Sabtu, 3 Mei 2014

Jumaat

Semalam berkesempatan melihat gelagat seorang abang cilik (lingkungan usia 11-12tahun) duduk mendengar khutbah jumaat bersama adiknya yang berusia lingkungan 5 tahun.

Melihat gelagat ini saya teringat zaman kanak-kanak saya sendiri. Keadaan yang lebih kurang sama ketika saya masih darjah 5. Saya diberikan amanah oleh ummi untuk menjaga adik ketika solat jumaat. Memandangkan adik ketika itu baru berumur 4 tahun, tidak banyak yang diketahuinya. Dia hanya mahu mengikut sahaja apa yang kami lakukan, jika ditinggalkan dia menangis. Kebiasaannya, adik saya akan tertidur ketika khutbah dan saya biarkan berbaring disebelah saya. Dia hanya akan dikejutkan selepas selesai solat jumaat. Apa yang patut dipuji adalah sifat adik saya yang tahu menghormati masjid. Dia akan duduk diam dan tidak berbuat bising. Pernah juga satu keadaan dimana saya terpasa menukarkan lampin adik ketika khutbah.

Pengajaran yang boleh diambil adalah perlu membiasakan anak-anak dengan amanah, bila sudah terbiasa diberi amanah pasti dia akan lebih dewasa. Dewasa tidak diukur dengan dengan usia tetapi diukur dengan kemampuan memikul amanah.


sumber gambar: twitter
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan