Ahad, 2 Mac 2014

Sosiologi manusia

gambar hiasan

6 jam sebelum flight, so masa terluang diisi dengan berblogging. Macam biasa aku akan parking barang2 kat satu meja n duduk untuk observe tingkah-laku manusia yg pelbagai. So hari ni kita nak bercerita mengenai pergaulan antara manusia.

Plato ada mengatakan "jika tidak mahu berkawan, tinggallah di dalam hutan bersama beruk". Ini menunjukkan bahawa manusia tidak boleh hidup sendirian. Mungkin ada dalam kalangan kenalan anda mengatakan mereka suka hidup sendirian. Itu adalah perkara mustahil, sebenarnya pada ketika dia mengatakan sedemikian mungkin kerana pada masa itu keadaannya bukan normal, sama ada emosi kurang stabil, ataupun mengalami sedikit kemurungan. Sampai suatu tahap kematangan dalam sosial, kita akan cuba menerima pelbagai bentuk personaliti orang lain. Kita beranggapan seberapa ganjil, teruk, baik, buruk personaliti itu adalah satu perkara yg normal, dengan andaian sebagaimana kita merasa personaliti orang tersebut sukar untuk ditafsir, begitulah juga personaliti kita sukar untuk ditafsir. Maka akhirnya kita berjaya menerima orang lain seadanya.

Sampai satu tahap kita tidak boleh lari daripada sikap prejudis, kita menganggap kita lebih baik berbanding orang lain secara tidak sedar. Walaupun cuba untuk berfikiran terbuka, cuba mencari titik persamaan bahkan cuba untuk menerima orang kelainan personaliti orang lain, tetap ada berlaku penolakan di dalam minda. Golongan agamawan cuba untuk tidak meletakkan diri mereka tidak terlalu tinggi, cuba untuk bergaul dengan golongan biasa agar corak pemikiran mereka. Begitu juga golongan biasa cuba untuk masuk golongan agamawan yang agar mereka tidak tersasar jauh. Namun satu tahap golongan agamawan terperangkap dengan prejudis terhadap golongan biasa dengan menganggap mereka lebih sempurna daripada golongan biasa. Sambil golongan biasa juga prejudis bahawa golongan agamawan ini merupakan golongan yang mengongkong. Pada keadaan yang sebenar, agama bukanlah mengongkong hidup manusia bahkan mengajar manusia tentang cara hidup. Begitu juga dengan golongan agamawan, sebenarnya golongan biasa itu sudah dibentuk corak hidup mereka sedemikian, tapi mereka lebih baik kerana masih mampu bertahan, cuba diletakkan golongan agamawan ini berada pada situasi tersebut, boleh jadi keadaannya lebih parah. Cukup kita sebagai manusia biasa membuat andaian dan persepsi, ditambah pula dengan kurang usaha untuk dialog golongan yang terkena virus ke-"tidak peduli"-ism. Situasi menjadi lebih parah

Mangapa ini terjadi? Ini permasalahan manusia yang belum dapat diselesaikan secara keseluruhannya oleh ahli-ahli pemikir. Mereka cuma mengetauhi punca tetapi untuk menyelesaikan masalah ini tidak semudah itu kerana kepelbagaian manusia. Setiap individu mempunyai frekuensi masing-masing, kita boleh bergaul dengan golongan yang sama frekuensi ataupun hampir sama. Jika terlalu jauh susah untuk kita bergaul, bagi sesiapa yang ada kemahiran merubah frekuensi dengan baik. Dia boleh bergaul dengan semua kelompok masyarakat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan