Isnin, 25 Februari 2013

analisis fakta

sekarang ni bahang PRU13 semakin terasa walaupun tarikh bubar parlimen belum lagi diumumkan. PRU13 merupakan pilihanraya kalah mati. Jika PR tidak menang, saya menjangkakan perjuangan PR akan tertangguh sekurang-kurangnya 2 atau 3 lagi PRU. ini adalah peluang terbesar pembangkang untuk menang., memandangkan ini seolah-olah peringkat kalah mati, maka kedua-dua pihak pembangkang mahupun kerajaan "All Out" utk memastikan kemenangan dipihak mereka. tidak terkecuali di UPM menjadi sasaran kerajaan untuk meraih undi, semalam buat julung-julung kalinya pihak kerajaan mengadakan program Forum dan Konsert nasyid maulidurasul di upm, sebelum ni xda plak diorang nak buat program keagamaan yg mcm ni, tetibe plak dekat2 nk pilihanraya ni baru dy buat.

waktu perasmian, ad slot utk Noh Omar bg ucapan..pastu faham2 lah, dy bkempen plak. mula-mula skali dy bgtau dlm 183 buah negara, Malaysia adalah negara paling byk bg duit kat rakyat. bijak jugak dorg ni main ayat, klu betoi pun malaysia no 1, nilainya xsama dgn negara lain..harga barang kt Malaysia ni mahal nak mampos..duit pt xsampai hujung sem dah abis. dy xbgtau plak yg malaysia ni antara negara yang paling banyak hutang. survival rakyat malaysia ni melalui hutang je, kereta hutang, rumah hutang, PTPTN pun hutang. apa la nasib~hutang negara dh 550 bilion..mati nk bayar

dpt baucer buku dekt2 pilhanraya ni biase la, stail dari dulu sampai sekarang same je.. nk pilihanraya la byk dpt bantuan. politik wang malaysia masih teruk. saya menyifatkan pemberian itu hanyalah bersifat one-off. baru 2 kali dpt, lpas pilihanraya xtau la mcm mna. kononnya nak mengurangkan beban rakyat, ni hanya mengurangkan beban rakyat dekat2 PRU je..lepas PRU bebankan balik. Kalau betol nak kurangkan beban rakyat, bukan dengan bantuan One-off, tapi bantuan yang berterusan, contohnya menurunkan harga barang. Turun harga barang akan mengurangkan beban rakyat sepanjang tahun. bukan ketika PRU sahaja.

buatlah keputusan sebaik mungkin untuk PRU13, analisis dahulu isu yg dimainkan oleh media dari dua2 belah pihak dan nilai sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan