Selasa, 27 April 2010

nasyid


one of my favourite team..


nasyid merupakan suatu lagu yana dinyanyikan oleh munsyid...pada zaman dahulu nasyid digunakan oleh umat islam untuk mengutakan semangat ketika perang. Lagu-lagu nasyid mempunyai unsur-unsur pangajaran yang baik untuk didengar oleh sesiapa sahaja samada orang islam mahupun agama lain....

namun demikian, nasyid pada zaman kini telah berubah corak di mana terdapat nasyid-nasyid pada zaman kini lebih cenderung dikategorikan kepada lagu-lagu 'pop-rock'. Malahan ada juga lagu nasyid pada masa kini yang secara tidak langsung mengajak anak-anak muda kepada 'couple'. Sedangkan dalam islam tiada langsung istilah couple diperkenalkan sejak bermulanya dunia islam ini. Tidakkah ini menghairankan???layakkah lagu-lagu tersebut dipanggil lagu nasyid????

saya sendiri pernah ditanya oleh rakan sekelas yang bukan muslim apabila menyimpan lirik-lirik lagu nasyid.....'lagu ape nie, tak pernah denga pun, lagu sembahyag ker??????' daripada soalan ini telah melihatkan kepada kita bahawa lagu nasyid ini telah dianggap sebagai lagu ketuhanan...namun apabila kita mellihat lagu-lagu nasyid masa kini, kita dapat melihat bertapa nasyid padamasa kini ada yang lebih menjurus kepad amelakukan maksiat hati...

tidak dapat disangkal bahawa banyak juga lagu nasyid pada zaman masih dapat menigkatkan iman kita ke[ada Allah S.W.T... Contohnya: Sebelum maata terlena, Layar Keinsafan, taubat saeorang hamba dan sebagainya..
ada juga yang meningkatkan semangat umat islam dalam bekerja mahupun belajar..dalam erti kata lain lagu-lagu yang dapat meningkatkan semangat tersebut dapat menyampaikan mesej tersebut.........jadi saya sebagai peminat nasyid temapatan mengesyorkan kepada semua penasyid-penasyid tnah air agar mencipta lebih banyak lagu-lagu nasyid yang boleh menaikkan semangat pendengar...wasalam....

Isnin, 27 April 2009

dimana gemilangnya islam?

sumber gambar;

islam cemerlang!!islam gemilang!!!

demikianlah ungkap kata yang selalu berkumandang di bibir pemimpin-pemimpin islam.. persoalannya.. berapa ramai umat islam zaman ini yang menyahut seruan itu??umat islam yang pada dahulu nya dikenali sebagai guru kepada tamadun dunia kerana telah mengajar kan kepada timur dan barat makna tamadun yang sebanar...pada seribu tahun yang lampau telah terbina satu tamadun yang unggul, yang teragung, yang penuh bermaruah...tapi apabila kita berpaling dari sejarah, apabila kita membuka lembaran islam pada masa kini, kita akan dapati bahawa telah muncul satu tamadun yang di ambang kehinaan..tegasnya umat islam pada zaman ini semakin terhimpit dengan keadaan dunia..

ramai umat islam pada aman ini telah jatuh kedalam lubang "biawak"
umat islam pada zaman ini boleh dianggap islam hanya pada nama sahaja...

salah satu hadis yang menggambar kan peristiwa sekarang ini ialah:\

'akan datang satu zaman di mana umat islam hanya pada nama dan al-quran hanya pada tulisan'...
hadis ini ternyata mengingatkan kita bahawa umat islam yang zaman yang penuh digaan duniawi ini harus sentiasa berwaspada dengan musuh-musuh islam.
sekian..........