Ahad, 23 Mac 2014

Sifat

Lahirnya seorang bayi ke dunia, ada beberapa perkara ibu dan ayahnya sudah boleh meng-agak daripada peribadi anak tersebut. Setiap manusia memang dilahirkan dengan perbezaan personaliti, ada yang akan membesar dengan sifat pemalu, ada yg dengan sifat pemberani, sifat yang lemah-lembut, akal yang cerdik, sifat rajin dan banyak lagi kepelbagaian hidup manusia. 

Namun, separuh lagi adalah berdasarkan bagaimana suasana kita dibesarkan. Pepatah sering-kali digunakan untuk menggambarkan teori ini adalah "Manusia dilahirkan sebagai seorang raja, tetapi suasana pembesaran menyebabkannya menjadi katak puru". Quote ini ditulis oleh ahli psikologist. Memang ada antara kita yang dilahirkan dalam keadaan pemalu, kurang berkayakinan dsb. Tetapi bila dicampakkan dalam kalangan orang-orang yang berani, berkepimpinan, lama-kelamaan sifat pemalu itu mampu disembunyikan. Bukan bermakna sifat pemalu itu hilang, sifat pemalu itu akan terus ada kerana ia adalah genetik semula jadi. Otak akan terus menghantar sifat pemalu itu secara 'involuntary', iaitu sifat yang dikawal oleh otak secara semulajadi, bukan atas kemahuan kita. Apa yang saya maksudkan secara ringkas adalah naluri kita untuk malu itu tetap akan ada, tetapi apabila kita dilatih dan dibesarkan cara yang baik dan berhemah, sifat malu itu akan dapat kita letakkan pada tempatnya yang sesuai. Maka kita akan malu bertempat, dan mampu menyembunyikan malu semulajadi pada tempat yang betul.

sumber: google


Ada juga yang dilahirkan dengan sifat kebijaksanaan. Kalau ada yang mengatakan manusia itu lahir pada tahap IQ yang sama, itu saya sama sekali akan menolak perkara itu. Ada yang boleh membaca pada usia 4tahun setengah, ada juga yang hanya boleh membaca pada usia 8 tahun, padahal suasana dibesarkan sama. Seringkali terjadi juga adiknya lebih pandai daripada abangnya, padahal dibesarkan dalam suasana yang sama, ibu dan ayah yang sama, tapi hasilnya si adik lebih dahulu pandai membaca daripada abangnya. Namun lahir dalam kebijaksanaan bukanlah jaminan untuk kekal menjadi seorang yang bijak-pandai. Begitu juga sebaliknya, yang lahir dalam keadaan kurang bijak, ataupun lebih tepat dungu tidak akan sentiasa dalam keadaan dungu. Saya terpaksa menggunakan perkataan 'dungu' agar mesej lebih mudah difahami berbanding hanya berkias. Jika si dungu dibesarkan dengan suasana ilmu, sentiasa terlatih untuk berfikir, diajar untuk mengira, membaca dan sebagainya. Si dungu tadi akan lebih bijak kerana sudah dilatih. Bukan bermaksud dia sudah menjadi cerdik pandai yang mudah faham, tetapi kerana keterbiasaan.

Apa yang ingin saya katakan adalah, kita manusia diciptakan dengan kelainan. Dan boleh jadi kelainan itu menjadi masalah kepada kita, dan boleh jadi kelainan itu satu keuntungan kepada kita. Kita juga dibezakan dengan bagaimana tidakbalas kita terhadap apa yang berlaku terhadap hidup kita. Maka bagilah tidak balas yang positif keatas setiap yang berlaku ke dalam hidup kita. Jika kita diberi kekurangan, berusahalah untuk menambah nilai dalam diri kita. Jika kita berikan kelebihan, hargailah ia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan