Rabu, 10 Julai 2013

Salam Ramadhan

Alhamdulillah dipertemukan lagi kita pada ramadhan kali ini.. semoga ramadhan kali ini lebih bailk dari ramdhan sebelumnya, ambilah kesempatan ini untuk "charge" iman kita yang lemah. Semoga dipertemukan dengan "lailatul qadr"

Pesanan untuk diri dan pada semua,kurangkan makan, perbanyakkanlah amalan-amalan sunat..niatkan untuk mendapat keredhaan Allah swt. Hadis pertama dalam kitab "hadis 40 imam nawawi" , "umdatul ahkam", "sahih bukhari"  dan banyak lagi buku, telah memulakan kitab mereka dengan hadis :

"Innama a'malu binniat, wa innama likulli amri ma nawa, fa man kanathijratuhu illallah warasulilhi, fahirjatu illallah warasulihi, fa man kanathijratuhu iladunya auyusohibuha auimr'ati yatazauwujuha, fa kanathijratuhu ila ma haajaratuha"

Maksudnya: sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat, dan seseorang akan memperolehi apa yang dia niatkan. barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia telah berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa berhijrah kerana keduniaan dan keuntungan daripadanya atau mengikuti pasangannya, maka dia dapat apa yang dia niatkan

Dalam satu hadis yang lain, Nabi SAW menyebut: "sesungguhnya niat itu lebih tinggi nilainya dari amalanmu", tapi harus INGAT, bukan bermakna kita hanya perlu niat tanpa beramal seperti yang selalu dilakukan oleh ajaran sesat, tetapi hadis ini menunjukkan bertapa pentingnya kita untuk tajdid niat sebelum beramal..

Tingkat kan ibadah kurangkan juadah, anggaplah ini ramadhan terakhir kita agar kita beramal soleh dengan bersungguh-sungguh..


sumber: sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan