Khamis, 26 Disember 2013

Sayonara 2013

sumber gambar: sini


Cukuplah perjalanan masa yang kian pantas ini menjadi pengajaran untuk kita semua pada akan datang, seakan-akan dunia terhenti sambil masa terus berjalan, demikianlah gambaran kepantasan masa yang berlalu kerana kealpaan diri.


Tanpa disedari 2013 sudah sampai kepenghujungnya, hanya tinggal setahun 6 bulan untuk aku menghargai apa yang aku miliki dibumi UPM sehingga setakat ini, samada saudara terdekat, sahabat-sahabat, ilmu, suasana mahupun pengalaman. Namun aku sering lupa semua itu, aku terperangkap dengan kebiasaan manusia, iaitu manusia yang menyedari nilai sesuatu perkara hanya bila ia sudah tiada lagi. Aku kesal akan ia, tapi aku juga sering lupa akan ia.

2013 mengajar aku pelbagai bentuk kesakitan. Dan aku melalui zaman tua yang lebih awal apabila aku lari daripada segala bentuk kesakitan tersebut dan aku mengambil pengajaran lalu agar aku tidak mengalami kesakitan yang sama lagi. Hasilnya aku kembali ke tampuk yang lama, aku tidak membangun walau seinci bahkan mundur kebelakang. Bentuk penulisan, pergaulan, tahap pemikiran ternyata membawa aku kezaman 'retro' buat diriku.

Aku mengakhiri 2013 dengan tenang, tanpa rasa sakit. Penghujung 2013 membawaku ke ruang santai yang lebih tenang, semua kerna aku lebih waspada dengan kebarangkalian untuk mendapat kesakitan berdasarkan pengalaman lampau. Namun sifat pengecut telah wujud di dalam sifat ke-tua-an ini. Mudahnya, aku tenang dalam kekalahan. Kekalahan dari segenap sudut. Namun, harus aku akui pengalaman ini mendewasakan aku dan sudah menjadi sebahagian daripada hidupku, bahkan membentuk identiti baharu dalam pembawaan hidup masa akan datang.


Hanya aku memahami isi hatiku. Kerana aku yang menjalani hidupku, kerana aku memiliki hatiku sendiri. Namun Allah jauh lebih tahu dari apa yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui. Semoga diberi kekuatan untuk meneroka ruang dan waktu dibumi ini sebagai hamba Tuhan.


Aku simpulkan bahawa masa tidak pernah berlalu dengan lebih pantas. Aku sering melihat edaran waktu, aku sering memerhati putaran jam, tetap perjalanan waktu adalah sama pantas. Cuma kealpaan manusia yang menyebabkan kita lupa yang masa itu wujud dan masa itu sentiasa berjalan. Semakin kita merasaka masa itu singkat, ia bermakna kita semakin banyak melakukan kelalaian dan alpa.

Musafir tegar.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum :)
    Selamat tahun baru :) Semoga tahun ini, dapat menambahkan amalan kita & memenuhi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. :)
    *jemput jenguk blog* :)

    BalasPadam