Jumaat, 15 November 2013

dilemma

Mengapa ibn khaldun menulis kitab pertamanya dengan judul Muqaddimah? Muqaddimah membincangkan psikologi manusia, sosial masyarakat dan kajian tentang kehidupan manusia. Sememangnya mengkaji manusia sangat menarik. Dan tidak hairanlah buku itu pencetus tamadun manusia, tidak hairan juga setiap pendahuluan buku dimulakan dengan Muqaddimah.

sebelum ini kita berbincang mengenai personaliti manusia berdasarkan sifat. Tapi kali ini berkenaan dengan fizikal yang mempengaruhi personaliti. Bukanlah mempersoalkan ciptaan tuhan, tapi kita seringkali terperangkap dengan persepsi liar orang ramai. Secara teorinya kita mudah mengatakan ke-hodoh-an itu subjektif, berlainan definisi hodoh itu berbeza mengikut penilaian individu tertentu.

Itu semua poyo, definisi hodoh fizikal tidaklah subjektif, cuba senaraikan ciri-ciri seorang yang hodoh, majoritinya tetap akan sama(cth: xda gigi, mata juling, hidung senget). Bukan untuk menghina ciptaan Allah, tetap Allah menciptakan sesuatu penuh variasi dengan kebijaksaan dan hikmahnya. Sekalipun ada yang menganggap contoh yang saya bagi tadi sebagai suatu kecantikan tetapi ia pasti tidak ramai.

Sediakan dua gambar yang berbeza, satu si hodoh dan satu si cantik. Kemudian buat culaan mengenai pilihan orang ramai yang mana lebih hodoh. Pastinya majoriti besar(+/- 99%) si hodoh adalah lebih hodoh daripada si cantik. Nah! itukan bukti yang nyata.

Bila si hodoh menggunakan 'make-up', maka orang akan berkata letaklah 'make-up' tebal mana pun tetap akan hodoh,sia-sia pakai make-up. Bila si hodoh menaiki kereta lamborghini, maka orang akan berkata tak padan dengan rupa, mesti kereta pinjam.

Semestinya si hodoh mengalami masalah dalam pembangunan psikologi dari segenap sudut. Satu kepastian bagi si hodoh ini memliki hati yang mudah tersinggung, kurang keyakinan diri, mengalami kemurungan, kurang kemahiran sosial, kepimpinan dan pelbagai aspek lagi. Biarpun si hodoh memulakan hari dengan penuh keyakinan, tiba-tiba datang seorang yang membanding-bezakan fizikalnya maka setelah dari itu ia akan mengalami kemurungan secara drastik serta-merta sepanjang hari.

secara teorinya, hodoh tidak mempengaruhi dalaman individu, akan tetapi bila membesar dengan keadaan melayan ke-hodoh-an akan menyebabkan kemurungan, daya sosial, pembangunan diri terbantut.

Psikologi tidak lari daripada unsur matematik, apa yang kita dapat akan menghasilkan diri kita. Secara matematik, jika 5=x maka x=5, mana mungkin jika 5=x tiba-tiba nilan x berubah menjadi x=6. Ini menyalahi hukum matematik. Sama seperti matematik dalam psikologi, jika si cantik menghasilkan diri yang berkeyakinan, maka yang berkeyakinan akan menghasilkan diri yang cantik. Secara persamaan menyeluruh;

jika cantik= y, maka y= cantik

(dimana y adalah keyakinan, percaya pada diri, kemahiran sosial tinggi, daya kepimpinan menghidari kemurungan)

jika cantik itu menjadikan seseorang itu berkeyakinan, berkepimpinan, dan berkemahiran. Maka seorang yang berkeyakinan, berkepimpinan, dan berkemahiran akan menjadikan seseorang itu lebih cantik.

jangan lupa setiap ciptaan tuhan itu sebuah karya yang penuh dengan seni yang unik. Kecantikan sebenar adalah apabila kita bersyukur kurniaan tuhan dan menyayangi diri kita sendiri.

Sumber: sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan