Sabtu, 29 Disember 2012

Saat Lafaz Sakinah.wmv



Lagu ni yg cukup umo bleh la dgr ea..klu blom tp nak dgr jugak xpe r..ambik ibrah disebalik lagu ni..tp jgn sampai nk berangan plak yer..nnti hati jd lemah longlai..orng islam mest ad hati yg teguh,bukan yg lemah longlai :) org mcm ak bleh kot nk cri calon..hoho, dlu ust kte tahun 2 dh bleh carik dahh..ap lg...jom!!layan..

saat lafaz sakinah-far east



Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Ulang Chorus

sumber;http://www.1liriklagu.com/lirik-saat-lafaz-sakinah-far-east/



Ahad, 23 Disember 2012

elemen kepimpinan

kepimpinan zaman ini agak berbeza berbanding pada masa dahulu, tetapi beberapa elemen diperlukan untuk seorang pemimpin pada masa dahulu masih dperlukan  dalam kepimpinan pada zaman sekarang. Titik pertemuan ini perlu dikaji dengan lebih terperinci agar teknik kepimpinan bersesuaian dengan waqi'(keadaan) semasa.

DSAI

mahmoud ahmadinejad


dr. mahathir

kepimpinan boleh didefinisikan sebagai kemampuan untuk menggerakkan satu organisasi ataupun sekeliling. tahap kepimpinan seseorang itu adalah berbeza, oleh yg demikian, kita perlu mngkaji penyebab kepada perbezaan tahap kepimpinan tersebut.

salah satu, elemen yang perlu ada dalam seorang pemimpin adalah karimatik. Karismatik adalah gaya, percakapan, sifat ataupun apa saja tingkah tinggahlaku yang boleh menonjolkan daya kepimpinan. ia bukan lahir semula jadi tetapi lahir melalui pembentukan suasana. beruntung bagi seseorang yang lahir dalam suasana keluarga dan sekililing yang berdaya kepimpinan.saya suka melihat sejarah soekarno, yang merupakan tokoh daripada keluarga biasa, tidak ada langsung darah kepimpinan yang mengalir dari ayahnya. beliau hanya selalu mengikuti pak ciknya yang memberi ucapan, suatu ketika beliau disuruh menggantikan pak ciknya untuk berucap dan di situlah mulanya cetusan gelombang pengaruh beliau sehingga beliau diangkat menjadi pemimpin terulung di asia pada masa itu. tapi, amat malang seseorang lahir lahir dalam suasana ini tapi hanya mempersia-siakannya. dalam erti kata lain, kemahuan individu itu untuk memiliki daya kepimpinan adalah lebih utama, biarpun dibesarkan dalam kelompok yang biasa, tapi jika ada kemahuan, itulah yang akan menjadikan seseorang itu menjadi lebih luar biasa.

percaya atau tidak, ucapan adalah satu elemen tertinggi untuk kita menilai dan membanding beza tahap kepimpinan seseorang. jika kita lihat, pengurusan organisasi boleh sahaja di buat oleh ramai pemimpin, dan kebanyakkan daripada seni pengurusan adalah sama, ia mengikut teori-teori lama untuk menyusun atur pergerakkan organisasi mengikut kesesuaian. tapi apabila merujuk kepada pengucapan, jika seninnya ditiru daripada orang lain, ia mudah dikenalpasti ketidaktulenan pengucapan itu, bahkan sebenarnya nampak janggal dilihat oleh orang dan menjadikan pendengar meluat. seni pengucapan perlulah beritorik yang asli, yang lain daripada lain yang menjadi trademark sendiri.  dengan adanya kelainan ini, ia boleh menjadi passport kita untuk menjadi pemimpin extraordinary.

seterusnya perkara dasar yang perlu ada untuk seorang pemimpin adalah ilmu dan idea. ilmu dan idea ini lahir daripada pembacaan yang berterusan(input), dan pengeluaran yang berterusan(output)=input+output+istiqamah. terpulang pada kita untuk memilih input dan output yang seseuai untuk diri kita. dan tahap input dan output WAJIB sama untuk menjadikan kita sebagai pemikir luar biasa. input yang mudah adalah dengan menonton bahan ilmiah dalam bentuk visual, tetapi ini hanya menimbulkan kefahaman yang mudah berbanding dengan pembacaan yang lebih berkesan kerana melalui pembacaan otak memproses lebih proaktif dan memerlukan penggunaan otak yang optimum. dengan membaca, kita akan mengarang sendiri visual di dalam otak, berbanding melihat video yang sudah tersedia visual yang ada. kesan masa panjangnya adalah otak akan menjadi lebih malas. tidak hairanlah jika ramai pihak mengatakan manusia semakin tidak efisyen pada zaman teknologi ini dari segi pembentukan pemikiran kritis kerana terlalu mengharapkan sistem komputer. lihat sahaja pekembangan ilmu pada masa kini dengan saintis yang ramai tetapi penemuannya tidak banyak. berbanding dengan zaman al-biruni, al-khawarizmi, plato,einstein, newton dan sebgainya, saintis pada masa itu sedikit tetapi penemuan teori byak sehingga melangkaui masa. mengenai output pula, ia lebih baik sekiranya bermula meng"output"kan untuk diri sendiri iaitu dengan berfikir dengan semula terhadap input yang diterima, seterusnya ia boleh disampaikan kepada individu2 melalui diskusi (ini pentingnya suasana kepimpinan), selepas itu diterjemahkan dalam bentuk tulisan sama ada catatan sendiri ataupun melalui penulisan blog dan akhir sekali melalui pengucapan-pengucapan awam(dengan kemahiran). melalui pengucapan inilah tahap tertinggi menonjolkan kepimpinan. berbalik kepada point, mengenai ilmu dan idea. saya ambil satu kata-kata seorang pemimpin: if you want to be a leader, you must have ideas or else you a simply the follower. orang yang memberikan idea akan mudah mendapat kepercayaan daripada orang sekeliling dan mudah diangkat menjadi pemimpin.

cukup sekadar ini untuk panduan diri sendiri dan harap boleh membantu orang lain yang masih tercari-cari rahsia kepimpinan. jangan pegang satu amanah itu dengan sia-sia, pengang amanah itu untuk menyampaikan mesej islam dan merubah suasana ke arah suasana islam.

salam pemimpin islam

jamuan akhir semester sektor kerohanian kolej 12

Alhamdulillah..baru sahaja selesai menguruskan program terakhir, Jamuan Sektor Kerohanian dan (mungkin)merupakan program terakhir yang saya handle untuk semester ni. Secara keseluruhannya ingin saya mengucapkan tahniah kepada ajk jemputan dan ajk publisiti.

Tahniah kepada ajk-ajk yang terlibat yang kebanyakkanya daripada pelajar tahun satu atas 'perfomance yang diberikan. Saya sendiri sebenarnya tidak menyangka bahawa program ini berjalan dengan lancar. Berikut merupakan laporan ringkas mengenai perjalanan program tersebut:

Barisan ajk jamuan sektor 2012

Program kami bermula pada pukul 6:00 ptg, iaitu program BBQ dan persediaan makanan jamuan. kesungguhan ahli sektor dan ajk yang terlibat sangat menggalakkan, dan saya mengharapkan agar semua ahli thabat dalam menggerakan islam bukan sahaja di dalam kampus,tetapi di mana-mana sahaja.





antara muslimin yg menguruskan BBQ

Program seterusnya berlangsung selepas isya iaitu ucapan iaitu ucapan dan jamuan. dan tugas yang paling dominan saya pada malam itu adalah menjadi emcee bebas mennyebabkab saya makan tak kenyang..hehe


Tengah menjadi emcee dan menganggu org sedang makan..pengisian sambil makan..

majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil-wakil alumni, ahli sektor, pelajar tahun akhir serta hadirin yang turut hadir pada malam jamuan. pada pukul 11 malam, majlis penyampaian hadiah dan cenderamata kepada ahli paling aktif dan cenderamata kepada alumni. Antara yang mendapat anugerah pada malam itu adalah Hilmi, Azizi, Khodijah dan Farhana

untuk semester akan datang, kami merancang untuk memperkasakan lagi sektor kerohanian kolej dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan lebih memberi kemahiran ahli untuk berdepan dengan dunia luar.

akhir kalam, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap ajk yg terlibat, terima kasih juga penyumbang gambar-gambar di atas(Ain), syabas kepada pemenang-pemenang anugerah pada sem kali ini harapan saya agar dapat memotivasikan ahli lain untuk terus bergiat aktif memperjuangkan agama Allah, saya juga berharap perjuangan membentuk suasana islam di dalam kampus dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang dengan kehadiran ahli-ahli baru yang masih dalam proses pembentukan. Sektor kerohanian kolej 12 sebenarnya terbuka kepada mana-mana pelajar upm yang berminat untuk turut serta, kami menyediakan PROBIKE(Program Bimbingan Kendiri) untuk membentuk ahli yang berkemahiran dalam menyampaikan mesej islam secara berkesan. Sila hubungi talian ini untuk informasi lanjut: 0148854599