Khamis, 5 April 2012

dua rakaat di udara


sumber: iluvislam.com

Solat dalam kapal terbang
Pernah x try solat dalam kapal terbang??klu xpernah jom layan citer aku baru2 ni

Setelah satu semester berhempas-pulas meneruskan perjuangan, tiba pula masanya untuk merehatkan minda berkumpul semula dengan keluarga yang dirindui..dalam perjalanan pulang tempoh hari, buat kesekian kalinya aku menunaikan subuh di dalam kapal terbang!

Aku mula beratur di barisan Check in, Gate F pada pukul 4.30 pagi. Memandangkan pesawat ke Brunei berlepas pada pukul 6:30 pagi, aku berhasrat untuk check in awal dengan harapan dapat menunaikan solat di dewan pelepasan..namun sebaliknya berlaku apabila barisan terlalu panjang dan aku terpaksa menunggu lama untuk penumpang ke Brunei dipanggil. Memandangkan aku menggunakan pelepasan antarabangsa, di situ turut dikumpul bersama penumpang ke Vietnam, China, Loas, Indonesia, Bangkok dan sebagainya..aku masih ingat lagi pesawat pertama yg berlepas pada hari itu adalah ke Guangzhou, China pada pukul 5:30 pagi…pada masa itu aku dah risau bila gate ke Brunei akan dibuka..

Pada pukul 6:00 pagi gate antarabangsa dibuka serentak dan terpaksa beratur panjang untuk pemeriksaan imegresen. Memang lcct yg ada sekarang tidak mampu menampung jumlah penumpang yang semakin bertambah. Ini menyebabkan aku sakali lagi beratur panjang..

Selesai pemeriksaan imegresen, tanpa sempat duduk di dewan pelepasan, panggilan terakhir untuk penumpang ke Brunei diumumkan..huhu..tak sempat la nak sembahyang subuh
6:30pagi pesawat pun berlepas, rasa memang tak sedap hati sebab tak sembahyang subuh lagi..sejurus selepas tanda tali pinggang keselamatan dipadamkan, aku cepat-cepat menuju ke tandas untuk mengambil wuduk..aku kena cepat sebab semakin tinggi kedudukan, semakin mudah nampak matahari, semakin cepat waktu subuh berakhir..

Mengenai kiblat, aku tak tau kiblat arah mana..so aku juz duduk kt kerusi ..nak berdiri memang x boleh..pramugari lalu-lalang…nasib baik ada rukhsah solat untuk memudahkan musafir..
Aku dapat rasakan orang cina yg duduk sebelah aku hairan melihat gelagat aku yg tunduk-bangun-tunduk..haha..biarkan dorg..pedulikanlah apa yg dorng pke…yg penting solat beressss…

Tidak sampai 3 minit selesai solat subuh, bila aku usha kat luar dah nampak terang..nasib baik bertindak pantas…
wasalam..

Ahad, 18 Mac 2012

aku anti MLM

entry minggu ni berkaitan isu yang kian panas dalam kalangan mahasiswa..semakin ramai yang menjadi mangsa kepada MLM..

sebelum kita pergi lebih jauh, MLM bermaksud multi-level-marketing..pelbagai jenis perniagaan MLM yg terdapat di malaysia..tetapi yg paling aktif dalam kalangan mahasiswa adalah score-A dan infinity downline(melalui facebook)..

sistem MLM?
ahli baru akan membayar sejumlah wang kepada orang atas untuk menyertai MLM..dan orang ats mendapat sedikit habuan dan selebihnya akan diberi kepada yg lagi atas..nak senang faham tgk gambar dibawah..paling atas menjadi paling untung,,




dalam seminar keusahawanan yg saya hadiri di UIA Gombak tahun lalu, penceramah tidak mahu mengulas lanjut mengenai perniagaan MLM...beliau tidak juga membangkang mahupun menyokong MLM..

bagaimana seseorang boleh terlibat dengan MLM??
baru kurang seminggu yg lepas aku menghadiri ke kelas MLM...sebenarnya aku di ajak untuk menemani kawan untuk keluar..tapi tiba2 menyimpang ke tpt lain... aku mmg dah dpt agak mesti ni berkaitan MLM..sebab aku dah pernah pergi sekali dengan cara yg lebih kurang sama, diajak untuk keluar kononnya nak jumpa kawan-kawan...tapi aku pergi juga sebab dah terlanjur berjanji..

ada apa dengan kelas MLM?
dalam kelas MLM pula sejak dari mulanya ceramah tersebut sehingga akhir mereka bermain dengan psikologi..aku puji kemahiran mereka, mereka benar-benar terlatih!!dalam 25 orang yg hadir ada lebih kurang 4 orang yg menjadi mangsa(termasuk aku) dan selebihnya adalah pelakon tambahan untuk menggempakkan lagi ceranah tersebut..


aku perasan dari awal permainan psyikologi yg mereka gunakan..bermula dengan membuat pendengar memasang 'cita-cita' yg tinggi, lpas 2 dengan menakutkan pendengar dengan risiko pengangguran dalam dunia pekerjaan, dan akhir sekali menawarkan 'pakej penyelamat' dengan menyertai MLM..

kepada yang mudah gelabah dan tidak berfikir panjang sudah pasti mereka dengan mudah terjerat dalam perangkap kata2 manis penceramah MLM yg kononnya memberi pendapatan lumayan sehingga rm6000 sebulan, ada yg mencecah rm30000 sebulan..dengan berbekalkan beberapa model yg telah berjaya dalam MLM sebagai role model, mereka dengan lantang mempromosikan MLM..

padahal yg berjaya itu hanya beberapa orang..yang kecewa ataupun menjadi mangsa tipu terlalu ramai disembunyikan dengan penuh teliti..aku masih ingat lagi pada malam itu rata-rata yang telah lama menyertai MLM berlagak kaya..haha..padahal dompet nipis..guna duet PT...kereta yg aku naiki pun minyak empty..lepas 2 isi minyak 5 ringgit..hahaha..mcm isi minyak moto..adoi..dorg semua bajet kaya untuk membuktikan bahawa bisness ini benar-benar berhasil..

penceramah juga turut memperlihatkan segala kekayaan yang ada.. ipad penceramah di letak di tempat yg boleh dilihat oleh semua org..show off pula dengan cita-cita 'nak insyaallah' pergi umrah dengan mak ayah bulan 6 guna duit MLM..hampeh sangat..semua lakonan boleh aku bca dengan mudah..bagitau pula ada kereta 4 tayar(padahal kancil je)!!

sebenarnya ak tak boleh mendedahkan perkara ini kepada orang ramai kerana ada peraturan yg perlu aku patuhi(golden rule) iaitu merahsiakan MLM ni kepada orang yang tidak berkenaan..tetapi saya tak nak ramai lagi yg terperangkap dalam MLM...bukan kita yg jadi kaya tetapi dorang jadi lebih kaya..

selepas kelas MLM??
selesai kelas MLM dalam 2 jam..mereka bermati-matian memujuk aku..dari awal lagi mereka katakan mereka tidak memaksa..memang mereka tidak memaksa secara direct..tetapi mereka memaksa secara halus..bagi hati yg tidak kental pasti terjerat...mereka bijak memutarbelitkan ayat..bijak mencari point sebagai hujah menjadi bahan pujukan..2 orang besar MLM dalam kelas itu turut memujuk aku namun aku tetap dengan pendirian untuk tidak menyertai..aku sangat kerugian masa pada malam itu untuk menghadiri kelas 'menipu orang'..tapi lebih ok dari yg rugi ratusan ringgit..susah jugak nak lari dari 'paksaan' dorg...huhu..hampir 1 jam dorg pujuk..


hukum MLM??

setakat ini belum ada lagi fatwa rasmi yg menyatakan bahawa MLM itu halal mahupun haram..mungkin kewujudan mlm ni tidak sampai pengetahuan dorg ataupun masih dalam perbincangan, ataupun aku yg tidak tahu-menahu kewujudan fatwa tersebut..harapnya pihak ijmak ulamak dapat melakukan sesuatu mengenai MLM..

jika MLM halal dalam islam, saya ingin meragukan beberapa perkara:
1. terdapat unsur riba, pendapatan diperolehi adalah daripada ahli yang baru menyertai MLM..bukan dari produk yang dijual.. yang di atas semakin kaya..yang di bawah tertindas..
2. peniagaan ini bertarung dengan nasib..kalau kita yg terakhir tertipu maka rugilah kita..kalau ramai lagi yg kita boleh tipu maka untunglah kita..
3. unsur penipuan..saya diajak untuk keluar hanya untuk menemankan 'dia'..tiba2 tukar arah xtau pgi mana masuk kelas MLM...perniagaan islam menitikberatkan soal kejujuran..pernah suatu ketika imam ghazali pergi berniaga bersama pekerjanya..semasa membuka karung barang jualan pekerja nya mengucap bismillahirahmanirahim sehingga boleh didengar..lalu imam ghazali bertanya kepada pekerjanya itu;'mengapa menyebut bismillahirahmanirrahim dengan kuat??' lalu perkerjanya menjawab;'supaya orng tahu yang kita ni peniaga yg jujur'..lalu imam ghazali mengarahkan pekerjanya itu untuk menutup kedai pada hari tersebut..lihat bertapa jujurnya islam mengajar kita berurusan jual beli..

sasaran MLM score-A?
MLM mensasarkan mahasiswa yg baru mengenal dunia..lebih-lebih lagi yg datang jauh dari kampung..yg xpernah tahu dalam mengenai MLM..ramai yg telah terbazir masa dan wang ringgit untuk MLM tetapi pengakhirannya mereka tidak dapat satu sen pun..

rupa-rupanya ramai lagi dah terjerat dengan MLM..rasa sangat terkilan bila kawan rapat pun rupanya dah terkena..tetapi mereka diam disebabkab golden rule yg ditetapkan..

wallahua'lam..

Sabtu, 3 Mac 2012

Aktiviti Berkayak

Hari ni kali pertama aku berkayak. Kalau tengok orang lain berkayak nampak mudah. Tapi bila dah cuba sendiri, ada teknik yang perlu dikuasai. Tapi yang penting