Ahad, 4 Disember 2011

tugasan Titas

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


Nama Kursus: SKP2203

Tarikh: 26/11/2011

Tajuk Tugasan:

Ulasan Jurnal

‘FAKTOR KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM:

PENGAJARAN DARI MASA LALU’

Abdullah Mu’iz bin Yusop, 161143, Bac Sains(K) major kimia petroleum

Nama Pensyarah:

Ust. Sukki Othman

JABATAN PENGAJIAN KENEGARAAN DAN KETAMADUNAN

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SERDANG 43400, SELANGOR

MALAYSIA.


ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN: m/s

Penghargaan……………………………………………………………………………2

Pengenalan dan Latar belakang Kajian…………………………………….3

Objektif Am dan Objektif Khusus………………………………….…………..4

Pernyataan Masalah………………………………………………………………..5

Kaedah Penyelidikan………………………………………………………………..6

Kepentingan Kajian…………………………………………………………………..7

Limitasi Kajian…………………………………………………………….……………8

Analisis Kajian…………………………………………………………….……………9

Kesimpulan atau Rumusan………………………………………………………13

Rujukan Daripada Buku Yang Muktabar………………………………….14

Penekanan diberikan kepada elemen yang terpenting………………16

Pencapaian Objektif Penyelidikan ……………………………………………15

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi, tuhan sekalian alam kerana dengan limpahan kurnia-Nya dapat saya menulis dan menyiapkan sebuah ulasan jurnal setelah kajian dibuat selama sebulan.

Juga tidak lupa kepada ibu yang tercinta, Norfajariah Bte Abdullah yang selalu mendukung dan memberi semangat untuk terus berjuang dalam hidup yang penuh dugaan dan ujian. Tidak dilupakan kepada ayah, Yusop Abdurahim yang selalu tabah menyuburkan kehidupan kami sekeluarga.

Sekalung penghargaan kepada Ust Sukki Othman yang banyak memberi tujuk ajar kepada saya dalam proses untuk menyiapkan ulasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi pandangan dan pendapat mengenai jurnal ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih juga dirakamkan kepada penulis jurnal tersebut, Khalif Muammar dari Universiti Kebangsaan Malaysi,a rakan-rakan yang sedia memberi pendapat dan pandangan yang sekaligus membantui saya menyiapkan ulasan jurnal ini.

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

Jurnal ini bertajuk ‘Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran dari Masa Lalu’ yang ditulis oleh Khalif Muammar dari Universiti Kebangsaan Malaysia

Berdasarkan jurnal tersebut penulis telah menggambarkan latar belakang masyarakat islam terutamanya di Andalusia, sebuah negara islam yang sangat gemilang suatu ketika dahulu. Jurnal ini juga banyak memetik kandungan dari buku ilmiah yang lain seperti Al-Muqaddimah, The Moors in Spain, Absolutisme dan Watak Pasrah Penghalang.

Dalam kandungan abstak jurnal tersebut, penulis memberi gambaran keseluruhan faktor-faktor kemajuan tamadun islam pada masa lalu agar mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Dalam abstrak tersebut juga penulis menyatakan untuk menumpukan aspek pembangunan insan yang menyeluruh, pemerkasaan identiti dan jati diri umat islam melalui tauhid, ketinggian budaya ilmu dan aspek-aspek moral seperti ketinggian akhlak, keadilan dan kebijaksanaan pemimpin.

OBJEKTIF AM DAN OBJETIF KHUSUS

Antara objektif bagi menjalankan kajian dan ulasan jurnal ini adalah:

1. Mengetahui faktor-faktor kegemilangan tamadun islam

2. Mengetahui sumbangan tamadun islam dalam bidang ilmu

3. Mengkaji sejarah kehebatan dan keunggulan Andalusia

4. Mengetahui fakta tentang kepimpinan di Andalusia

5. Mengkaji peranan pemimpin dalam pembangunan ilmu

6. Mengkaji para peranan para cendikiawan.


7.

PERNYATAAN MASALAH

Jika dilihat keadaan umat islam ketika ini, pastinya kita melihat akan suatu kaum yang seakan-akan tiada halatuju. Umat islam pada masa kini mundur dalam segenap bidang ilmu, sahsiah dan ekonomi. Perkara ini jauh sekali dengan apa yang digambarkan suatu ketika dahulu ketika kegemilangan tamadun islam. lalu muncul persoalan di minda saya di manakah silapnya?

Sedangkan Allah S.W.T ada berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) …”

Berdasarkan ayat ini Allah telah menciptakan umat nabi Muhammad ini adalah sebaik-baik ummah yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Tetapi sejauhmana kita menepati ciri-ciri ummah yang terbaik?

Oleh yang demikian, saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit kajian mengenai permaslahan ini sehingga menemukan saya dengan sebuah jurnal yang bertajuk ‘Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran dari Masa Lalu’. Dalam ulasan ini saya merungkai sedikit sebanyak faktor kegemilangan islam suatu ketika dahulu dan mencari dimana silapnya umat islam sehingga satu tamadun yang sangat agung, seakan-akan tidak boleh ditumbangkan oleh mana-mana empayar lain, tetapi akhirnya musnah dan hanya tinggal nama.

KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah penyelidikan dalam jurnal ini dilakukan dengan beberapa cara. Salah satu kaedah yang digunakan adalah mencari maklumat tambahan daripada laman-laman sesawang yang berkaitan untuk menjadi bahan rujukan.

Seterusnya, saya juga meminta pendangan daripada rakan di kelas untuk memberi sedikit ulasan berdasarkan sudut pandangan mereka yang pastinya ada sedikit perbezaan antara satu sama lain . Di samping itu, saya juga merujuk buku-buku ilmiah yang berkaitan tentang jurnal tersebut.

KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian jurnal adalah untuk membuka minda umat islam tentang bertapa kita ketinggalan dari banyak aspek kemajuan. Melihat kepada penindasan yang dilakukan terhadap umat islam pada masa kini, khususnya dibumi suci Baitul Maqdis, saya merasakan bertapa pentingnya untuk mengembalikan kedaulatan islam melalui sejarah islam itu sendiri agar kegemilangan islam itu dapat dicapai semula.

Kajian ini juga untuk menyedarkan umat islam sendiri tentang tanggungjawab mereka untuk mengulang kembali kegemilangan umat islam suatu ketika dahulu. Ramai yang beranggapan bahawa untuk mengulangi kegemilangan sinar islam itu adalah sesuatu yang mustahil jika melihat keadaan umat islam zaman sekarang. Memang benar ianya agak mustahil, tapi bagi saya ia akan kekal mustahil selagi tidak ada langsung langkah pertama untuk memulakan misi tersebut. Oleh itu, saya menyifatkan kajian terhadap jurnal yang bertajuk ‘Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran dari Masa Lalu’ ini sangat-sangat penting sebagai langkah permulaan ke arah mengembalikan kegemilangan islam.

LIMITASI KAJIAN

Limitasi kepada kajian jurnal ini yang paling utama adalah dari segi masa kerana saya sendiri perlu membahagikan masa untuk perkara lain khususnya dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Namun demikian, ia dapat diatasi dengan membahagikan tugasan ini kepada beberapa fasa agar boleh memberi komitmen terhadap perkara yang lebih penting.

Di samping itu, kekurangan bahan rujukan juga membantutkan perjalanan kajian jurnal ini kerana agak sukar untuk mencari bahan rujukan yang bersesuaian diperpustakaan sekaligus memakan masa yang lama dalam mencari bahan rujukan.

ANALISIS KAJIAN

Sememangnya unik sekali kewujudan tamadun islam kerana ia lahir di suatu padang pasir yang kering dan gersang, ia berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang lahir di lembah sungai seperti sungai Nil. Tidak ketinggalan juga ia wujud dalam satu kelompok masyarakat yang penuh dengan kejahilan. Namun demikian, keunggulan tamadun ini sudah tidak dapat disangkal lagi oleh pengkaji sejarah. Hal ini kerana tamadun islam boleh dikatakan sebagai pelopor kepada ketamadunan.

Di dalam penulisan jurnal tersebut banyak berkisar tentang kecintaan terhadap ilmu di setiap lapisan masyarakat termasuk golongan pemimpin sendiri. Penulis juga menggunakan Andalusia sebagai contoh tamadun islam yang kemilang. Antara petikan dalam jurnal tersebut yang menggambarkan kegemilangan Andalusia adalah:

‘Andalusia hanya salah satu pusat kebudayaan dari banyak lagi pusat

kebudayaan yang dibina oleh kerajaan Islam. Andalusia sering diangkat sebagai

model terbaik kerana meninggalkan kesan dan warisan yang luar biasa sehingga

ke hari ini. Ia juga dianggap besar kerana telah membukakan pintu kemajuan

bagi tamadun Barat…..’

Faktor utama yang mendorong kepada kegemilangan tamadun islam adalah kesan peninggalan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang menekankan pembangunan insaniah dalam kalangan umat islam. Rasulullah telah membina generasi yang unggul dari segi akhlak dan aqidah yang menjadi aset penting kepada kegemilangan tamadun islam dan Rasulullah sama sekali tidak menekankan aspek lahiriah. Setelah berhasil membina individu yang unggul, ini mendorong kepada kemampuan individu tersebut untuk membawa misi pembanagunan tamadun islam.

Selain itu, saya amat bersetuju dengan penulis beranggapan bahawa kerajaan yang bijaksana merupakan unsur terpenting dalam kejayaan sebuah tamadun. Kerajaan islam ketika itu sangat menekankan pembangunan ilmu. Sultan Abd-Rahman b Mu’awiyah al Dakhil telah membina perpustakkan yang besar dengan hartanya sendiri. Beliau memiliki 400,000 buah buku. Al-Hakam telah membina university di Andalusia bahkan menjadi penaung yang membiayai kegiatan ramai sarjana dan saintis Andalusia. Maka hasil kebijaksanaan pemimpin ketika itu , kota Kordoba memiliki 600 buah masjid, 900 tempat mandi awam, 50 hospital, dan beberapa pasar perniagaan dan perdagangan. Di kota Kordoba juga, sesorang boleh berjalan di waktu malam sejauh puluhan batu kerana diterangi lampu. Hanya 700 tahun kemudian hal ini berlaku sebagai inovasi besar di London dan Paris.

Penulis mengambil sedikit kata-kata dari para pengkaji sejarah daripada barat yang mengatakan mengatakan kebijaksanaan barisan-barisan pemimpin di Andalusia;

Andalusia, Abd al-Rahman III, digambarkan sebagai berikut (Gayangos

1843):

“...penguasa yang lemah lembut dan paling berpengetahuan.

Kelemahlembutannya, kemurahan hatinya, dan kecintaannya

akan keadilan telah menjadi buah mulut di mana-mana; tidak

seorang pun dari anak cucunya pernah melampaui dia dalam

hal keberanian di medan tempur dan keunggulan lainnya yang

menjadikan dia sebagai seorang penguasa yang cekap dan

dicintai; ia mencintai ilmu dan disegani oleh orang terpelajar.

Dengan orang-orang inilah ia gemar melakukan pembicaraan,

menghabiskan masa yang ia curi daripada pekerjaan

pentadbiran. Di istananya ia mengadakan pertemuan sastera

yang dihadiri oleh semua penyair terkemuka dan orang-orang

terpelajar.”

Tradisi kepimpinan yang bijaksana inilah yang ditanam oleh kerajaan islam ketika itu sehingga menjadi tamadun yang agung. Al-Mawardi (975-1059) dalam bukunya al-Ahkam al-Sultaniyyah menggariskan 6 sendi utama dalam yang mesti wujud dalam sebuah pemerintahan islam: penghayatan islam yang mendalam, penguasa yang berwibawa, keadilan yang menyeluruh, kemanan, kesuburan tanah, dan harapan kelangsungan hidup.

Penulis juga berpendapat bahawa ketinggian budaya ilmu umat islam juga salah satu sebab kegemilangan tamadun islam. Umat islam di Andalusia sememangnya terkenal dengan budaya ilmu yang meluas. Ini membolehkan umat islam yang menjunjung tiggi nilai-nilai ilmu memimpin masyarakat dunia. Budaya ilmu adalah budaya yang dihiasi olehh kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak. Sesiapa sahaja, baik raja, pemimpin, atau rakyat kecil, akan berfikir dahulu sebelum bertindak tanpa dipengaruhi oleh emosi, perasaan marah, atau angkuh. Antara ciri masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu adalah para pembesar yang dekat dengan rakyat untuk menjadi agen perubahan dan pencerahan. Selain itu, penghormatan terhadap kepakaran untuk setiap keputusan yang dibuat juga perlu dalam membudayakan ilmu. Di samping itu, segala persoalan dibahas dengan penuh bijaksana dan matang. Pemilihan seorang khalifah juga berdasarkan ketinggian ilmu, akhlak dan kemampuan. Masyarakat yang berbudaya ilmu juga mempunyai pemikiran yang cerdas, maju dan terbuka. Mereka hanya menerima sesuatu pandangan berdasarkan kekuatan hujah dan ilmu semata-mata. Seterunya, masyarakat yang berbudaya ilmu juga adalah masyarakat yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang mantap. Mereka berpegang pada prinsip dan nilai yang berlandaskan pandangan alam dan agama. Mereka tidak terpengaruh dengan mana-mana unsur negatif.

Faktor yang setrusnya, penulis menyebut tentang pemerintahan yang adil merupakan rahsia penting kegemilangan Andalusia. Amat jelas sekali dalam lipatan sejarah bahawa pemimpin Andalusia itu dibarisi oleh pemimpin-pemimpin yang adil. Perlu kita fahami bahawa keadilan bukan hanya satu konsep berkaitan dengan pemerintahan dan politik semata-mata. Adil yang dimaksudkan termasuklah dalam kehidupan. Penulis mengulas lanjut perkara ini dengan memberi contoh pemerintah yang tidak adil (al-Hakam I) dalam melaksanakan hukuman sehingga berlaku pemberontakan. Ibn Khaldun juga mengatakan dalam tuluisanya bahawa kerajaan yang zalim merosakkan pembangunan Negara.

Akhir sekali, penulis turut memuatkan sedikit huraian mengenai faktor kemerosotan dan kejatuhan Andalusia sebagai pengajaran umat islam masa kini. Penulis berpendapat bahawa kerajaan Andalusia diambang kejatuhan setelah pemerintahan dinasti Umawiyyah, banyak perpecahan berlaku ketika ini di samping tekanan dari luar iaitu serangan bertubi-tubi dilakukan oleh kristian untuk melakukan penaklukan semula(reconquest). Walaupun ada ketikanya kerajaan Andalusia Berjaya menyekat kemaraan kristian dan kembali bersinar khususnya pada zaman pemerintahan Yusuf Abu Ya’qub. Namun kekalahan getir Andalusia dibawah pimpinan al-Muwahhidin walaupun berjaya bertahan 139 tahun lamanya. Khalifah terakhir Andalusia, Abu Abdullah terpaksa menyerahkan Granada, benteng pertahanan terakhir, ke tangan Ferdinand pada tahun 1492 kerana telah 7 bulan dikepung dan bimbang akan rakyatnya mati kebuluran.

Saya tertarik dengan potongan ayat daripada jurnal tersebut mengenai nasihat ibu Abu Abdullah kepada anaknya.

‘Pada saat meninggalkan Granada khalifah melinangkan air mata, Ibunya

lalu berkata kepadanya: “Jangan menangis seperti seorang perempuan untuk

sesuatu yang tidak dapat kau pertahankan seperti seorang lelaki”.’

Ayat ini menunjukkan bertapa sayangnya pemimpin tersebut terhadap Granada sehingga menitiskan air mata. Namun beliau harus melakukan demikian untuk mengelakkan lebih ramai rakyat terkorban kebuluran sedangkan ibunya tidak bersetuju dengan tindakan beliau.

Antara faktor lain yang menyebakan kejatuhan tamadun islam adalah kerana pemerintah yang rakus memperalat para ulama. Ibn Khaldun sendiri yang dilantik sebagai perdana menteri di Andalusia dan Tunisia, beliau juga sering diperalat oleh pemimpin untuk kepentingan dan kuasa mereka. Menyedari hal ini, Ibn Khaldun beberapa kali menolak untuk diperalat walaupun ditawarkan mendapat pengkat yang tinggi sehingga menimbulkan kemarahan sultan. Ibn Khaldun diburu oleh sultan lalu beliau melarikan diri ke Mesir.

Penulis mengambil sedikit tulisan daripada De Gayangos(1843) untuk menerangkan perpecahan yang berlaku dikalangan umat islam ketika itu sehingga menyebabkan keruntuhan tamadun;

“terpecah belah satu sama lain, kaum Muslimin mulai mengukur

diri mereka sebagai anggota dari bangsa-bangsa yang berbeza,

dan semakin hari semakin sukar bagi mereka untuk bersatu

padu dalam kepentingan bersama; dan sebab perpecahan

di kalangan mereka ini, serta rasa saling bermusuhan di

antara mereka, seiring dengan kepentingan kotor dan ambisi

berlebih-lebihan dari beberapa orang raja mereka, orang-orang

Kristian mampu menyerang kaum Muslimin secara total dan

menundukkan mereka satu demi satu”.

Petikan ini membuktikan bahawa umat islam ketika itu diracuni dengan rasa benci serta saling bermusuhan dan pemerintah juga sering mementingkan kuasa daripada amanah.

KESIMPULAN

Sememangnya penting bagi kita untuk mengkaji faktor-faktor kemjuan dan kejatuhan tamadun islam di masa lalu untuk kita mengambil iktibar dan pengajaran supaya kita dapat mengulangi kejayaan tersebut. Ramai antara kita berbangga dengan pencapaian agung umat islam terdahulu tetapi tidak meninjau secara ilmiah akan faktor kecemerlangan tamadun tersebut. Oleh yang demikian kita harus mengikut jejak langkah yang serupa mengikut keadaan setelah mengambil kira perbezaan zaman.

Bagi memahami jatuh bangun sesuatu tamadun tidak cukup hanya dengan melihat kepada pencapaian-pencapaian masa lalu. Ia juga berdasarkan akar yang dilengkapi tauhid, akhlak, nilai moral yang tinggi. Kerosakkan akar ini akan menyebabkan sesuatu tamadun itu hancur-lebur.

Saya cukup tertarik dengan tulisan Wan Mohd Nor (2007) mengenai iktibar yang perlu kita ambil dari kegemilangan silam tamadun islam yang turut dimuatkan oleh penulis dalam jurnal tersebut;

“Ramai di antara kita sentiasa berbangga dengan pencapaian agung umat

Islam terdahulu, sama ada di Andalusia atau di tempat-tempat lain, tetapi tidak

begitu ramai yang mahu meninjau secara ilmiah akan iklim dan faktor-faktor

yang memungkinkan terlahirnya hasil yang sedemikian agung. Jika kita ingin

membangunkan sebuah masyarakat, bangsa dan tamadun yang agung, kita

harus jugalah cuba memahami iklim dan mengenal pasti faktor-faktor tersebut,

dan berusaha mencipta sebaik mungkin, iklim dan faktor-faktor yang serupa,

setelah mengambil kira perbezaan tempat dan zaman”.

Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab bagi golongan yang tahu dan sedar akan keadan umat islam sekarang untuk bengkit dan mencontohi budaya yang diamalkan oleh tamadun islam ketika zaman kegemilangannya kerana bagi saya ia adalah tamadun yang unggul dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana tamadun sehingga ke hari ini. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tamadun tersebutlah yang membuka dan mendorong kepada kelahiran lebih banyak lagi tamadun lain selepasnya namun masih tidak mampu menandingi tamadun islam itu sendiri.

Bahan rujukan:

1. Al-Quranul kareem.

2. http://journalarticle.ukm.my/239/1/1.pdf

3. http://yusmialfaruqi.blogspot.com/2009/02/umat-islam-sebaik-baik-umat.html

4. http://www.freewebs.com/badli/Uniten/Bahan%20Ngajar/ISLF101/ISLB_Tamadun%20Islam.pdf


PENEKANAN DIBERIKAN KEPADA ELEMEN YANG TERPENTING

Dalam kajian jurnal yang saya lakukan ini terdapat elemen penting yang menjadi kunci dan langkah pertama yang perlu dilakukan oleh umat islam untuk mengembalikan kegemilangan tamadun islam.

Antara perkara yang ditekankan di sini adalah:

1. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membangun tradisi keilmuan yang tinggi dan unggul.

2. Penghormatan yang murni kepada para ilmuan.

3. Menghidupkan budaya ilmu.

4. Membangun masyarakat yang bermoral melalui pendidikan.


1.

PENCAPAIAN OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Secara keseluruhannya objektif kajian dapat dicapai dimana faktor-faktor keunggulan tamadun islam yang dapat dirungkai satu persatu untuk dijadikan panduan umat masa kini. Selain itu, pencapaian tamadun khususnya di Andalusia juga dapat digambarkan kehebatan dan keuggulannya dari segi seni bina, teknologi dan kemudahan yang disediakan oleh pemimpin kepada rakyat seterusnya ia membuktikan bahawa tamadun islam lebih maju kedepan sehingga mendahului lebih kurang 700 tahun lebih maju berbanding tamadun barat.

Melalui kajian ini juga saya dapat mengkaji sedikit tentang fakta kepimpinan di Andalusia yang dibarisi oleh pemerintah-pemerintah yang sangat berkredibiliti. Pemerintah yang tahu sangat mementingkan ilmu pengetahuan, adil, memiliki akidah yang mantap dan sebagainya. Di samping itu juga, peranan ulama dan pemimpin turut menjadi perhatian saya dalam kajian ini dan kedua-dua mereka saling memerlukan untuk menjadikan suasana yang kondusif jester mendorong kepada kecintaan dan membudayakan ilmu dalam kalangan rakyat.

1 ulasan:

  1. Saya student UPM first year taun ni...tp agak lost nk buat assignment ni ~ Thank u very much for the reference ^__^)v

    BalasPadam