Jumaat, 29 November 2013

Tahniah kepada barisan MPPUPM 13/14

Petang tadi diumumkan barisan MPPUPM baru yang menang dalam PRK(Pilihanraya Kampus) pada tahun ini. Maka tinggalah kisah-kisah kempen pilihanraya kampus, tinggalah sudah Pro-M, MP(aspirasi, pembina SPU), dan apa-apa sahaja parti sekalipun, lupakan parti mana anda perjuangkan. Apabila menjadi warga mpp, perjuangan akan tetap sama, membawa suara mahasiswa kemana pun mereka berada tidak kira dari parti apapun. Bekerjalah atas amanah yang bakal anda pikul selepas ini.

Apapun setinggi-tinggi tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan MPPUPM yang baru atas mandat yang diberi oleh mahasiswa untuk membawa suara mahasiswa dalam tempoh setahun akan datang. Anda kira anda sudah menang??belum lagi. Perjuangan anda baru sahaja bermula, anda belum menang lagi dalam politik kampus. Kemenangan anda sebagai MPP adalah apabila anda berjaya melaksanankan amanah yang diberikan dengan sempurna sehingga setahun akan datang.

Berat sebuah kereta boleh ditimbang, berat sebuah rumah boleh dikira, berat sebiji zarah juga boleh dikira. Tapi amanah? Berat amanah tidak mampu dikira. Amanah adalah perkara paling berat untuk dipikul. Wallahua'lam.

sumber gambar: Group FB MPP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan