Rabu, 26 Mac 2014

Masalah

Kehidupan manusia hanya akan lengkap dengan adanya masalah. Kerana dengan adanya masalah akan timbul persoalan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Lalu tercipta banyak alatan baru untuk mengatasi masalah yang ada. Dengan itu kehidupan manusia sentiasa membangun dari semasa ke semasa. Suatu ketika dahulu, berjalan jauh merupakan masalah bagi pengembara. Pengembara memerlukan berbulan-bulan untuk sampai ke tempat yang jauh. Tidak kurang juga yang menemui ajal ketika dalam perjalanan. Lalu timbul persoalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Maka terciptalah basikal, motosikal, kapal, kereta, kapal terbang dan banyak lagi.

Tanpa masalah pastinya tidak akan tercipta tamadun-tamadun yang agung, tidak akan tercipta bangunan-bangunan yang gah, tidak akan tercipta teknologi yang hebat seperti sekarang. Mungkin ada yang berpandangan, manusia juga boleh mewujudkan tamadun, binaan yg megah mahupun teknologi hanya dengan bercita-cita. Mungkin ada benarnya tetapi hanya sekadar cita-cita mungkin tidak terlintas untuk mencipta satu-satu benda sekadar bersahaja, pasti ada tujuannya.

Berdasarkan buku 'La Tahzan', nilai diri kamu adalah sebanyak-mana masalah yang kamu lalui. Sebab itu kita harus berfikir secara  berhikmah atas apa sahaja yang terjadi kepada diri kita. Mustahil yang terjadi kepada kita Allah swt adalah sia-sia. Namun kerana ketakutan kita untuk menyelesaikan masalah menyebabkan kita seringkali lari dan takut berbuat sesuatu, dan akhirnya kita tidak mendapat masalah.

Banyak lagi masalah di dunia ini yang perlu diselesaikan, terpulang kepada kita untuk sama-sama menyertai pemikir-pemikir dunia, atau hanya duduk menunggu takdir, atau juga hidup hanya sekadar wujud pada jasad dan tidak memberi manfaat. Banyak lagi masalah umat islam yang masih belum selesai, semalam(ditulis pada 26/3/2014) 529 orang perjuang islam di Mesir disabitkan dengan hukum gantung sampai mati. Adakah sama nilai nyawa seorang manusia dengan seekor semut? yang dibunuh oleh rejim yang gila zalim.

sumber: twitter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan