Jumaat, 8 November 2013

Soal hati? siapa menjawabnya?

Di dalam tubuh manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk daging itu, maka buruk juga seluruh tubuhnya.

Dalam kitab Salalatus Salikin karangan Imam Ghazali r.a menyentuh satu bab mengenai Nyawa, Jantung, dan Hati. Maka Imam Ghazali r.a membahagikan hati ini kepada dua bahagian iaitu jasadiah dan ruhiyah. Hati dalam bahasa arab dipanggil Qalb. Dan jika mengikuti pengajian bab ini kita akan mendapati kesilapan bahasa melayu dalam penggunaan hati dan jantung. Untuk mempelajari hati dan sifat-sifatnya perlu dipelajari serentak dengan perihal nyawa dan jantung supaya lebih mudah difahami dari segi perkaitan dan perbezaan antara ketiganya. Jesteru untuk berbahas secara lebih dalam perihal hati saya cadangkan untuk mendalami ilmu tasawuf ini dimana-mana pusat pengajian secara talaqi.

Ya, dalam diri manusia memang ada yang seketul daging kecil yang kompleks sifatnya yang dipanggil hati. Di dalam hati itu juga ada terdapat dipanggil hati kecil. Seorang anak muda yg selalu pergi ke surau, dalam masa yg sama dia terkenankan anak ketua kampung. Jadi niat hatinya ke surau adalah untuk beribadah kepada Allah, tapi jauh disudut hatinya (hati kecil) berkata dia ke surau kerana anak ketua kampung. Niat asalnya mungkin masih betul, tetapi niat sampingan itu adalah sebenar-benar niat. Maka perkiraan Allah itu lebih tepat, biarkan Allah menilai~Semoga Allah menjauhkan kita dari kekeliruan hati. amin.- Ust Azhar, Masjid MARDI

sumber gambar: sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan