Ahad, 23 Disember 2012

jamuan akhir semester sektor kerohanian kolej 12

Alhamdulillah..baru sahaja selesai menguruskan program terakhir, Jamuan Sektor Kerohanian dan (mungkin)merupakan program terakhir yang saya handle untuk semester ni. Secara keseluruhannya ingin saya mengucapkan tahniah kepada ajk jemputan dan ajk publisiti.

Tahniah kepada ajk-ajk yang terlibat yang kebanyakkanya daripada pelajar tahun satu atas 'perfomance yang diberikan. Saya sendiri sebenarnya tidak menyangka bahawa program ini berjalan dengan lancar. Berikut merupakan laporan ringkas mengenai perjalanan program tersebut:

Barisan ajk jamuan sektor 2012

Program kami bermula pada pukul 6:00 ptg, iaitu program BBQ dan persediaan makanan jamuan. kesungguhan ahli sektor dan ajk yang terlibat sangat menggalakkan, dan saya mengharapkan agar semua ahli thabat dalam menggerakan islam bukan sahaja di dalam kampus,tetapi di mana-mana sahaja.





antara muslimin yg menguruskan BBQ

Program seterusnya berlangsung selepas isya iaitu ucapan iaitu ucapan dan jamuan. dan tugas yang paling dominan saya pada malam itu adalah menjadi emcee bebas mennyebabkab saya makan tak kenyang..hehe


Tengah menjadi emcee dan menganggu org sedang makan..pengisian sambil makan..

majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil-wakil alumni, ahli sektor, pelajar tahun akhir serta hadirin yang turut hadir pada malam jamuan. pada pukul 11 malam, majlis penyampaian hadiah dan cenderamata kepada ahli paling aktif dan cenderamata kepada alumni. Antara yang mendapat anugerah pada malam itu adalah Hilmi, Azizi, Khodijah dan Farhana

untuk semester akan datang, kami merancang untuk memperkasakan lagi sektor kerohanian kolej dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan lebih memberi kemahiran ahli untuk berdepan dengan dunia luar.

akhir kalam, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap ajk yg terlibat, terima kasih juga penyumbang gambar-gambar di atas(Ain), syabas kepada pemenang-pemenang anugerah pada sem kali ini harapan saya agar dapat memotivasikan ahli lain untuk terus bergiat aktif memperjuangkan agama Allah, saya juga berharap perjuangan membentuk suasana islam di dalam kampus dapat ditingkatkan lagi pada masa akan datang dengan kehadiran ahli-ahli baru yang masih dalam proses pembentukan. Sektor kerohanian kolej 12 sebenarnya terbuka kepada mana-mana pelajar upm yang berminat untuk turut serta, kami menyediakan PROBIKE(Program Bimbingan Kendiri) untuk membentuk ahli yang berkemahiran dalam menyampaikan mesej islam secara berkesan. Sila hubungi talian ini untuk informasi lanjut: 0148854599







Tiada ulasan:

Catat Ulasan