Khamis, 8 Mei 2014

Pujangga

Banyak perkara yang berlaku tidak seperti yang kita inginkan. Bahkan  lebih kerap berlaku yang kita tidak inginkan berbanding dengan apa yang kita inginkan. Kita merancang seberapa teliti perlajanan kehidupan tetapi tetap sebaliknya berlaku. Kita pastinya mahu kebahagiaan sepanjang menjalani hidup seharian. Kita mahukan hidup tanpa kegusaran hati yang seringkali membuatkan langkah menjadi longlai. Kita mahukan hidup tanpa kepenatan sepanjang memikul amanah untuk meneruskan hari esok yang panjang. Kita juga tidak mahu hidup dalam kesedihan, kesedihan yang seringkali membawa kepada futur dalam jalan juang.

Mungkin benar pujangga daripada Prof HAMKA, bahawa jalan menuju bahagia itu tidak ditaburi bunga mawar yang wangi, tetapi penuh dengan duri dan kepahitan. Kadang-kadang terasa penat melangkah dalam kehidupan. Mungkin ini hakikat kehidupan, kita belajar menerima sekuat mana arus yang datang, adakalanya kita mengikut arus kehidupan setelah penat melawan. Hidup terbiasa dengan kesakitan, kepahitan dan segala bentuk halangan.

Oleh itu berbahagialah dalam keletihan, keletihan kita dalam melawan arus kehidupan. Berbahagialah tatkala musibah melambung ombak kehidupan. Kerana disetiap gelap malam pasti ada mentari menyinari dipengakhirannya. Kerana semakin pahit perjalanan yang kita lalui, semakin tinggi nilai kebahagiaan yang menanti dihujung perjalanan.

gambar hiasan
sumber: twitter


Tiada ulasan:

Catat Ulasan