Sabtu, 31 Disember 2011

selamat tinggal 2011




Tahun 2011 hampir sampai ke penghujungya. Tanpa kita sedari, kita hari ini sedang mengharungi hari terakhir bagi tahun 2011. Bagaikan baru semalam bergelak ketawa bersama 'geng' Kolej Matrikulasi Labuan khususnya f3t13 dan sahabat al-irfaan. Suasana yang sepatutnya tegang dek kepadatan masa di matrikulasi menjadi suasana yg penuh tawa ceria dengan ada mereka yang menemani setiap langkah disisi. Sehingga terlupa akan bebanan yg terpikul.


Sahabat al-irfaan




Kelas F3T13

Apapun ingin saya ucapkan penghargaan kepada semua yang menjadi watak penting mahupun watak sampingan yang hadir melengkapi pejalanan dihidupku sepanjang 2011. Pertemuan kita berkahir sementara, cuma yang kekal ada adalah kenangan. Teringat kata-kata ayah, pada hari terakhir persekolahan selepas arjah 6, lebih kurang 7 tahun yang lalu. Ketika itu dalam perjalanan sebelum sembahyang jumaat. Ayah berkata 'Jangan sesali perpisahan kerana perpisahan itu pasti akan berlaku, tetapi sesalilah pertemuan kerana dengan pertemuan maka berlakulah perpisahan'. Saya ketika itu sudah mengerti makna perpisahan, bukan sekadar makna, tetapi juga penghayatan.

Masa terlalu singkat untuk menghayati saat-saat yang manis dalam tahun ini. Alangkah baiknya jika saat yang manis itu sentiasa bertahan sampai bila-bila. Namun segalanya sudah menjadi lumrah hidup, yang pahit akan tetap menjadi perisa dalam menjalani kehidupan seorang insan biasa. Bahkan kerana kepahitan itu, kita lebih merasai nikmatnya kemanisan.

Tahun ini juga telah memenuhi beberapa harapan yang dahulunya selalu menjadi angan-angan dan coretan semata-mata. Kini pada penghujung tahun 2011, impian yang dahulunya berbentuk maya kini direalisasikan dalam hidup. Seolah-olah tidak percaya yang saya sudah melangkah jauh dalam perjalanan hidup. Harapan saya cuma perjalanan itu tidak terhenti di sini. Masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Masih byak yang perlu dibaiki.

Tidak pernah terpadam kenangan pahit pada tahun 2011. Namun setelah ia seakan-akan hampir tamat, timbul pula rasa rindu akan kepahitan itu. Ingatlah bahawa segala yang pahit itu indah dalam kenangan. Oleh itu janganlah takut pada benda yang pahit kerana ia akan menjadi lebih manis apabila semuanya berakhir.

Juga kenalan baru setelah menjejakkan kaki ke upm, khususnya, sahabat dalam jurusan Kimia Petroleum, semoga perjalanan kita selama 4 tahun mendatang akan lebih mematangkan kita dalam memperlajari erti kehidupan dan dalam menuntut ilmu pengetahuan.


BS(K)-Kimia Petroleum



Semoga tahun 2012 mampu diharungi dengan lebih matang dan tabah kerana 2012 bakal menyaksikan episod hidup yang baru sebagai mahasiswa. Satu kehidupan yang memerlukan tahap survival yang tinggi, juga memerlukan jati diri untuk mengekalkan entiti diri sebagai seorang islam sejati. Bukan terpengaruh dengan kehidupan sosial kehidupan kampus.

2012 bakal membawa satu fasa hidup dimana saya bakal meninggalkan status remaja belasan tahun. Umur 20 tahun pada tahun 2012 merupakan fasa baharu dalam hidup. Merupakan satu titik tanda dalam kedewasaan sebagai seorang anak, juga seorang penuntu ilmu. Umur semakin tua tetapi belum banyak yang mampu disumbangkan.

4 ulasan:

  1. ohhh dan tidak lupa keapda sahabat sejati.. dari KTDTHB hingga ke matrik seterusnya bersama2 juga di UPM.. Haziqah dan aisyah!! Hhahahahhaha have a good day bro..

    BalasPadam
  2. haha..tqvm...sahabat forever...

    BalasPadam