Ahad, 23 Mac 2014

Liberty in India

Semalam saya menghadiri kelas bersama Mr Barum, Pengarah Institut kebebasan India dan sempat mendengar pandangan beliau mengenai perjalanan sosial, politik dan ekonomi di India.

Belakangan ini memang kita seringkali mendengan lonjakan ekonomi berlaku di India tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. India juga sama seperti negara peninggalan British yang lain. Termasuk juga Belanda dan, pelbagai lagi kuasa barat yang menakluk negara-negara timur. Kita ditinggalkan dengan kurangnya kepakaran memimpin, mengurus-tadbir ekonomi, struktur pemerintahan yang tidak adil, kronisme, dikongkong dengan pemikiran 'Bumiputera'.

India melalui zaman perubahan pimpinan pembangkan dan kerajaan pada tahun 1970. Iaitu kali pertama pembangkang di India memenangi pilihanaraya dan bertukar menjadi kerajaan. Di sinilah sebenarnya titik perubahan corak fikir masyarakat di India. Pemikiran mereka yang dulu dikongkong dengan dogma dan ketakutan tanpa bukti kukuh berakhir walaupun media dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Mereka yang dulunya berjuang atas perjuangan kaum dan warna kulit kini sudah berubah kearah perjuangan berdasarkan idea, kemampuan memimpin dan mengurus-tadbir ekonomi.

India juga seperti Malaysia, terdapat pelabagai kaum di dalamnya. Dulu mereka berkempen untuk kaum mana yang paling layak memerintah India. Tapi kini mereka berkempen mengenai siapa yang boleh membangunkan India dengan lebih baik. Polisi parti mana yang lebih layak meneraju kepimpinan di India. Dulunya syarikat yang diluluskan hanya yang ada kepentingan kepada ahli pemimpin dalam kerajaan sahaja. Kini apa sahaja syarikat yang layak boleh masuk ke India memberi perkhidmatan yang lebih baik dan tidak mencekik darah.

Sehingga kini India sudah mula mencuri tumpuan dunia. Sekecil-kecil Singapura juga merupakan hab pelaburan syarikat diseluruh dunia. Apa sahaja syarikat yang memiliki empayar yang luas akan membuka cawangan di Singapura menjadikan negara jiran kita itu lebih dikenali diseluruh dunia walaupun kewujudannya di peta dunia seolah-olah tidak kelihatan. Persoalaanya bila lagi giliran Malaysia?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan