Sabtu, 7 September 2013

masalah dalam komputer #3

bagaimana cara untuk meng'install' windows menggunakan external storage?

notebook dan sebahagian laptop tidak memiliki CD driver. jadi mereka perlu membeli external disc drive untuk install windows dengan harga lebih kurang rm150..tapi ada cara mudah untuk install windows tanpa menggunakan CD.. dan hanya dengan menggunakan pendrive ataupun external hardisk

pertama, anda perlu menyambung pendrive ke komputer anda..minimum kapasiti adalah 3.7GB..biasanya hanya pendive 8GB yg boleh digunakan kerana pendrive 4GB hanya berkapasiti 3.6GB..seterusnya, klik butang start dan taip "cmd".. tekan right click dan pilih "run as administator".. maka cmd akan terpapar di komputer anda..

taip 'diskpart' dan ia akan mengeluarkan version dan nama komputer anda, kemudian taip "list disk" dan ia akan menyenaraikan semua storage dalam komputer anda termasuk pendrive dengan label disk 0, disk 1, disk 2 dan seterusnya..

diantara semua disk yang disenaraikan pilih disk nombor pendrive anda. lihat kapasiti yg lebih kurang 8GB jika menggunakan pendrive 8GB..contohnya disk 1.. jadi taip "select disk 1" lepas tu taip "clean", pastu taip "active" dan akhir sekali "format fs=ntfs"..dan waktu pertukaran format ini mengambil masa sedikit..tapi kalau menggunakan kapasiti yang lebih besar, contohnya anda menggunakan external hardisk, anda akan mengambil masa yang lama, lebih kurang 3-4 jam..tapi jika menggunakan pendrive 8GB, hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit..

selepas selesai pertukaran format.. taip "assingn" dan "exit".. tapi belum siap lagi..tutup cmd dan copy installer windows dan paste ke dalam pendrive tadi..

sambungkan pendrive tadi ke komputer yg akan diformat, dan switch on komputer dan tekan "del"..anda akan masuk ke factory setting yang berwarna biru atau hitam..pilih "boot option" dan kemudian "boot priority"...jadi pindah pendrive ataupun external hardisk yang paling atas.. seterusnya pilih "save and exit"..

akhir sekali install la windows mcm biasa seperti yg di ajarkan pada post sebelum ini.. selamat mencuba ^^

proses diskpart


Tiada ulasan:

Catat Ulasan