuka, cuba mencari titik persamaan bahkan cuba untuk menerima orang kelainan personaliti orang lain, tetap ada berlaku penolakan di dalam minda. Golongan agamawan cuba untuk tidak meletakkan diri mereka tidak terlalu tinggi, cuba untuk bergaul dengan golongan biasa agar corak pemikiran mereka. Begitu juga golongan biasa cuba untuk masuk golongan agamawan yang agar mereka tidak tersasar jauh. Namun satu tahap golongan agamawan terperangkap dengan prejudis terhadap golongan biasa dengan menganggap mereka lebih sempurna daripada golongan biasa. Sambil golongan biasa juga prejudis bahawa golongan agamawan ini merupakan golongan yang mengongkong. Pada keadaan yang sebenar, agama bukanlah mengongkong hidup manusia bahkan mengajar manusia tentang cara hidup. Begitu juga dengan golongan agamawan, sebenarnya golongan biasa itu sudah dibentuk corak hidup mereka sedemikian, tapi mereka lebih baik kerana masih mampu bertahan, cuba diletakkan golongan agamawan ini berada pada situasi tersebut, boleh jadi keadaannya lebih parah. Cukup kita sebagai manusia biasa membuat andaian dan persepsi, ditambah pula dengan kurang usaha untuk dialog golongan yang terkena virus ke-"tidak peduli"-ism. Situasi menjadi lebih parah

Mangapa ini terjadi? Ini permasalahan manusia yang belum dapat diselesaikan secara keseluruhannya oleh ahli-ahli pemikir. Mereka cuma mengetauhi punca tetapi untuk menyelesaikan masalah ini tidak semudah itu kerana kepelbagaian manusia. Setiap individu mempunyai frekuensi masing-masing, kita boleh bergaul dengan golongan yang sama frekuensi ataupun hampir sama. Jika terlalu jauh susah untuk kita bergaul, bagi sesiapa yang ada kemahiran merubah frekuensi dengan baik. Dia boleh bergaul dengan semua kelompok masyarakat.


Pening

Hari ini selesai mendengar ulasan daripada 2 belah pihak yang berbeza mengenai beberapa isu. Ia sangat memeningkan untuk menilai pihak mana yang betul, mengapa isu itu tidak jelas secara dibahagian "surface"? Tidak tahu pihak mana yang lebih betul.

Aku cuba untuk mengurangkan efek sampingan daripada kepelbagaian ideologi yang masuk ke dalam minda. Ada yg berkata untuk harmoni dengan kepelbagaian pandangan pada awalnya, tapi setelah memberi penjelasan tetap berlaku penolakkan pandangan yang lain tanpa menjernihkan balik kekeruhan.




sekadar hiasan
Aku merangkak semula, tetap belum berpihak, dan masih membuat perkiraan mengenai maklumat yang diperolehi. Aku suka dengan keadaan yang sekarang, cuma berharap agar suatu hari nanti semakin kita banyak membaca  corak pemikiran, kita semakin mencari keserasian dan menekan perkara yang terdapat titik pertemuan, bukan hanya menampakkan dan membesar-besarkan isu yg tidak selari dengan kita. Mungkin pertembungan ini sudah berlaku lebih awal di negara-negara barat dan kita disini masih merangkak dalam ideologi. Perkara ini memang akan terjadi kerana semakin lama manusia semakin berfikir, semakin lama manusia cuba untuk menyelesaikan masalah mereka hadapi dalam sosial.

Post ini agak sedikit berat dan tersirat, tak ramai akan faham. Ia bergantung dengan siapa kita bergaul dan dari situ telah menjadikan seseorang memahami situasi ini. Abaikan jika tidak faham

Perbezaan



gambar hiasan
sumber: google

Aku giat memerhatikan tingkah-laku manusia. Kenapa hasil manusia berbeza-beza? Aku cuba meramalkan kisah silam manusia yang menghasilkan diri mereka yang sekarang. Dalam masa yang sama aku masih tidak mengenali. Bagaimana aku boleh jadi aku yang sekarang?Apa yg harus aku lakukan?

Hukama ada berkata "sesungguhnya kebesaran Allah itu ada dalam diri manusia. Barangsiapa mengenal dirinnya nescaya dia mengenal Allah"

Mahasiswa atau Boneka

sumber: google

Kita di didik dengan ketakutan, persepsi, sangka buruk dan pelbagai lagi bentuk hasutan negatif. Ini "tumbersaran" yang tidak sihat bagi mahasiswa sebelum pergi ke alam pekerjaan. Apa yang harus mahasiswa lalui pada zaman "tumbesaran" adalah dengan keberanian, diberi medium untuk berfikir secara kreatif, didorong untuk berdialog, diajar untuk bersifat harmoni dengan berbezaan pandangan, diberi kebebasan menyuarakan pandangan dsb.

 Semalam Berlangsung satu forum "Mahasiswa atau Boneka". Walaupun forum sendiri telah mem"boneka"kan mahasiswa atas beberapa faktor, tetapi tetap berjalan dengan lancar. Apa yg menarik semalam adalah term yang digunakan iaitu "kanser pemikiran". Kanser pemikiran disebut oleh Ust Fawwaz sekalu panel forum semalam menyifatkan mahasiwa di Malaysia memiliki otak yg sangat lemah. Beliau yang merupakan graduan Universiti al-Azhar Mesir dan pernah mengajar di negara kita sendiri, mengatakan bahawa kekuatan hafalan pelajar Malaysia sukar untuk menghafal kerana tidak faktor cara didikan di Malaysia sendiri. Budaya ilmu di Malaysia sangat berbeza ketika beliau menuntut di Mesir suatu ketika dahulu.




Khamis, 27 Februari 2014

Manusia bias

Post kali ini bersifat santai dan sedikit provokatif tapi bukan niat untuk menghilangkan thiqah(jika masih ada la..LOL)..dan sangat TIDAK berasas..juz baca n ignore

Siang tadi aku berpeluang menyaksikan layanan yang 'bias' terhadap seorang perempuan kerana faktor rupa secara 'live' depan mata. Tapi aku xmau la cerita secara direct. Tapi secara amnya apa yg berlaku tadi adalah perempuan cantik dapat layanan yg lebih baik daripada yg kurang cantik. Kalau xsilap Ini kali ketiga aku tulis berkaitan tetang rupa manusia. Mungkin sebab aku terasa aku pun golongan yg xberupa..kakakaka. Tapi aku tak kisah pun sebab lelaki tak hensem dpt pasangan yg lawa, teori orang..hak3. So beruntung la lelaki yg xhensem..bak kata sorg cikgu "hensem ya paloi"..mmmm..xfaham xpe

Berbalik kepada peristiwa tadi, perkara ini bukan baru, dari dulu aku perasan yang naik kereta mercedez benz, BMW, mini cooper, ferari dan apa sahaja kereta mewah terdiri dari perempuan yg cantik. Jarang2 kita lihat perempuan yg hodoh menaiki kereta mewah. Apa kesimpulannya? Wanita cantik akan dapat pasangan lelaki yg kaya-raya. So, kepada wanita cantik anda beruntung, anda akan dapat lelaki kaya raya.Hoho

Aku cari video2 yg pernah aku tgok sebelum ni, dan video inilah antara yg boleh menggambarkan idea aku sekarang ni. Sebenarnya aku pun xpuas hati situasi mcm ni, sangat tak adil. Termasuk aku sendiri mungkin secara tidak sedar mengamalkan sikap 'bias' sebegini. Perkara ini sebenarnya juga berlaku kepada kaum lelaki juga. Mungkin sebab belum mencapai tahap matang lagi. Kebanyakkan masa mungkin ada cuba mengelak dari mengamalkan 'bias'. Maknanya cuba tidak berlaku 'bias' dan ia bukan berlaku secara natural. 

Bila dah betul2 matang, baharulah mungkin kita akan terlepas dari sifat sebegini kerana kematangan akan menyebabkan kita bertingkah-laku dan bertindak berdasarkan objektif sebenar. Contoh mudah seperti di atas, kita melayan individu dengan baik bukan kerana dia cantik ataupun hensem, tetapi kerana mereka memang perlu dilayanan yang baik. Contoh lebih mudah lagi, kita berkerja keras kerana kita mahu hasil kerja yg berkualiti, bukan kerana mahu tampak gah oleh pakwe/makwe ataupun bos kerana objektif kita bukan untuk menunjuk, tetapi untuk mendapat hasil kerja yang baik.

Apapun semuanya yg diatas sangat2 tidak berasas. Mungkin ada sedikit sahaja yg kebetulan adalah benar. Tapi yg paling penting pengajarannya ialah elakkan menjadi manusia 'bias' dengan melayan semua manusia dengan cara yang sama. Berkerja dan bertindaklah berdasarkan objektif sebenar dan bukan objektif sampingan. Entah korang faham ke tak, susah aku nak jelaskan sebab malas nak menaip. So abaikan dan lupakan apa yg korang baca setelah selesai membaca ZZzzZZ.. say no to appearance bias..ZZzzZZ


sumber: twitter

Isnin, 10 Februari 2014

Langkah


Minggu terakhir di rumah bersama keluaga sempena cuti semester. Kerja sambilan pun berkala, tunggu ada event. Masa sebulan digunakan untuk refleski diri dan membaca beberapa buah buku iaitu Personality Plus, Dilemma Melayu dan Law of Power. Sekadar untuk memahami pemikiran mereka, bukan untuk beriman dengan apa yang mereka tulis. So, minggu last ni aku berkarya sikit, untuk simpanan aku :)

Langkah
Oleh: muiz

keladak dijiwa seribu derita,
perit tertanggung dalam kenangan,
usah gentar menggenggam bara,
berdarah biar beralah jangan,
simpanlah derita buat bekalan,
jalan seribu batu mula berkabus
titik mula tidak kelihatan,
berundur lembah,
melangkah bara..

Indahnya gelora sang pantai,
bersama hembus angin yang membadai,
sembunyi di dalamnya seribu derita,
hatimu kental menerjah lautan,
kadang kau kalah melawan arus,
berhanti dipersimpangan mencari nafas,
begitulah lumrah sang musafir,
dalam indah gelora kau kesakitan,
senja kala mula berlabuh,
terselit bahagia perawat luka.

gambar hiasan
sumber: twitter



Ahad, 9 Februari 2014

Selfie

Adakah selfie satu kebanggaan atau kehinaan?

Kelebihan golongan selfie ini secara psikologinya adalah mereka merupakan individu yang memiliki sifat keyakinan yang tinggi. Namun demikian, selfie secara tidak langsung menunjukkan sifat individualistik bagi penggemarnya. Personaliti golongan-golongan selfie ini lebih mementingkan diri namun ia tidaklah menggambarkan keseluruhan penggermar selfie. Kita juga memahami bahawa selfie ini wujud kerana tidak ada pembantu yg boleh menangkap gambar untuk mereka, maka terjadilah selfie. Frasa 'selifish' dari pada bahasa inggeris bukanlah bermaksud 'menjual ikan', tetapi bermaksud pentingkan diri.

Bagi selfie yang berjaya, ia telah memartabatkan sesuatu seni iaitu seni gambar. Setiap gambar mempunyai nilai yang tersendiri, ada yg sanggup membeli gambar dengan jutaan ringgit padahal pada mata kasar yang lain ia tidaklah secantik-manapun, ada yang melihat sesuatu gambar yang sangat cantik, tetapi tidak bernilai. Ada yang sanggup membeli camera puluhan ribu ringgit, tetapi hasil gambarnya juga tidak seberapa. Ada yg hanya menggunakan camera daripada telefon genggam, tetapi hasilnya sangat menakjubkan bahkan bernilai. Maka bagi golongan selfie yang berjaya, anda secara semula-jadi memilik bakat seni yang perlu dikembangkan dan mungkin anda boleh pergi lebih jauh bersama seni yang anda miliki.

Kembali kepada persoalan samada selfie ini satu kebanggaan atau kehinaan? Selfie ini menunjukkan keyakinan dan kebanyakkan artis juga menggunakan kaaedah ini dan ia melambangkan keyakinan para artis di dalam instagram terutamananya mahupun dalam laman web sosial yang lain. Maka ia sesuatu yang positif bagi golongan selfie yang meningkatkan keyakinan dalam diri individu tersebut. Tapi jangan lupa menilai bahawa golongan-golongan ini merupakan golongan rupawan, seperti mana yang pernah dihurai sebelum ini rupa manusia juga mencorak psikologi manusia. Golongan rupawan dikatakan lebih berkeyakinan. Disebabkan oleh rupa seseorang maka suasana, layanan dan pergaulan sosial disekitarnya juga berbeza. Secara keseluruhannya, apa yg saya ingin katakan secara ringkas adalah selfie sesuatu yg baik bagi golongan rupawan secara psikologinya.

Berlainan pula halnya bila seseorang yg bukan rupawan, lumrah manusia ini suka dengan sesuatu yg indah, cantik, dan selesa untuk dipandang. Selfie bagi golongan bukan rupawan(bukan juga hodoh) tidaklah menimbulkan kehinaan. Namun adalah sesuatu yang hina bagi selfie yang hodoh. HAHA. Cuma sifat tidak mahu perselisihan daripada orang lain yang melihat gambar selfie tersebut tidak mahu menghina secara terang-terangan, tetapi dalam hati bercakap mengutuk kehodohannya. Apa yg saya cuba sampaikan adalah, bukan tidak boleh golongan hodoh untuk berselfie, ia baik untuk keyakinan, akan tetapi kita perlu berselfie seadanya dan jangan berlebihan. Jika berlebihan akan ada suara sumbang pada orang lain yang menghina anda secara senyap. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengelak selfie dan bergambar secara berkumpulan.

Apa-apa pun ini adalah negara demokrasi, bebas melakukan apa-apa tanpa melanggar hak asasi orang lain. Kita tidak membincangkan selfie berdasarkan hukum-hakan agama yang mungkin banyak perkara yang perlu kita patuhi contohnya dari segi adab .Kita membincangkan selfie hanya berdasarkan persepsi semata-mata, adakalanya ia betul dan adakalanya salah.

sekadar hiasan
 sumber; google image