Sabtu, 3 Mac 2012

Aktiviti Berkayak

Hari ni kali pertama aku berkayak. Kalau tengok orang lain berkayak nampak mudah. Tapi bila dah cuba sendiri, ada teknik yang perlu dikuasai. Tapi yang penting





Isnin, 16 Januari 2012

ekonomi semasa

memandangkan byk masa terluang...xde ppe nak buat kt lcct, so nak buang masa ckit lha...sambil denga lagu nasyid bleh menaip..huhuhu..yg penting hari nie lupa smua masalah...


nk share pasal ekonomi semasa memandangakan sya berminat dalam perniagaan...sebelum ni selalu bce kat beritasemasa.com(BS) mengenai lcct2 akan dibina...melihat kepada blueprint yg dibuat untk lcct2 memei canggih la(kelate ckit)...tapi 2 blom komfem lagi cbab tony fernandez tak stuju dengan lcct2 yg memakan kos yg terlalu tinggi..

mengulas sedikit percanggahan tersebut..saya tak tau nak sokong khalid nordin atau pun nak sokong tony...tapi saya dah terbiasa dengan kepimpinan malaysia yg selalu membuat pembangunan luar kemampuan..walhal ekonomi malaysia dalam keadaan yg tidak stabil...bleh jadi bankrup malaysia jika tersilap langkah.. saya faham mengenai tujuan sebenar pembangunan mega dibuat adalah untuk mengaburkan pelabur luar mengenai kemelut ekonomi malaysia..namun langkah tersebut dengan mudah boleh dihidu dengan mudah oleh pelabur luar kerana mereka bukan bodoh..hakikatnya malaysia terus berlakon 'gah' dalam ekonomi dan akhirnya termsuk ke dalam perangkap sendiri..hanya harapan diletakkan di atas bahu pakar ekonomi malaysia yang diberi tanggungjwab agar mampu membuat keputusan yg terbaik utk masa depan negara..

untuk mencapai wawasan2020 ekonomi malaysia perlu peningkatan 6% setiap tahun...pada tahun 2009 peningatan ekonomi adalah -2%...dalam erti kata lain ekonomi malaysia menurun sebanyak 2%..yang anehnya pada tahun berikutnya (2010) kerajaan mengumumkan peningkatan sebanyak 4%...nilai yang dibentangkan itu sebenarnya agak mustahil sekali jika dilihat ekonomi Amerika syarikat yg sebahagian besar mempengaruhi ekonomi malaysia..

perdana menteri pada tahun 2010 juga turut mengadakan lawatan ke US untuk hubungan perdagangan 2 negara ini agar dipertingkatkan...Datuk Najib membawa rencana memikat pelabur dari US dalam bidang multimedia ketika dalam ucapannya di Oxford University tahun lalu dengan memberikan 10 kelebihan jika melabur di malaysia...

tahun lalu juga Datuk Najib mengumumkan simpanan wang negara berada pada tahap tertinggi dalam tempoh 50 tahun..sejauh mana kebenarannya??jika benar demikian mengapakah pakar ekonomi luar menjangkakan malaysia akan bankrup pada tahun 2019??


jamak

masjid jamek asri..brunei..

hari ni nak blik kpg da...kene la rangcang perjalanan dulu..huh..letih jgak packing pagi td..2 la ske buat keje last mnit kann..padan mke..hahha...bru 2 jam tido semalam...tido kol 4 , bgun pkul 6 pastu trus packing..

anyway..hari ni nk ingtkan diri sendiri tentang ilmu agama yg byak dh terlupa(astaghfirullahalazim..) berkenaan dengan solat jamak memandangkan da lama xde klas agama...bleh la apply bg spe2 nak bermusafir..hukum bagi jamak dan qasar adalah harus.. perkongsian ni tidak lengkap..untuk yang lebih lengkap cari sumber lain...tak larat nak tulis panjang2

syarat untuk jamak dan qasar;
-perjalanan melebihi 2 marhalah; pandangan ulama' bercanggah mengenai jarak ini, ada yang mentafsirkan sbanyak 45 batu, 48 batu, dan 60, batu..jadi untuk lebih selamat kita gunakan 60 batu...menurut buku teks pendidikan islam tingkatan 3, ia bersamaan dengan 90km..
-tujuan musafir adalah bukan untuk maksiat..
-menurut buku 'indahnya hidup bersyariat' karya ust ismail kamus..beliau tidak menyatakan perlu melimpasi sempadan seperti yang terdapat dalam buku teks pendidikan islam tingkatan 3(sila bagi pandangan bagi yang lebih arif)..
-masih dalam musafir ketika menunaikan solat jamak dan qasar..hanya boleh qasarkan jika perjalan tidak melibatkan dua waktu

tapi sedikit persoalan mengenai solat jamak qasar ni adalah;
-menurut buku 'indahnya hidup bersyariah' tidak boleh berimamkan yang solat tamam(sempurna); dulu ketika saya menghadiri kursus nadwah kepimpinan islam kebangsaan di Perlis, kmi diajar bleh untuk berimamkan orng yang solat tamam..untuk lebih selamat saya menggunakan teori ust ismail kamus...
-bagi sesiapa yang yakin untuk berimamkan orang yang solat tamam adalah sah anda boleh lah berbuat demikian...

-len2 info bleh cari sendiri ye..wallahu'alam..